Sobahal Khair.. Macam mana pagi ni?? Dah habis baca quran? Tengah masak sarapan? Ikutlah apa pun yang kawan-kawan buat tadi, asalkan berfaedah untuk iman dan akhirat kawan-kawan. Pastikan pagi kita bermula dengan amal yang menenangkan hati dan selaras dengan kehendak Allah..
Sebenarnya, penulis nk kongsi kan tajuk ni dah lama, tapi baru teringat nak tulis. BERTOLAK ANSUR atau bahasa mudahnya toleransi, bahasa susah sikit kompromi. boleh jugak guna perkataan mengalah. (Tapi agak negatif cket kalau guna perkataan mengalah-bunyi macam kalah).
Mudah tak untuk kita nak bertoleransi? Hmm, kalau masa tu “mood” kita elok, mungkin tak de masalah untuk melakukannya. Tapi cuba kalau masa tu kita tgh “bad mood”? Senang ke?benda senang pun jadi susah kalau kita bad mood.. yea tak? oklah, ‘mood’ ni cerita lain, cerita utama sekarang adalah praktikal toleransi.
Kalau kawan-kawan nak tahu inilah perkataan yang penulis belajar untuk praktikkan dan hayati pelaksanaannya sepanjang semester lepas. Rupanya tak lah sesimple yang di sangka. Nak tahu tak macam mana toleransi ni jadi susah nak di buat? Sebelum tu kawan-kawan tahu tak dengan jelas apa makna toleransi? (bersedia menerima pendapat org lain yang berbeza pendapat dgn diri sendiri).
Worait, sambung balik, toleransi akan jadi susah untuk di buat bila, kita merasakn pendapat kita adalah yang terbaik. Tahu tak sebab apa kita rasa pendapat kita yang terbaik? Sebab kita ‘perasan’ yang kita ni dah memikir kan segala penjuru dan pertimbangan untuk mengeluarkan pendapat.. So, bila ada org yg keluarkan pendapat berbeza dgn kita, maka mula lah rasa macam “apesal ler dia fikir macam gitu, tak fikir ke gini, gini dan gini..”. Ditambah pulak bila org yang kasi pendapat tu pulak org yang pangkat nya rendah dari kita atau ‘kurang’ di mata kita.. Ini salah satu punca kenapa org susah nak bertoleransi. Ada lagi satu punca yang agak besar jugak menjadikan org kurang bertoleransi iaitu, kurang pendedahan. Faham tak macam mana maksud nya? Macam ni (nak bagi faham lah ni), apabila kita berhadapan dgn sesuatu isu, kita cuba mencari org yang biasa kita merujuk dan terus menerima pendapat dia dengan hati yang terbuka. Haaa, di sebabkan tak pernah dengar pendapat org lain, tanya org lain atau rujuk pada org yang berbeza, maka tiadalah situasi yang memberi peluang untuk dia mendengar pendapat yang berbeza.
Tak faham lagi ek? Ok, ni contoh satu lagi, kalau org tu dia jarang bermesyuarat atau berbincang, maka pabila berhadapan dgn sesuatu isu atau perkara dia akan cenderung untuk menilai mengikut gerak hati, sudut pandangan dan ilmu yang dia ada (entah ilmu apa tu tak tahu lah) Maka tak tahu lah apa yang org lain kata berbanding orang yang selalu bermesyuarat dan berbincang ni biasanya lebih terdedah dengan situasi yang memaksa dia untuk mempraktik kan toleransi..
Ahad, 16 November 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Again, sorry for the poor English. The sun hasn't set just yet! There I was in the middle of concentrating on how to calculate the ...
-
Catatan ini tanpa gambar. Ayat Quran? Hadith? Pandanglah masyarakat sekeliling.. Malaysia, Negara Jiran dan Dunia. Apa yang sedang b...
-
Pekabar??? dah lama tak tanya khabar kawan-kawan. Asyik menulis jerrr. Tak ingat nak tanya khabar kawan-kawan. Selalu nya kita ni, bila ada ...
-
Terima kasih Allah kerana mengilhamkan kata-kata keramat ini dari seorang tokoh dakwah hebat. Hasan Hudhaibi. Tidak kenal siapa Hasan Hud...
-
kata org dakwah hmm.. kita bukan nak hafal quran sahaja.. kena faham juga isi kandungannya.. baca quran celah gigi (lancar), Tapi tid...
-
Kisah 1. Emak sedang mengurus masa dan berbual dgn anak tentang prestasi anak di sekolah. Emak: Dapat nombor berapa? Anak: No.30 (rasa...
-
Please have a look to this picture. What is the first WORD strikes your mind after a glance? yeah! different mind will define differently. ...
-
Segala puji Allah Tuhan sekalian alam.. Setelah mengetahui serba sedikit keutamaan kisah benar dalam al-Quran berbanding kisah benar dala...
-
Assalamualaikum sume... Ha, ni mula lah nk bual cara ore klate pulop. Sesiapa tok pehe, maka nya belajar lah kecek klate pulop deh. En...
-
Masih dalam persoalan-persoalan yang saya lontarkan sebelum ini. Bagaimana kisah Nabi dan Rasul benar-benar menjadi 'hidup' dala...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan