Kali ini penulis mahu berkata sesuatu yang mungkin difahami sebahagian orang, tetapi mungkin tidak, oleh sebahagian orang. Masing-masing manusia punya sejarah hidup tersendiri.. Ada yang baik, gembira dan menyenangkan hati. Walaubagaimana pun, ada juga pengalaman yang pahit, sedih dan menyusahkan hati.
Sejarah kehidupan yang tidak baik bukan untuk dicanang kepada manusia lain. Setelah keaiban itu ditutup Allah.. Kerana itu ia digelar sejarah kehidupan. Sejarah hidup kita biarlah kita dan manusia yang bersama kita sahaja mengetahui. Dan jika ia perlu diselesaikan, maka selesaikanlah. Kerana itulah misi penciptaan kehidupan kita sebagai manusia.. Hamba Allah. Dan bukannya hamba hawa nafsu sendiri (dibaca: kehendak diri).
Kadang-kadang kita ini manusia bongkak. Sukarnya menerima kesalahan diri. Dek teguran itu datang dari orang yang serba-serbi kekurangan dari diri, menjadi asbab kepayahan kita menerima kelemahan diri. Mengapa kita terasa begitu besar dan baik berbanding orang lain? Sedangkan sudah dinyatakan kita ini insan serba kekurangan?
Kebodohan diri memahami setiap kejadian itu bukanlah suatu penghinaan. Ia adalah suatu pengajaran hidup.. Agar kita berusaha mencari pahala. Memohon keampunan TUHAN Yang Maha Pemaaf. Ujian dan mehnah kehidupan sentiasa dikirim Allah demi menuntut kesetiaan kita pada janji.. Janji untuk menanggung tanggungjawab pemakmur bumi..
Kadang-kadang kita ingat.. Dan kadang-kadang kita lupa. Kelebihan diri menjadikan kita lupa siapa sebenarnya diri kita yang hina. Kadang-kadang kita ingat dan kadang-kadang kita lupa.. kekurangan diri menjadikan kita lupa bersyukur bahawasanya banyak lagi nikmat terkumpul berlambak sepanjang menjalani hidup.
Kealpaan kita jugalah menyebabkan kita menjadikan perkara kecil dan mudah sebagai bahan bakar api sengketa. Walhal masyarakat diluar sana sangat memerlukan kebijaksanaan dan tenaga yang ada pada kita. Tidak kiralah siapa kita di mata dunia dan negara. Tidak kiralah apa pun pangkat sosial dan status kehidupan kita. Nikmat dan kesusahan, bahagia dan derita hidup; tentu ada sebab dan hikmah mengapa ia diberi..
Kealpaan kita, hasutan syaitan yang sentiasa dibisikkan.. Nikmat dunia yang secuit.. Menyebabkan kita lupa.. Lupa tujuan kita diciptakan. Kita lupa membaiki diri itu satu ibadah. Kita lupa bahawa untungnya insan yang bersedia berubah kearah kebaikan. Diulangi.. insan yang bersedia..
Sombong dan ego itu selendang Allah. Patutkah kita sebagai hamba 'merampas' selendang Allah?? Tiada siapa yang bersih dari sebarang kesalahan. Terimalah dengan redha kafarah dosa kesalahan kita. Sesungguhnya kita memang penuh dengan dosa. Kita bukan maksum seperti Nabi s.a.w. Sekali lagi penulis memohon maaf pada semua yang pernah terasa dan kecewa dengan penulis. Kesalahan sesama manusia perlu diselesaikan didunia, agar ia tidak menjadi penahan kita memasuki syurga Allah kelak..
Sesungguhnya Allah tahu segala yang berada didalam hati manusia. Semoga kecuaian kita tidak menjadi penghalang orang lain ketika mereka menuntut syurga Allah kelak..
Hanya kemulian dan perhatian Allah yang kita cari. Bukan perhatian manusia yang hina dina dan penuh dengan kekurangan. Semoga kamu sedar. Aku bukan bimbangkan kemaafan kamu.. tapi aku bimbangkan kemaafan Allah diakhirat andai aku tidak berusaha menjaga tali ukhuwah. Uhibuki fillah.
Hehe berbau personal pulak. Mungkin kamu tahu siapa kamu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Oleh Hassan Al-Banna. Berikut adalah ringkasan nota dari tulisan As-syahid Imam Hassan Al-Banna. >> Maksud jihad >> Keuta...
-
Sejahtera tubuh badan dapat dirasai dengan kesihatan fizikal dan usaha untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah.. Contohnya solat, pua...
-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْج...
-
Kawan-kawan pernah dengar tak orang cakap macam ni? “Sabar ada hadnya”. Tahukah kita pahala sabar sangat banyak? Dan berapa kiraannya ber...
-
Benarkah? Bahagianya melihat orang mempunyai ibu memahami. Indahnya melihat orang punya rumah besar selesa di diami. Seronoknya melihat...
-
Mulai hari ini, saya tidak akan buka facebook lagi. Insya Allah. Jadi, tidak perlulah cari saya di facebook ye.
-
Assalamualaikum warahmatullah, MUGI hari ini adalah: Mari kita memohon keampunan sebanyaknya dari Allah. Kerana banyaknya dosa kita yang...
-
Assalamualaikum wahai ummat Islam dan pembaca mutiarajannah! Sesungguhnya hati ini terasa lapang, biarpun cuaca sentiasa mendung. Bila ki...
-
Pesanan Nabi s.a.w.. walaupun tidak pernah didengari secara 'life' ke telinga sendiri.. Tapi setiap kali selepas belajar ia pasti te...
-
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Saya tahu saya ada kelemahan itu. Dan saya telah berusaha untuk berhati-hati sem...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan