Kedua
Cara hidup yang bermalas-malas.
Hidup semuanya nak senang. Cara hidup yang tak nak buat kerja. Hanya tahu mengisi perut, memenuhi keperluan mata, selera hawanafsu dan keinginan-keinginan luarbiasa.. Contohnya berfesyen dengan fesyen yang pelik-pelik atau berhias dengan gaya berhias yang tidak menuruti syariat..
Fikiran kita (ummat Islam), hanya fokus pada perkara yang ‘seronok’ dan memenuhi selera hawanafsu sahaja. Kita rasa beban untuk memikirkan tentang pelaksanaan Islam. Kita rasa malas untuk melaksanakan kefahaman tentang Islam. Lebih teruk, kita tidak selera pun untuk memahami Islam. Ummat Islam sendiri tak rasa ingin pun untuk mempertahankan Islam yang ada pada diri kerana sibuk berfikir cara terbaik untuk memenuhi ‘kehendak’ dan ‘keinginan’ hawanafsu diri..
Inilah ciri-ciri peperangan fikiran yang dilancarkan.. Sedarkah kita bahawasanya kita telah terkena ‘bisikan’ itu..??!!
Ketiga
Filem-filem dan cerita rekaan.
Sebenarnya, ia adalah ekoran dari sikap kita (ummat Islam) yang suka bermalas-malas. Kan duduk je depan TV, depan skrin besar (pawagam).. takyah bergerak apa-apa.. Fikiran kita pun tak jalan.. Hmm tengok je. Pastu LAYAN. Layan tu pakai apa? Emosi dan hawanafsu.. Kekadang kita tak sedar kita rupanya TAAT pada HAWANAFSU.. Walhal kita sepatutnya taat pada Allah. Itulah akibat peperangan fikiran. Ia rosakkan ummat Islam (kita la tu).
Oh, kejap je tengok cerita ni. Jap lagi bacala Quran. Studi la lepas tu. Cuba bayangkan kalau nyawa kita dicabut semasa melakukan perkara ini..
Apakah yang mahu dijawab dihadapan Allah kelak.. Adakah kita nak jawab, eh ni salah orang-orang kafir la. Sebab diorang yang sediakan benda ni untuk kami tonton. Boleh ke nak jawab macam tu?
Dengan sejam sehari menonton perkara yang tidak menambah iman, bayangkan berapa jam sudah kita rugikan masa kita untuk memperoleh pahala dari Allah. Kalau tak dapat pahala ok jugak jika tidak mendapat dosa. Apa pulak nasib kita, jika pahala tak dapat, tapi dosa pulak yang datang berkepuk-kepuk??
Sudahlah dosa datang, fikiran kita pula dipengaruhi oleh ideologi-ideologi yang terSURAT dan terSIRAT dalam setiap filem dan cerita rekaan itu..
ISU: Jika terpaksa juga tonton, macam mana nak buat? Itulah pentingnya orang-orang yang lebih arif untuk bersama dengan kita. Orang yang lebih arif itu mungkin boleh terangkan apa yang betul dan tidak betul dalam sesebuah filem atau cerita rekaan itu.
Walau apa pun, sebagai ummat Islam (kita la.. siapa lagi kan) kita punya petunjuk dan hidayah dari Allah.. Pertimbangkanlah sebaiknya. Berbaloikah hidup kita yang sangat sekejap ini, kita gunakan untuk sesuatu yang boleh merosakkan masa depan kita (diakhirat kelak)??
Rabu, 8 Disember 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Again, sorry for the poor English. The sun hasn't set just yet! There I was in the middle of concentrating on how to calculate the ...
-
Catatan ini tanpa gambar. Ayat Quran? Hadith? Pandanglah masyarakat sekeliling.. Malaysia, Negara Jiran dan Dunia. Apa yang sedang b...
-
Pekabar??? dah lama tak tanya khabar kawan-kawan. Asyik menulis jerrr. Tak ingat nak tanya khabar kawan-kawan. Selalu nya kita ni, bila ada ...
-
Terima kasih Allah kerana mengilhamkan kata-kata keramat ini dari seorang tokoh dakwah hebat. Hasan Hudhaibi. Tidak kenal siapa Hasan Hud...
-
kata org dakwah hmm.. kita bukan nak hafal quran sahaja.. kena faham juga isi kandungannya.. baca quran celah gigi (lancar), Tapi tid...
-
Kisah 1. Emak sedang mengurus masa dan berbual dgn anak tentang prestasi anak di sekolah. Emak: Dapat nombor berapa? Anak: No.30 (rasa...
-
Please have a look to this picture. What is the first WORD strikes your mind after a glance? yeah! different mind will define differently. ...
-
Segala puji Allah Tuhan sekalian alam.. Setelah mengetahui serba sedikit keutamaan kisah benar dalam al-Quran berbanding kisah benar dala...
-
Assalamualaikum sume... Ha, ni mula lah nk bual cara ore klate pulop. Sesiapa tok pehe, maka nya belajar lah kecek klate pulop deh. En...
-
Masih dalam persoalan-persoalan yang saya lontarkan sebelum ini. Bagaimana kisah Nabi dan Rasul benar-benar menjadi 'hidup' dala...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan