Dosa pertama yang berlaku di dunia ini berpunca dari sikap takabbur. Kisah Habil dan Qabil tercatat dalam Al-Quran. Punca syaitan tersingkir dari syurga juga kerana takabbur. Dan penyakit yang paling mudah hinggap ke hati manusia juga takabbur. Kerana itulah kepakaran yang ada pada Prof Syaitan Laknatullah.
Sebagai manusia, kita diciptakan Allah dari percampuran 2 air mani yang kotor. Lahir dari tempat yang kotor dan memalukan. Dan akhirnya kita akan meninggalkan dunia ini, ditanam di dalam tanah yang dipijak semua makhluq Allah. Manusia dan haiwan.. Tiada alasan untuk menjadi takabbur. Dan sungguh banyak sebab untuk menjadi tawadhu’.
Tawadhu’ bukanlah berjalan tunduk sehingga mencium tanah. Tawadhu’ adalah kemampuan menerima kebenaran dari sesiapa sahaja.
Hayatilah kisah-kisah para anbiya. Tiada satu cerita pun yang menunjukkan mereka sombong, takabbur dan besar diri. Walhal, telah diketahui mereka itu manusia pilihan. Terbukti mereka juga lebih mulia berbanding kita.
Lihatlah bagaimana kisah Nabi Muhammad menyuap makanan kepada seorang yahudi buta yang tidak putus mencaci baginda. Hayatilah kisah Umar Al-Khattab yang menerima teguran seorang wanita ketika beliau dibaia’h menjadi Khalifah Ummat Islam. Hassan Al-Basri yang mendengar nasihat dari seorang perompak yang telah merompak kesemua bukunya..
Berlaku tawadhu’ bukan kerana mahukan sanjungan manusia, tetapi kemuliaan disisi Allah.
Sabda Rasulullah:
“Barangsiapa yang menyukai orang-orang yang berdiri kerana menghormatinya, hendaklah bersiap-siap menempati neraka”
[HR Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi]
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Oleh Hassan Al-Banna. Berikut adalah ringkasan nota dari tulisan As-syahid Imam Hassan Al-Banna. >> Maksud jihad >> Keuta...
-
Sejahtera tubuh badan dapat dirasai dengan kesihatan fizikal dan usaha untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah.. Contohnya solat, pua...
-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْج...
-
Kawan-kawan pernah dengar tak orang cakap macam ni? “Sabar ada hadnya”. Tahukah kita pahala sabar sangat banyak? Dan berapa kiraannya ber...
-
Benarkah? Bahagianya melihat orang mempunyai ibu memahami. Indahnya melihat orang punya rumah besar selesa di diami. Seronoknya melihat...
-
Mulai hari ini, saya tidak akan buka facebook lagi. Insya Allah. Jadi, tidak perlulah cari saya di facebook ye.
-
Assalamualaikum warahmatullah, MUGI hari ini adalah: Mari kita memohon keampunan sebanyaknya dari Allah. Kerana banyaknya dosa kita yang...
-
Assalamualaikum wahai ummat Islam dan pembaca mutiarajannah! Sesungguhnya hati ini terasa lapang, biarpun cuaca sentiasa mendung. Bila ki...
-
Pesanan Nabi s.a.w.. walaupun tidak pernah didengari secara 'life' ke telinga sendiri.. Tapi setiap kali selepas belajar ia pasti te...
-
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Saya tahu saya ada kelemahan itu. Dan saya telah berusaha untuk berhati-hati sem...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan