.
Pada suatu hari, selepas mendengar tazkirah.. Setinggi-tinggi martabat ukhuwah adalah ithar dan serendah-rendah martabat ukhuwah adalah bersangka baik.
“Ok! Sekurang-kurangnya, aku mesti bersangka baik dengan semua orang Islam.”
Itu baru tahap paling rendahlah. Bagaimana mahu mencapai yang tinggi itu? Usah fikir lagi. Cuba yang rendah dahulu.
Alamak. Baru tahu susah rupanya untuk bersangka baik. Orang masam cakap orang tidak berkenan. Orang senyum dikatakan tiada kerja. Bukankah Allah sudah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 2:
“Apakah manusia menyangka mereka akan dibiarkan hanya dengan menyatakan; Kami telah beriman. Dan mereka tidak diuji?”
Hmm. Jelas dan terang. Apabila kita melafazkan dan berazam untuk menuntut perintah Allah, pastilah Allah mahukan bukti dengan perbuatan kita. Hanya dengan melafazkan sahaja tidak cukup. Ia perlu dibuktikan.
Bersangka baik itu beriman pada Allah dengan hati. Bersangka baik bukan hanya dengan manusia, termasuk juga dengan Allah.
Setelah kita melafazkan keazaman dalam hati untuk bersangka baik.. Maka Allah datangkan siri-siri ujian yang akan menduga iman kita. Di-ULANGI-, Allah yang mendatangkan siri-siri ujian yang bakal menduga sejauh mana benarnya dakwaan kita untuk bersangka baik sesama manusia dan kepada Allah.
Allah datangkan manusia yang menyakitkan hati, Allah hantarkan insan yang sentiasa menduga kesabaran, Allah berikan sahabat yang sentiasa menuntut pengorbanan, Allah kirimkan sejumlah kawan yang asyik mengata dan mengadu domba.. Siapa yang mendatangkan, menghantar, memberi dan mengirim? ALLAH.. Ya di ULANGI, ALLAH lah yang menghantar dan mengirim segala peristiwa, sahabat, suasana dan kejadian.. Agar kita membuktikan keimanan kita pada Allah..
Bukan manusia, keluarga, kawan atau sahabat itu yang sedang menguji kita. Tetapi ALLAH lah yang sedang menguji kita. Allah sedang menuntut bukti dari kita setelah kita melafazkan iman itu dengan lidah dan berazam dengan hati. Jika terbukti dengan perbuatan, maka pahala, syurga dan keredhaan Allahlah yang akan kita peroleh.. Jika tidak, maka azab Allah itu MAHA HEBAT!
Ayuh ikuti sambungan seterusnya surah Al-Ankabut ayat 3 hingga 7:
“ Dan sungguh pasti Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta”
“Ataukah orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu mengira bahawa meerka akan luput dari azab Kami? Sangat buruklah apa yang mereka tetapkan itu!”
“Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, sesungguhnya waktu yang dijanjikan itu pasti datang. Dan Dia yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”
“ Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sungguh, Allah Maha Kaya [tidak memerlukan sesuatu] dari seluruh alam”
“Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, pasti Kami akan hapuskan kesalahan-kesalahannya dan mereka pasti akan Kami berikan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan”.
Selamat menyemai iman wahai saudara seislam di seluruh dunia. Insya Allah, sesiapa yang berusaha, pasti Allah akan tunjukkan jalannya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Oleh Hassan Al-Banna. Berikut adalah ringkasan nota dari tulisan As-syahid Imam Hassan Al-Banna. >> Maksud jihad >> Keuta...
-
Sejahtera tubuh badan dapat dirasai dengan kesihatan fizikal dan usaha untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah.. Contohnya solat, pua...
-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْج...
-
Kawan-kawan pernah dengar tak orang cakap macam ni? “Sabar ada hadnya”. Tahukah kita pahala sabar sangat banyak? Dan berapa kiraannya ber...
-
Benarkah? Bahagianya melihat orang mempunyai ibu memahami. Indahnya melihat orang punya rumah besar selesa di diami. Seronoknya melihat...
-
Mulai hari ini, saya tidak akan buka facebook lagi. Insya Allah. Jadi, tidak perlulah cari saya di facebook ye.
-
Assalamualaikum warahmatullah, MUGI hari ini adalah: Mari kita memohon keampunan sebanyaknya dari Allah. Kerana banyaknya dosa kita yang...
-
Assalamualaikum wahai ummat Islam dan pembaca mutiarajannah! Sesungguhnya hati ini terasa lapang, biarpun cuaca sentiasa mendung. Bila ki...
-
Pesanan Nabi s.a.w.. walaupun tidak pernah didengari secara 'life' ke telinga sendiri.. Tapi setiap kali selepas belajar ia pasti te...
-
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Saya tahu saya ada kelemahan itu. Dan saya telah berusaha untuk berhati-hati sem...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan