Kini sudah tahu,
Al-Quran itu bukan untuk dibaca sahaja.
Islam bukan untuk nama sahaja.
Usrah dan tarbiyyah bukan untuk buat "eksen" sahaja.
Bakat dan kelebihan yang ada bukan untuk saja-saja.
Kekurangan diri bukan sebab untuk menjadi hasad.
Kelebihan orang lain jugak bukan alasan hasad.
Kita punya misi besar.
Memahami Al-Quran, menyebarkannya..
Melibatkan diri dengan dakwah dan tarbiyyah.
Menggunakan segala kelebihan diri untuk bersyukur dengan cara meyebarkan ajaran Islam & mentaati perintah Allah.
Dalam masa yang sama, menggunakan segala peluang untuk membaiki kekurangan diri.
Misi ini bukan misi rekaan.
Kerana ia bukan misi mustahil.
Ia bukan juga misi cerita-cerita di panggung wayang.
Ia adalah misi yang telah Allah tetapkan untuk manusia pikul. Seluruh ummat manusia. Tidak kira warna kulit dan tempat. Jika dan hanya jika dia mahu beriman!
p/s: eksen itu maksudnya berlagak..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan