Mudahkah kita bersabar wahai orang beriman?
Mudah.
Cewah. Belum bagi salam sudah jawab soalan. ok,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sabar itu jadi mudah apabila kita beriman. Masalah kita sekarang ini..
Apabila berlaku sesuatu yang memerlukan sabar.. Adakah secara tiba-tiba kita akan teringat.. Rukun iman ada enam.. aku sudah beriman pada kesemuanya.. ?? [Apalah mutiara bd ni.. orang tengah serabut ade ke nak ulangkaji rukun iman pulak]..
YA. Secara jujurnya KENA, MESTI.. Pilihlah untuk mengingatinya. [rukun iman]
Hehe.. selagi ia tidak menjadi secara tiba-tiba atau lebih canggihnya, secara automatik kita terus mengingati Allah dan hari akhirat.. Maka selagi itulah kita perlu lebih BANYAK UJIAN dan CABARAN yang akan MEMASANG SABAR ITU LEBIH TEGUH DALAM DIRI.
Sebagai mana peperiksaan di universiti, apabila gagal, ulang lagi pelajaran tersebut, periksa semula.. Selagi tidak lulus, selagi itulah periksa semula. Bezanya, universiti akan buang atau menasihatkan kita menukar jurusan sekiranya kita masih gagal setelah beberapa percubaan [menurut undang-undang unversiti masing-masing]..
Tetapi UJIAN SABAR.. tiada proses disingkirkan. Hidup perlu diteruskan. Selagi bernyawa tiada istilah TUKAR JURUSAN KERANA TIDAK BERJAYA dalam subjek SABAR. Teruskan melalui siri-siri ujian hingga kita benar-benar BERKILAT dengan SABAR..
Maka.. sebab itulah sabar sebahagian dari iman. Iman sahaja yang akan membuatkan kita TERUS SABAR.. dan tiada jurusan alternatif untuk yang gagal BERSABAR.. kecuali kita pilih untuk dimurkai Allah atau kesudahan yang buruk dihari akhirat.
Semoga terus sabar memahami jalan dakwah dan tarbiyyah. Ia tidak akan difahami orang gopoh. Sekian.
Jumpa lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Oleh Hassan Al-Banna. Berikut adalah ringkasan nota dari tulisan As-syahid Imam Hassan Al-Banna. >> Maksud jihad >> Keuta...
-
Sejahtera tubuh badan dapat dirasai dengan kesihatan fizikal dan usaha untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah.. Contohnya solat, pua...
-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْج...
-
Kawan-kawan pernah dengar tak orang cakap macam ni? “Sabar ada hadnya”. Tahukah kita pahala sabar sangat banyak? Dan berapa kiraannya ber...
-
Benarkah? Bahagianya melihat orang mempunyai ibu memahami. Indahnya melihat orang punya rumah besar selesa di diami. Seronoknya melihat...
-
Mulai hari ini, saya tidak akan buka facebook lagi. Insya Allah. Jadi, tidak perlulah cari saya di facebook ye.
-
Assalamualaikum warahmatullah, MUGI hari ini adalah: Mari kita memohon keampunan sebanyaknya dari Allah. Kerana banyaknya dosa kita yang...
-
Assalamualaikum wahai ummat Islam dan pembaca mutiarajannah! Sesungguhnya hati ini terasa lapang, biarpun cuaca sentiasa mendung. Bila ki...
-
Pesanan Nabi s.a.w.. walaupun tidak pernah didengari secara 'life' ke telinga sendiri.. Tapi setiap kali selepas belajar ia pasti te...
-
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Saya tahu saya ada kelemahan itu. Dan saya telah berusaha untuk berhati-hati sem...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan