Celik mata..
Oh, hari ni kerja lagi.
Penatnya.
Satu lagi hari aku untuk bersibuk.
Sibuk berkhidmat demi negara.
Demi Islam.
Bergegas.
Bersiap.
Meneruskan rutin kerja dan belajar erti kehidupan.
Rehat.
Waktu makan tengahari.
Hari ini sibuk.
Ada kerja tambahan perlu disiapkan.
Tidak perlu makan.
Solat sahaja.
5 minit untuk solat 4 rakaat dan 2 rakaat untuk sunat qabliyah.
Sambung kerja.
Habis sudah waktu kerja.
Balik.
Penat, letih.
Makan, solat dan berehat.
Oh, ada usrah malam ni.
Bergegas pula.
Bersiap.
Solat maghrib.
usrah.
Diam.
Malas bercakap hari ini.
Esok-esok, kalau rajin.
baru bercakap dan berbincang.
Balik usrah.
Sudah malam pekat.
Tertidur keletihan.
Esok akan bermula lagi.
Jika begini setiap hari..
Bilakah masa untuk aku berfikir dan memuhasabah diri ?
Bilakah masa untuk aku menilai kualiti solat dan hubungan dengan Allah?
Jika aku berterusan begini..
Bilakah masa untuk aku mengenal Penciptaku?
Bilakah masa untuk aku mengeratkan hubungan dengan Tuhanku?
Bila?
dan
bila wahai diriku?..
Itu belum berumahtangga dan beranak pinak..
Belum berada dalam suasana kesempitan dan susah..
Belum ditarik segala nikmat
Ya..
Belum lagi berfikir
kerja-kerja dan amanah Allah untuk memakmurkan bumi.
Belum lagi menghayati
tugas dan tanggungjawab menyampaikan pesanan Ilahi.
Masih banyak belum lagi.
Dan rupanya.
Aku sudah lupa..
Apa erti pengorbanan..
Apa erti cinta dan mengenal Tuhan.
Tepuk dada, tanyalah hati.
Dimanakah kamu letakkan Tuhan selama ini ?
Sabtu, 10 September 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Again, sorry for the poor English. The sun hasn't set just yet! There I was in the middle of concentrating on how to calculate the ...
-
Catatan ini tanpa gambar. Ayat Quran? Hadith? Pandanglah masyarakat sekeliling.. Malaysia, Negara Jiran dan Dunia. Apa yang sedang b...
-
Pekabar??? dah lama tak tanya khabar kawan-kawan. Asyik menulis jerrr. Tak ingat nak tanya khabar kawan-kawan. Selalu nya kita ni, bila ada ...
-
Senang aje buat cek mek molek. Sedia bahan dulu yea. Ubi stelo (tak tahu orang luar panggil ubi apa. ubi yang berwarna oren tu. Mahu...
-
Terima kasih Allah kerana mengilhamkan kata-kata keramat ini dari seorang tokoh dakwah hebat. Hasan Hudhaibi. Tidak kenal siapa Hasan Hud...
-
kata org dakwah hmm.. kita bukan nak hafal quran sahaja.. kena faham juga isi kandungannya.. baca quran celah gigi (lancar), Tapi tid...
-
Kisah 1. Emak sedang mengurus masa dan berbual dgn anak tentang prestasi anak di sekolah. Emak: Dapat nombor berapa? Anak: No.30 (rasa...
-
Please have a look to this picture. What is the first WORD strikes your mind after a glance? yeah! different mind will define differently. ...
-
Segala puji Allah Tuhan sekalian alam.. Setelah mengetahui serba sedikit keutamaan kisah benar dalam al-Quran berbanding kisah benar dala...
-
Assalamualaikum sume... Ha, ni mula lah nk bual cara ore klate pulop. Sesiapa tok pehe, maka nya belajar lah kecek klate pulop deh. En...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan