Haiii kawan-kawan. Apa khabar semua? Sihat? Iman dan ibadah ok tak? Hmm, biasala tu kadang-kadang sakit. Tapi jangan biar melarat ye.. Nanti takut menderita kat akhirat dah takde doktor nak diagnos dan ahli farmasi bagi ubat..
Saje je buat tajuk kali ni nama orang. Bukan nak ngumpat tau. Nak cerita fasal sirah sikit. Sebenarnya penulis suka sangat sirah. Apa-apa saja kisah Nabi, kisah sahabat nabi memang akan jadi sangat berharga dan bernilai untuk penulis. EH, salah untuk semua umat Islam la kan?
Masa kecik dulu baca buku sirah Nabi Muhammad 10 kali pun tak pernah bosan. Seronok. Setiap kali baca cerita kelahiran Rasulullah s.a.w, rasa macam Rasulullah baru je lahir atas dunia ni.. PAdahal Rasulullah dah lama tak de kan.. Sedih oo bila baca suasana disaat Rasulullah wafat. Silap-silap boleh meleleh air mata..
Rasulullah meninggal atas riba Aisyah r.a. MAsa tu Fatimah pun ada. Sebelum Rasulullah wafat, Rasulullah bisik sesuatu pada Fatimah.. Semua orang teringin nak tahu apa yang Rasulullah bisik pada dia.. Umar lagi lah sedih. Siap marah lagi kat orang yang cakap Rasulullah dah meninggal. (Umar kan berpewatakkan garang sikit). Sebelum Rasulullah sakit dan nazak tu, Rasulullah dah bangun pun. Rasulullah pergi ke masjid dan 'join' umat Islam yang tengah solat berimamkan Abu BAkr masa tu.. Abu Bakr pun mengundur nak bagi Rasulullah jadi imam tapi Rasulullah kasi isyarat suruh Abu BAkr sambung je..
Sapa tak sedih sahabat baik meninggal.. Apalagi kalau orang itu NAbi.. Rahmat seluruh alam. Mesti lah Abu Bakr sedih sangatkan.. Tapi betapa kuat dan teguhnya hati Abu BAkr, dialah yang mengingatkan umat Islam termasuk Umar Al-Khattab.. Nabi Muhammad hanyalah seorang Nabi.. Sampai masanya dia akan tetap mengadap Rabb-nya..
MAsa Rasulullah wafat tu jugak ada satu pasukan tentera yang Rasulullah hantar ke .. Alamak dah lupa pulak kemana.. Panglimanya Rasulullah lantik Usama bin Zaid. MAsa tu Usamah muda lagi.. 19 tahun kalau tak salah penulis. Muda kan? Kalau kita sekarang, baru je nak masuk universiti. Tu pun membimbangkan ibubapa lagi. Boleh ke budak ni duduk asrama.. Boleh ke kene tinggal ni, karang habis semua benda dia explore pulak..
Isnin, 22 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Oleh Hassan Al-Banna. Berikut adalah ringkasan nota dari tulisan As-syahid Imam Hassan Al-Banna. >> Maksud jihad >> Keuta...
-
Sejahtera tubuh badan dapat dirasai dengan kesihatan fizikal dan usaha untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah.. Contohnya solat, pua...
-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْج...
-
Kawan-kawan pernah dengar tak orang cakap macam ni? “Sabar ada hadnya”. Tahukah kita pahala sabar sangat banyak? Dan berapa kiraannya ber...
-
Benarkah? Bahagianya melihat orang mempunyai ibu memahami. Indahnya melihat orang punya rumah besar selesa di diami. Seronoknya melihat...
-
Mulai hari ini, saya tidak akan buka facebook lagi. Insya Allah. Jadi, tidak perlulah cari saya di facebook ye.
-
Assalamualaikum warahmatullah, MUGI hari ini adalah: Mari kita memohon keampunan sebanyaknya dari Allah. Kerana banyaknya dosa kita yang...
-
Assalamualaikum wahai ummat Islam dan pembaca mutiarajannah! Sesungguhnya hati ini terasa lapang, biarpun cuaca sentiasa mendung. Bila ki...
-
Pesanan Nabi s.a.w.. walaupun tidak pernah didengari secara 'life' ke telinga sendiri.. Tapi setiap kali selepas belajar ia pasti te...
-
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Saya tahu saya ada kelemahan itu. Dan saya telah berusaha untuk berhati-hati sem...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan