Sebenarnya ada lagi satu bahagian dalam surah al-Qalam yang belum penulis kongsikan. Bukan tak nak sambung, tapi nak stop dulu. Sebab?
Sebab dah banyak penulis kongsikan. TAhu banyak-banyak tapi tak amal buat apa kan? JAdi ayuh kita hayati dan cuba amalkan dulu apa yang kita dah belajar dari ayat 1 hingga 33 surah Al-Qalam ini..
Belajar dari tafsir ini banyak kebaikannya.. Dan sebelum dapat memahami tafsir Al-Quran dengan baik, kita nak kena belajar jugak sikit-sikit bahasa Arab, nasakh mansukh.. BAru best. Ala perumpamaannya macam kita nak hargai susah payah orang lah. Kalau kita tak kenal dan tak pernah rasa susah, macam mana kita nak hargai.
Macam tu jugaklah dengan Al-Quran. Kalau kita tak tahu BAhasa Arab, tak tahu nasakh mansukh, sejarah dan asbabun nuzul.. Memang tak dapatlah nak rasa betapa MUKJIZAT nya Al-Quran yang telah Allah tinggal pada kita..
PErnah rasa tak Quran itu benar-benar mukjizat? Itulah kita, 'taking Al-Quran for granted' sungguh.. CUba fikir ade tak orang hafal buku lain macam orang hafal Quran? PAstu ade ke benda lain yang berfaedah dari satu huruf je satu huruf yang ada selain Quran?? Setiap masa ade je 'benda' istimewa yang kita jumpa dalam Quran..
Itulah masalah kita. Nak baca pun malas. Baca je pun. Belum lagi suruh hafal. KAlah dah hafal pon belum tentu dapat faham semua yang dihafal. Kalau dah faham pun bukan semua kan? Habess tu kenapa liat sangat nak baca Quran? Baca je. Itu belum paksa masuk kelas tafsir, kelas Bahasa Arab lagi.. Macam mana nak ikut Quran kalau tak faham?
Cewah, kemain lagi cakap Quran itu panduan hidup kita.. Opss, tak bersopan pulak penulis ni. Bukannya apa, tengah nasihat diri sendiri ni haa. Bila ada tazkirah bukan main lagi cakap Quran itu ibarat buku panduan bila kita beli barang baru. Tapi sejauh mana diri sendiri dah faham segala isi Al-Quran??
Kawan-kawan, ayuhlah dekati Quran. Sedarlah bahawasanya selama ini musuh Islam telah bersidang beratus tahun demi mencari jalan menghancurkan kita; Kita UMAT ISLAM.. Macam-macam. Akhirnya mereka terjumpa satu formula senang.. iaitu MENJAUHKAN KITA dari AL-QURAN.
Mereka sibukkan kita dengan pelbagai urusan dunia. Mereka perangkap kita dengan pelbagai video dan cerita rekaan di panggung wayang. Mereka sibukkan kita dengan pergaduhan sesama sendiri setiap hari. Mereka sibukkan kita dengan segala jenis hiburan dan nyanyian pelbagai bentuk. Mereka juga sibukkan kita dengan segala jenis ilmu dunia dan keuntungannya menjadi orang pandai..
Mengapa mereka sibukkan kita dengan semua itu?? Tidak lain AGAR KITA JAUH DARI AL-Quran..
Mahu kita mengumumkan kepada semua MUSUH ISLAM 'Wahai kamu semua, rancangan kamu merosakkan kami (umat Islam) telah berjaya'? atau kita mahu katakan pada mereka 'kami tahu muslihat kamu dan kami tidak akan tertipu dengan segala sogokan kamu. Al-Quran itu mukjizat dan panduan hidup kami. Mustahil untuk kami tidak mendampinginya!
Selasa, 2 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Oleh Hassan Al-Banna. Berikut adalah ringkasan nota dari tulisan As-syahid Imam Hassan Al-Banna. >> Maksud jihad >> Keuta...
-
Sejahtera tubuh badan dapat dirasai dengan kesihatan fizikal dan usaha untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah.. Contohnya solat, pua...
-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْج...
-
Kawan-kawan pernah dengar tak orang cakap macam ni? “Sabar ada hadnya”. Tahukah kita pahala sabar sangat banyak? Dan berapa kiraannya ber...
-
Benarkah? Bahagianya melihat orang mempunyai ibu memahami. Indahnya melihat orang punya rumah besar selesa di diami. Seronoknya melihat...
-
Mulai hari ini, saya tidak akan buka facebook lagi. Insya Allah. Jadi, tidak perlulah cari saya di facebook ye.
-
Assalamualaikum warahmatullah, MUGI hari ini adalah: Mari kita memohon keampunan sebanyaknya dari Allah. Kerana banyaknya dosa kita yang...
-
Assalamualaikum wahai ummat Islam dan pembaca mutiarajannah! Sesungguhnya hati ini terasa lapang, biarpun cuaca sentiasa mendung. Bila ki...
-
Pesanan Nabi s.a.w.. walaupun tidak pernah didengari secara 'life' ke telinga sendiri.. Tapi setiap kali selepas belajar ia pasti te...
-
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Saya tahu saya ada kelemahan itu. Dan saya telah berusaha untuk berhati-hati sem...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan