Entah kenapa, tengah-tengah kemuncak sibuk (walapun sebenarnya baru habis peperiksaan pertengahan semester) tetibe teringat kenangan lama ketika menjadi guru pada tahun 2007 yang lepas. Kawan-kawan nak tahu apa kisahnya?
Gini, penulis ditugaskan untuk mengajar tingkatan 1, 2, dan 3. Setiap tingkatan ade 2 kelas. SAtu kelas remaja rajin nak belajar, satu lagi kelas remaja kurang rajin nak belajar. Semua tingkatan penulis mengajar dua-dua kelas kecuali tingkatan 3, penulis mengajar kelas yang remajanya kurang rajin nak belajar sahaja.. Maksudnya penulis mengajar satu kelas sahaja untuk tingkatan 3.
Subjek apakah yang penulis ajar untuk tingkatan 3? SUbjek fiqah. Kawan-kawan tahukan fiqah? Ala yang fasal solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain lah.. Dan untuk silibus tingkatan 3 yang penulis kena ajar masa tu adalah tajuk haji..
MAk oiii, lah, punya la susah nak ngajar. Sebab? Haji kan lain sikit dari ibadah khusus yang lain. BAnyak cara, langkah-langkah dan pantang larang..
Sebenarnya bukan nak cerita susah subjek yang diajar tu. Tapi nak cerita susahnya mengajar remaja yang kurang rajin nak belajar. (Agaknya inilah kot yang pensyarah penulis rasa bila penulis tak jawab soalan pensyarah dalam kuliyah).
Kali pertama mengajar kelas tingkatan 3 adalah suatu pengalaman yang sukar dilupakan.. Sebab? Itulah kali pertama penulis berdepan dengan remaja nakal.. Hehe.. Walhal penulis pun nakal jugak masa sekolah dulu. Akhirnya, selepas sejam mengajar kelas feqah, airmata keluar sama laju dengan langkah penulis keluar dari kelas tersebut.
Konon-konon nak sorok muka, tapi ada muallimah lain pulak diluar pintu kelas.. Siap tolong pujuk. Hehe.. HAbis kecoh, muallimah baru menangis. Sebenarnya penulis pun tak tahu sebab apa penulis airmata mengalir banyak sungguh masa tu..
Tapi itulah perasaan yang hinggap secara tiba-tiba apabila melihat, remaja-remaja yang masih belum mengenal 'apa itu dunia sebenar' bersikap acuh tak acuh dengan pembelajaran mereka.. Berada di sekolah agama adalah salah satu dari rahmat Allah yang sangat besar. Kadang-kadang kita memperlekeh suasana dan biah-suasana (bukan bai'ah-perjanjian) solehah yang wujud. Pelbagai alasan lapuk dan tidak lojik untuk kita memperlekeh sekolah agama dan universiti agama.. Kerana mentaliti kita yang suka memperlekeh institusi pendidikan berteras agamalah yang menjadikan kita terlupa dan terlalai dari hidayah dan petunjuk Allah yang tersedia dan terhidang di dalam nya..
Ok, nak tahu apa jadi lepas tu? Hehe, penulis tak nak sambung..
Yang penting pengajarannya, kita mesti berusaha untuk melihat dunia supaya kita sedar siapakah diri kita di bumi Allah yang luas ini..
Selasa, 9 Februari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Oleh Hassan Al-Banna. Berikut adalah ringkasan nota dari tulisan As-syahid Imam Hassan Al-Banna. >> Maksud jihad >> Keuta...
-
Sejahtera tubuh badan dapat dirasai dengan kesihatan fizikal dan usaha untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah.. Contohnya solat, pua...
-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْج...
-
Kawan-kawan pernah dengar tak orang cakap macam ni? “Sabar ada hadnya”. Tahukah kita pahala sabar sangat banyak? Dan berapa kiraannya ber...
-
Benarkah? Bahagianya melihat orang mempunyai ibu memahami. Indahnya melihat orang punya rumah besar selesa di diami. Seronoknya melihat...
-
Mulai hari ini, saya tidak akan buka facebook lagi. Insya Allah. Jadi, tidak perlulah cari saya di facebook ye.
-
Assalamualaikum warahmatullah, MUGI hari ini adalah: Mari kita memohon keampunan sebanyaknya dari Allah. Kerana banyaknya dosa kita yang...
-
Assalamualaikum wahai ummat Islam dan pembaca mutiarajannah! Sesungguhnya hati ini terasa lapang, biarpun cuaca sentiasa mendung. Bila ki...
-
Pesanan Nabi s.a.w.. walaupun tidak pernah didengari secara 'life' ke telinga sendiri.. Tapi setiap kali selepas belajar ia pasti te...
-
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Saya tahu saya ada kelemahan itu. Dan saya telah berusaha untuk berhati-hati sem...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan