Sambungan dari entri semalam.
Bagi kita, kekuatan itu mutlaknya dari Allah tetapi kita yang memulakannya. Cuma mungkin bezanya dari segi petunjuk-petunjuk kekuatan yang Allah nak turunkan kepada kita.
PETUNJUK PERTAMA :
Kadang-kadang, Allah bagi petunjuknya dan tegurannya kepada kita seorang, maka kita sahut seruan dan kita menjana kekuatan secara individu dan bukan atas dorongan orang lain. Dengan itu, kita berubah kerana kesedaran dari diri kita sendiri.
PETUNJUK KEDUA :
Kadang-kadang, Allah bagi petunjuknya kepada keluarga dan orang-orang yang terdekat dengan kita. Maka kita sahut seruan bahawa aku perlu menjadi lebih kuat. Sepertimana Allah turunkan bencana kepada keluarga dan sebagainya.
Bezanya ini, orang akan nampak kita berubah setelah mendapat bala' dan kita seolah-olah terpaksa untuk menjadi kuat kerana tiada tempat bergantung melainkan Allah. Walau tidak bersedia pun… terpaksa lah..
PETUNJUK KETIGA :
Kadang-kadang Allah bagi petunjuknya kepada orang yang tegur kita, sebab kesalahan kita dia tahu, maka dia tegur kita. Maka kita pun menyahut seruan, aku perlu menjadi lebih kuat.
PETUNJUK KEEMPAT :
Kadang-kadang Allah bagi petunjuk kepada keadaan sekeliling kita, dunia, harta benda kita dan lain-lainnya. Apabila dunia bergolak seperti isu Gaza contohnya, maka kita pun merasakan bahawa kita perlu menjadi lebih kuat untuk dunia yang sedang bergolak dan sedia untuk menerima apa sahaja yang datang.
Petunjuk-petunjuk tersebut ada turutannya sehinga turutan yang paling akhir selepas Allah bagi petunjuk-petunjuknya (yakni selepas petunjuk dari awal kita tak sahut, maka boleh jadi pergi ke petunjuk seterusnya).
Tapi, bagi kita, yang penting sekali, kita ini sedar dan perlu menyahut seruan menuju kekuatan berdasarkan hidup kita selama ini.
Petunjuk Allah yang terakhir ialah MAUT dan ALAM SELEPASNYA (mahsyar, mizan, neraka dsb).
Tapi bezanya pada ketika itu, kita bukan sahaja tidak mampu menjadi kuat, bahkan sudah terlambat atau sangat-sangat lambat.
Bukan apa, sebab kita melengah-lengahkan untuk menyahut seruan fitrah daripada Allah. Seruan kelesuan jiwa yang meronta-ronta, seruan kelesuan hati yang keras membatu .. seruan Allah yang menyuruh hambaNya berlumba-lumba ke arahnya.
Maka di sini kita membenarkan lagi sabda Nabi saw :
"Cukuplah dengan maut itu sebagai nasihat / teguran."
Setiap jenis petunjuk itu ada keistimewaannya. Bila kita sahut yang pertama, kadang-kadang kita tidak perlu jumpa yang kedua.
Bila kita tinggal yang pertama, kadang-kadang ia boleh terus jatuh pada peringkat terakhir (maut dan selepasnya).
Tapi kadang-kadang kalau kita dapat yang ketiga atau seterusnya, kita akan lebih 'rasa' pengalaman 'teguran' yang Allah bagi, berbanding orang yang menyahut seruan yang pertama.
Itulah uniknya teguran Allah yang penuh hikmah ini. Semuanya saling melengkapi, mengikut tahap masing-masing di sisi Allah.
Mari kita pergi ke peringkat seterusnya semoga kita dapat hayati bersama. Mari sesuaikan diri kita dengan keadaan umat sekarang.
Lihatlah contoh yang paling dekat kita dapat lihat saudara-saudara kita di Gaza. Bagi kita, semua petunjuk ada pada mereka. Cukuplah untuk satu dunia menyedari hakikat teguran Allah kepada dunia seluruhnya, khasnya umat Islam.
Satu dunia bangkit menentang kezaliman Zionis Israel. Ya, Umat dunia bangkit. Tapi mereka bangkit atas dasar apa? Kemanusiaan dan fitrah insaniah dalam diri mereka.
Tapi kita ini, Allah anugerahkan dengan Islam dan Iman lebih-lebih lagi dengan fikrah risalah daripada Nabi tercinta saw.
Umat dunia yang buta agama sebenarnya pun ingin menolong kekuatan ini... Alangkah butanya umat Islam yang tidak mampu mendengar seruan teguran yang Maha Agung daripada Tuhan semesta alam ini.
Subhanallah! Teguran yang maha hebat engkau berikan kepada kami. Tidak mampu kami bayangkan kalau selepas ini masih ada yang tidak mahu menyelamatkan diri dari azabMu?
Masya-Allah! Sesungguhnya Engkau telah memperlihatkan kami petunjuk dan teguranMu yang sungguh dalam.
Masya-Allah hebatnya iman mereka (saudara-saudara kita di Gaza) sehingga Allah menguji sebegitu kepada mereka kerana sesungguhnya seseorang hamba itu diuji dengan kadar imannya.
Nauzubillah! Ya Allah kami berlindung dari petunjukMu yang lebih dahsyat yang tidak mampu kami menjadi kuat lagi selepasnya.
Mari kita hayati lagi peringkat seterusnya .
Tidak pelikkah?
Tidak hairankah?
Umat Islam di Gaza mampu menggegarkan dunia. Mampu memberikan "asbab" kekuatan kepada umat dunia, hatta orang bukan Islam. Allahuakbar!!!
Ya, memang pelik!
Masakan 313 tentera Badar boleh menang dengan 1000 tentera musyrikin itu tidak pelik ?
Ya.. pelik sekali!
Tetapi ingatlah, bahawa....
jengjeng.. sambung lagi la..
Jumaat, 13 Mei 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Oleh Hassan Al-Banna. Berikut adalah ringkasan nota dari tulisan As-syahid Imam Hassan Al-Banna. >> Maksud jihad >> Keuta...
-
Sejahtera tubuh badan dapat dirasai dengan kesihatan fizikal dan usaha untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah.. Contohnya solat, pua...
-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْج...
-
Kawan-kawan pernah dengar tak orang cakap macam ni? “Sabar ada hadnya”. Tahukah kita pahala sabar sangat banyak? Dan berapa kiraannya ber...
-
Benarkah? Bahagianya melihat orang mempunyai ibu memahami. Indahnya melihat orang punya rumah besar selesa di diami. Seronoknya melihat...
-
Mulai hari ini, saya tidak akan buka facebook lagi. Insya Allah. Jadi, tidak perlulah cari saya di facebook ye.
-
Assalamualaikum warahmatullah, MUGI hari ini adalah: Mari kita memohon keampunan sebanyaknya dari Allah. Kerana banyaknya dosa kita yang...
-
Assalamualaikum wahai ummat Islam dan pembaca mutiarajannah! Sesungguhnya hati ini terasa lapang, biarpun cuaca sentiasa mendung. Bila ki...
-
Pesanan Nabi s.a.w.. walaupun tidak pernah didengari secara 'life' ke telinga sendiri.. Tapi setiap kali selepas belajar ia pasti te...
-
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Saya tahu saya ada kelemahan itu. Dan saya telah berusaha untuk berhati-hati sem...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan