Walaupun ilmu banyak. Jika kita angkuh dan sombong dengan ilmu kita.. Maka ilmu itu tiada faedah pun untuk kita. Malah bakal menjadi hujjah keatas kita kerana hanya menggunakan ia untuk berbangga-bangga dan menunjuk.
Aku pelajar 5A. Aku pelajar cemerlang sekolah. Aku pelajar mithali.
Ok, sambung cerita. Kemudian, bagaimana aku mendapat satu ketukan untuk berfikir dan melihat apakah sebenarnya yang telah berlaku pada diri sehingga mak dan cikgu-cikgu sekolah aku menyatakan "kamu ini macam lalang".
Pada hari keputusan peperiksaan pertengahan tahun di keluarkan, ibubapa telah dijemput datang untuk mengambil dan melihat keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Aku tidak tahu mak datang. Aku hanya sedar setelah mak berada dipintu kelas. "Eh? mak? hmm habislah.. ni mesti nak kena lagi" kataku dalam hati walaupun aku masih tidak tahu kenapa. Yang aku tahu, kalau mak muncul tiba-tiba macam tu, pastilah nak kena marah lagi.
Oh rupanya kerana keputusan peperiksaan aku yang tidak memberangsangkan. Aku hanya mendapat tempat 30 lebih dalam kelas. Tiada pelajar perempuan dalam kelas aku mendapat tempat corot seperti itu. Bagi aku, itu biasa sahaja. Tiada apa-apa yang perlu difikirkan. [oh betapa naifnya aku pada masa itu.. 30 tu.. bukan nombor 3]
mak bertanya kenapa aku dapat sebegitu. Manalah aku tahu kenapa. [lagi.. kisah kenaifan aku tentang hidup]. Tiba-tiba, airmata mak mengalir! Aku terkejut!. Tersentak. Eh? kenapa mak menangis pulak? Salahke aku dapat nombor 30 lebih? Bukannya aku lari dari sekolah pun.. cuma dapat nombor 30 je.
Yang aku faham masa tu hanyalah.. Tidakkan mencium bau syurga seseorang itu, apabila ibunya mengalirkan airmata kerana kecewa dan sedih dengannya. ops.. Barulah aku mula berfikir.. "Eh? tak kena kot dapat 30 lebih ni.. Habis lah aku, sudah buat mak menangis. tak masuk syurga dah la.."
Entah apa yang mak cakap lepas itu aku sudah tidak ingat. Tapi semenjak hari itu aku cuba menyelami perasaan mak. Dan aku cuba mencari, dimanakah salah aku hingga mendapat kedudukan 30 lebih.
Buat pengetahuan semua, sekolah yang aku duduk ini bukanlah sekolah biasa yang disediakan kerajaan. Ia adalah sekolah agama yang penuh dengan tanah merah.. bangunan buruk.. dalam kampung sawah. Ada ayam berlari dan berak merata. Kadang-kadang, kambing dan lembu pun datang jalan-jalan dan berak di sekitar sekolah.
Tempat yang sangat asing untuk aku. Aku orang bandar. Sawah dan bendang memang aku tidak pernah lihat. Apa lagi tanah merah, paya, dan rumah-rumah kampung. Bagi aku itu semua pelik dan jijik.
bersambung...
Sabtu, 28 Mei 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Again, sorry for the poor English. The sun hasn't set just yet! There I was in the middle of concentrating on how to calculate the ...
-
Catatan ini tanpa gambar. Ayat Quran? Hadith? Pandanglah masyarakat sekeliling.. Malaysia, Negara Jiran dan Dunia. Apa yang sedang b...
-
Pekabar??? dah lama tak tanya khabar kawan-kawan. Asyik menulis jerrr. Tak ingat nak tanya khabar kawan-kawan. Selalu nya kita ni, bila ada ...
-
Senang aje buat cek mek molek. Sedia bahan dulu yea. Ubi stelo (tak tahu orang luar panggil ubi apa. ubi yang berwarna oren tu. Mahu...
-
Terima kasih Allah kerana mengilhamkan kata-kata keramat ini dari seorang tokoh dakwah hebat. Hasan Hudhaibi. Tidak kenal siapa Hasan Hud...
-
kata org dakwah hmm.. kita bukan nak hafal quran sahaja.. kena faham juga isi kandungannya.. baca quran celah gigi (lancar), Tapi tid...
-
Kisah 1. Emak sedang mengurus masa dan berbual dgn anak tentang prestasi anak di sekolah. Emak: Dapat nombor berapa? Anak: No.30 (rasa...
-
Please have a look to this picture. What is the first WORD strikes your mind after a glance? yeah! different mind will define differently. ...
-
Segala puji Allah Tuhan sekalian alam.. Setelah mengetahui serba sedikit keutamaan kisah benar dalam al-Quran berbanding kisah benar dala...
-
Assalamualaikum sume... Ha, ni mula lah nk bual cara ore klate pulop. Sesiapa tok pehe, maka nya belajar lah kecek klate pulop deh. En...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan