Semenjak aku lihat mak mengalirkan airmata melihat keputusan periksa aku.. Aku selalu berfikir. "Masih boleh masuk syurgakah aku?"
Macam mana aku mahu mengubah nasib diriku diakhirat kelak? Aku sudah berbuat satu dosa. Bagi aku, menyebabkan airmata mak mengalir itu lebih aku susah hati dari mendapat tempat 30 lebih dalam kelas..
Tapi kerana aku dapat 30 lebih itulah aku nampak mak menangis. Maksudnya aku sudah tidak boleh dapat 30 lebih selepas ini.. tapi macam mana aku nak buat? Sebab aku rasa tidak tahu dimana salah aku. Aku perlu cari manakah salahku.
Aku juga selalu berfikir.. Apalah salah kawan aku. Kenapalah mak marah sangat aku berkawan dengan kawan aku yang satu itu. Punya sukalah aku mahu berkawan dengan sesiapa pun. Mak kata aku terlalu banyak bermain hingga tidak belajar..
Semenjak hari itulah aku mula menjinakkan diri dengan muhasabah. Setiap hari aku akan peruntukkan satu masa dan duduk seorang diri.. Memikirkan, apa yang aku sudah buat selama aku berada di sekolah tersebut.. Aku terlalu naif.. Jahil tentang hidup.. Aku tidak tahu pun tujuan hidupku.. Hinggalah pada suatu hari aku mendengar seorang pelajar lelaki dari sebuah negeri yang jauh bercakap dan bercerita..
"tujuan hidup kita adalah beribadah pada Allah.. Telah termaktub dalam Al-Quran surah az-dzariyat ayat 56"
oooo.. terlopong aku dengar dia memberitahu. Hebatnya budak itu. Baru sekolah menengah tingkatan 4 atau 5.. tapi sudah fasih berbicara dan lancar sekali memberitahu pada kawan-kawan tujuan kehidupan. Aku? Mahu berdiri dihadapan orang ramai pun tidak sanggup. Inikan pula bangun dan memberitahu dengan berani tujuan kehidupan manusia..
Aku semat dalam kepala. Tujuan hidup itu untuk beribadah rupanya.. Ibadah. Apa kebenda pulak ibadah itu? Jika dilihat-lihat apa yang telah aku buat selama ini.. Aku tidak tahu apa benar aku beribadah. Sedang aku sudah akil baligh..
"Ya Allah, janganlah engkau hukum ku kerana kejahilanku dan kelalaianku.."
bersambung..
Ahad, 29 Mei 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Oleh Hassan Al-Banna. Berikut adalah ringkasan nota dari tulisan As-syahid Imam Hassan Al-Banna. >> Maksud jihad >> Keuta...
-
Sejahtera tubuh badan dapat dirasai dengan kesihatan fizikal dan usaha untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah.. Contohnya solat, pua...
-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْج...
-
Kawan-kawan pernah dengar tak orang cakap macam ni? “Sabar ada hadnya”. Tahukah kita pahala sabar sangat banyak? Dan berapa kiraannya ber...
-
Pesanan Nabi s.a.w.. walaupun tidak pernah didengari secara 'life' ke telinga sendiri.. Tapi setiap kali selepas belajar ia pasti te...
-
Masih terngiang-ngiang nasyid di zaman kanak-kanak "Wahai kawan-kawan mari dengar cerita.." "Kisah Nabi Yunus dalam ...
-
Benarkah? Bahagianya melihat orang mempunyai ibu memahami. Indahnya melihat orang punya rumah besar selesa di diami. Seronoknya melihat...
-
Mulai hari ini, saya tidak akan buka facebook lagi. Insya Allah. Jadi, tidak perlulah cari saya di facebook ye.
-
Assalamualaikum warahmatullah, MUGI hari ini adalah: Mari kita memohon keampunan sebanyaknya dari Allah. Kerana banyaknya dosa kita yang...
-
Assalamualaikum wahai ummat Islam dan pembaca mutiarajannah! Sesungguhnya hati ini terasa lapang, biarpun cuaca sentiasa mendung. Bila ki...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan