Masih terngiang-ngiang di telinga apa yang telah orang katakan pada diri sewaktu berada dibangku sekolah. MAcam sudah meninggalkan bangku sekolah sahaja.. Walhal masih bersekolah.
Bukan seorang mengatakan demikian. Mak, cikgu-cikgu.. kawan-kawan. Mengapa? Kerana aku bersahabat dengan orang yang dianggap mempunyai masalah disiplin.
Bagi aku, berdosakah aku bersahabat? Aku sayang sahabatku. Biarlah semua orang benci dia kerana sikapnya. Dia tetap sahabat aku. Walaupun orang lain nampak dia jahat, nakal, melanggar disiplin sekolah.. Dia tetap sahabat aku. Dia tetap berbuat baik pada aku. Dia tidak jahat dan nakal sebagaimana yang orang lain katakan.
Kemana sahaja dia pergi aku turuti. Biarpun aku tahu akan berlaku sesuatu yang tidak berapa kena. Aku butakan sahaja. Aku tidak mahu kehilangan sahabat.. Alangkah sunyinya hidup tanpa sahabat.
Setiap 2 minggu, aku akan dimarahi, dileteri. Sejam perjalanan pulang kerumah dari asrama, umpama 10 jam. Bingit telinga mendengar kuliyah mak. Apabila tidak tahan, aku akan tidur. Buat-buat tidak dengar. Setelah sampai ke rumah, aku akan cepat-cepat memunggah barang tanpa menunggu mak habis berleter.
Melewati semula kisah pahit di zaman aku masih belum memahami tujuan penciptaan manusia.. Memang membuatkan aku menangis. Sedih dan menyesal. Tetapi itu bukanlah penyebab aku berhenti dari berubah dan menangisi segala kejahilan lalu. Aku mesti bangkit dan menjadi manusia baru!
Ikuti sambungan seterusnya. Insya Allah.
Jumaat, 27 Mei 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Oleh Hassan Al-Banna. Berikut adalah ringkasan nota dari tulisan As-syahid Imam Hassan Al-Banna. >> Maksud jihad >> Keuta...
-
Sejahtera tubuh badan dapat dirasai dengan kesihatan fizikal dan usaha untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah.. Contohnya solat, pua...
-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْج...
-
Kawan-kawan pernah dengar tak orang cakap macam ni? “Sabar ada hadnya”. Tahukah kita pahala sabar sangat banyak? Dan berapa kiraannya ber...
-
Benarkah? Bahagianya melihat orang mempunyai ibu memahami. Indahnya melihat orang punya rumah besar selesa di diami. Seronoknya melihat...
-
Mulai hari ini, saya tidak akan buka facebook lagi. Insya Allah. Jadi, tidak perlulah cari saya di facebook ye.
-
Assalamualaikum warahmatullah, MUGI hari ini adalah: Mari kita memohon keampunan sebanyaknya dari Allah. Kerana banyaknya dosa kita yang...
-
Assalamualaikum wahai ummat Islam dan pembaca mutiarajannah! Sesungguhnya hati ini terasa lapang, biarpun cuaca sentiasa mendung. Bila ki...
-
Pesanan Nabi s.a.w.. walaupun tidak pernah didengari secara 'life' ke telinga sendiri.. Tapi setiap kali selepas belajar ia pasti te...
-
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Saya tahu saya ada kelemahan itu. Dan saya telah berusaha untuk berhati-hati sem...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan