Khamis, 18 Oktober 2018

Zaman baru

Selamat sejahtera  dan selamat menempuh hujung tahun 2018 yang masih bersisa.

Zaman sudah berubah bukan?
Seperti sudah kurang 'bloggers' kerana ramainya 'facebookers'..
Dan kini semakin ramai beralih kepada 'instagram'..

Media sosial berubah dan berkembang..
Dari surat menyurat, friendster hinggalah ke instagram.

Tetapi garispanduan media sosial masih tidak berubah.
Sama sahaja dimana sahaja.

Sepanjang Surah Al-Hujurat 1- 18

1- Tidak melebihi Allah dan Rasul-Nya dalam segala peraturan dan perilaku.
2- menjaga "nada suara" mengikut kesesuaian kerana ia adalah ciri orang bertaqwa dan diampunkan Allah
3- SABAR dalam berurusan dengan manusia termasuk dengan pemimpin
4- Apabila datangnya berita pastikan kesahihan berita lebih-lebih lagi jika pembawa berita itu diragui kejujurannya.
5- Iman dan akhlaq yang baik itu kurniaan Allah kepada manusia. Ia adalah nikmat; bersyukur jika ada 2 perkara ini.
6- Mendamaikan 2 pihak yang bergaduh
7- PRINSIP bersosial; setiap orang Islam itu bersaudara
8- Dilarang mencemuh, mengejek, menghina, membuka aib, memanggil dengan gelaran yang buruk
9- Jika melakukan perkara no.8 wajib bertaubat.
10- Tidak bersangka buruk.
11- tidak mengintip kesalahan orang
12- tidak mengumpat
13- Orang yang bersikap nombor 10 - 12, boleh jadi orang bertaqwa.
14- Berusaha berkenalan sesama manusia
15- Semulia manusia adalah yang bertaqwa (diantara ciri orang bertaqwa sudah ada di atas)
16- Allah tahu kita beriman sepenuhnya atau baru nak cuba-cuba, jadi tidak perlu dabik dada pada Allah yang kita terlalu beriman. Buktikan je dulu dengan melakukan suruhan dan larangan diatas.
17- Allah kenal ciri kita beriman sepenuhnya itu dengan pengorbanan yang telah kita lakukan
18- Tidak perlu rasa begitu berjasa dengan iman atau kekuatan kita untuk beramal soleh, kerana ia juga dengan rahmat pemberian Allah dengan menjadikan kita mampu begitu.

Pandai-pandailah nilai sendiri pelbagai situasi yang ada sekarang.
Contohnya:

1- Kutip cerita ikut kefahaman sendiri dan sensasikan
2- sikap terhadap golongan LGBT
3- pindaan tertentu tentang aktiviti pencegahan maksiat
4- baca tajuk sahaja kemudian hurai panjang berjela tanpa mendapatkan penjelasan
5- baca 2 muka berita, komen bermuka-muka.
6- memberikan gelaran-gelaran pelik yg dirasakan 'sesuai' megikut perlakuannya, melakukan sesuatu tidak mengikut citarasa kita

Jika tidak puashati, sila ambil quran dan telitilah isi kandungannya.
Pohonlah pada Tuhan agar dapat melihat yang benar itu benar dan yang salah itu salah seperti yang Tuhan lihat.

Bukan lain-lain.

Sekian.
Semoga bertemu lagi dilain siaran.

Entri terkenal