Jumaat, 4 April 2014

Mengubah paradigma 2

Mari kita lihat maksud atau definasi perkataan berikut mengikut kamus dewan.

Melihat: menggunakan mata untuk mengetahui

Memerhati: melihat dengan teliti dan penuh minat.

Memandang: penglihatan untuk sesuatu

Penglihatan: Kuasa/kebolehan untuk melihat

Tengok: pergi atau datang untuk melihat

Sumber rujukan: Pusat rujukan persuratan Melayu, PRPM.
.....

Setelah menyenaraikan maksud perkataan-perkataan di atas; mari kita bezakan penyataan di bawah:

Saya melihat budaya baru di Kelantan.
Saya memerhati kebudayaan orang Kelantan.
Saya memandang kebiasaan orang Kelantan.
Saya tengok sendiri menggunakan penglihatan saya.

Adakah anda dapat menangkap perbezaan konteks perkataan-perkataan di atas?

.....

Adakah para pembaca sekalian tahu maksud paradigma?

Paradigma adalah satu CORAK atau dasar utama yang mendasari suatu kompleks.

Sumber rujukan: PRPM.

a set of ideas that are used for understanding or explaining; especially in a particular subject.

Sumber rujukan: MacMillan Dictionary online.

.....

Mengubah paradigma adalah satu corak pemikiran baru berbeza dari sebelumnya.
Apakah hasil mengubah paradigma? Hasilnya mengubah tindakan kita!

Mengubah paradigma memberi kesan besar pada seluruh kehidupan kerana ia mengubah tindakan kita.


bersambung

Entri terkenal