Isnin, 1 April 2013

orang masyi vs orang dakwah

kata org dakwah

hmm.. 
kita bukan nak hafal quran sahaja.. kena faham juga isi kandungannya.. 
baca quran celah gigi (lancar), Tapi tidak ambil tahu hal ummat.. 
dakwah ni kerja para Nabi oo..

kata org masyi

eleh.. patutlah bising mengata orang. 
Pemalas menghafal quran.. 
Apalagi untuk mengulangkaji hafazan! 
hmm.. 
Tidak perlu cakap tentang dakwah la jika hafal quran pun entah ke mana.

.....

ok, sebelum menyambung lebih panjang.. mari kita fahami dahulu maksud org dakwah dan org masyi dari segi masyarakat. Ditegaskan disini, dari segi kefahaman biasa masyarakat Malaysia.

org dakwah >> org yg hebat bercakap ttg islam, berpenampilan seperti org 'baik'
org masyi >> individu yg menghafal 30juzu al-quran dan mengingati seluruh hafazan dgn baik
......

menembakkan peluru kepada sesama ummat islam tidak mendatangkan apa2 faedah..
yalah.. org dakwah menembak org masyi atau sebaliknya.. tidak menguntungkan kedua2 pihak, malah membuka peluang pihak lain menjadikan butir peluru itu untuk terus mematikan islam.

oleh itu para pembaca sekalian, apa yg kita faham tentang ajaran islam? ini sangat penting dan akan memberi kesan kepada amal kita setiap hari, minggu, bulan dan tahun hinggalah kita kembali kepada-Nya.

apakah islam yang kita faham sekarang hanyalah menjadi orang dakwah atau orang masyi sahaja?

apakah tuntutan islam dan ajaran yang Allah turunkan pada kita?

cukupkah sekadar menjadi

  • orang dakwah atau 
  • orang masyi atau 
  • orang dakwah dan masyi?...


Islam itu cara hidup dan ketundukan pada Allah. Apakah tembak menembak berdas-das 'peluru' itu termasuk dalam cara hidup dan ketundukan pada Allah?

.......

Tegur menegur sememangnya amalan baik. tapi usah cemari dengan akhlaq dan niat yang tidak baik. Tidak dinafikan, penulis juga mungkin pernah tertipu dengan bisikan syaitan dan berkelakuan 'tembak menembak' ini.. tapi ia bukanlah tiket utk kita terus melakukan kesalahan yang sama. Tinggalkanlah akhlaq yang tidak islam ini..

kita menjadi orang dakwah kerana itulah tanggungjawab asasi kita diutuskan ke dunia,

kita menjadi orang masyi kerana menghafal alquran itu antara langkah untuk lebih memahami isi kandungan kalam Tuhan.

Tapi tidak cukup dengan menjadi orang masyi dan orang dakwah kerana Rasulullah juga di utuskan untuk menyempurnakan akhlaq mulia..

Dengan memahami islam itu menyelaputi seluruh aspek kehidupan, tidak akan keluar istilah
"org dkwh tidak masyi" atau
"org masyi tidak faham tanggungjawab dakwah" atau
"orang masyi dan orang dakwah tak tahu cara untuk berakhlaq dan beradab".

kerana..

orang islam itu apabila dia benar2 mengerti dan menghayati islam; maka dia akan bersungguh2 berdakwah dengan akhlaq mulia kerana fahamnya dia akan isi kandungan al-quran yang dia hafaz dan ulang2 setiap hari..!

insyaAllah.

Islam itu sempurna, tapi usah keliru dengan penganutnya..
kerana manusia penuh dengan kekurangan dan cacat cela.

Jika mahu; carilah Islam dengan sesungguhnya...
Jika tidak mahu sejutalah alasannya.

Sekian.

Tiada ulasan:

Entri terkenal