Rabu, 19 Ogos 2009

Ahlan ya Ramadhan

Hai kawan-kawan. Kita dah berada diambang Ramadhan ni. Tak rasa pape ke? Eh cam ganas pulak tanya gitu kan.. Bukan gitu patutnya soalan penulis. Ginilah: Adakah kawan-kawan semakin terasa dengan lambaian Ramadhan? Sudah tentulah kan.. Tinggal entah beberapa masa je lagi.

Seronoknya nak jumpa bulan Ramadhan. Seronok habis. Dah tak de perkataan yang lebih seronok, nak cakap seronok sungguh dengan kedatangan bulan Ramadhan. Tapi kalau kita tak tahu apa kelebihan bulan Ramadhan jangan haraplah kita nak rasa seronok. Silap-silap rasa beban lagi ada lah.

Tadi penulis baca satu buku, namanya solusi. Penulis dalam buku tu cakap:

Kita berpuasa kerana iman kita kepada Allah. Bukan untuk mendapatkan hikmah yang ada dalam puasa itu. Muslim sekarang ramai yang dah tersilap. Puasa kerana nakkan hikmahnya.

Itu sebenarnya, Ustaz Pahrol Md Juoi yang cakap. Tapi penulis rasa sangatlah betul. Dan bukan setakat sangatlah betul, tapi sangatlah setuju. Aiseh kenapa banyak ‘lah’ pulak ni.

Entri ni bukan nak cerita fasal kelebihan bulan Ramadhan. Sebab sekarang mesti dah banyak kuliah-kuliah cerita fasal kelebihan bulan Ramadhan. tapi yang penulis nak kongsi adalah semangat beribadah pada bulan Ramadhan.

Ikutilah kisah ini.

Ini kisah benar-benar berlaku pada pertengahan 1990an. Dalam tahun 1994-1995 gitulah. Hari itu hari sekolah. Penulis bersekolah sesi petang. Sebaik sahaja pulang dari sekolah, penulis terlihat adik lelaki penulis sedang berbaring atas katil.

Kenapa dik? baring je atas katil tu?

Jawab adik penulis (sambil cuba bangun):

Saya pening la kak long.

owh pening ke. Meh la bukak lah puasa tu. dah penin tak boleh nak bangun dah tu.

Tahu apa adik penulis jawab?

Tak nak. Sikit lagi nak buka puasa dah.

Masa tu jam dah menunjukkan hampir pukul tujuh. Biasaya maghrib di Pulau Pinang dalam pukul 7.30 - 7.40 malam.

Eh, lambat lagi lah nak berbukanya. Setengah jam lagi. Kan dah tak larat tu. Tak pelah nak bukak pun. Allah tak marah pun.

Dengan cekal dan bulat tekad, adik penulis berkata:

Orang tak nak bukaklah. Bukannya lama pun. Setengah jam je lagi. Biarlah penin sikit-sikit tak pe.

Tahu tak? sambil dia cakap gitu, air mata dia meleleh sikit-sikit, sebab tengah menahan pening..

Akhirnya hari tu, dia buka puasa sama-sama dengan kami yang lain. Berjaya dia berpuasa hari tu..
Pada tahun itu, dia hanya berpuasa penuh 11 hari. Selebihnya puasa sekerat hari sahaja.

Tengok tu? Budak kecik pun semangat nak puasa. Inikan kita yang dah tua-tua ni. Opss, bukan tua. Tapi dah baligh dan cukup matang untuk berfikir..

Okay, semoga kita semua bersemangat dan tak sabar-sabar menanti kedatangan Ramadhan..

Kalau ada masa, penulis akan tulis lagi cerita-cerita yang membakar semangat kawan-kawan untuk menyambut bulan ramadhan..

Tiada ulasan:

Entri terkenal