Terima kasih Allah kerana mengilhamkan kata-kata keramat ini dari seorang tokoh dakwah hebat. Hasan Hudhaibi.
Tidak kenal siapa Hasan Hudhaibi? Silalah google...
Benar kita melihat sesuatu berdasarkan sudut pandangan kita.
Kita tidak mampu untuk melihat sesuatu diluar pandangan kita.
Kerana kemampuan kita melihat, sangat terbatas dengan mata hati dan mata yang sepasang itu.
Sedikit sebanyak, ilmu dan pengalaman membantu kita melihat sesuatu perkara menurut penglihatan yang Allah kehendaki.
dengan kesedaran penuh..
Yang kita, manusia mempunyai batas untuk melihat samada dengan mata hati atau mata sepasang yang sempurna itu..
Maka kita juga tidak layak menghukum manusia lain sewenang-wenangnya.
Contoh:
Sedangkan kita tidak tahu apakah yang sedang menyusahkan hatinya, urusan yang menghantui kepalanya..
Atau..
Jika seseorang yang kita lihat itu..
terkesima pendengar dengan perkataan terus terangnya..
buruk pergaulannya,
hodoh bacaan Qurannya..
Sewenang-wenangnya kah kita mahu mengatakan dia layak memikul dosa dan dibenci orang kerana itu semua?
Sedangkan dosa pahala kita sendiri pun tidak diketahui nasibnya..
Astaghfirullah..
Bukankah kita yang tahu ini, yang sedar akan kekurangan itu..
Kitalah yang bertanggungjawab menyedarkannya..
Bukankah kita yang berilmu ini [padahal bukan banyak mana sangat pun]
SANGAT BERTANGGUNGJAWAB untuk mengajaknya kepada kebaikan..
bukankah??
dan jika mereka enggan pun..
Layakkah kita menghukum???
Pastilah tidak layak juga.
Kerana apakah?
Kerana memang tugas kita bukan menghukum.
Senang cerita, jika kita menghukum, kita sudah melepasi batas garisan kerja kita..
Menghukum itu kerja Allah.
Jika kita menghukum, maka kita..
sebenarnya telah mengambil peranan yang tidak mampu kita lakukan.
Kita sedang menzalimi diri sendiri dengan menghukum orang lain.
Wahai diri, bersangka baiklah pada kekurangan seorang saudaramu kerana kita tidak tahu apakah keuzuran yang ada padanya..
p/s: kalau orang yang bising tiba-tiba diam je dan takmahu bercakap, macam mana nak buat??

- ah, mereka memang degil. harapan untuk menjadikan mereka insan berguna sangat tipis.
- Sebab sekian-sekian lah dia menjadi sekian-sekian..
- Dia itu tidak menjalankan amanahnya.. memang tidak bertanggungjawab.
Jika kita melihat suatu sikap manusia yang tidak kita senangi, adakah semudah perkataan "itu" untuk kita menghukumnya??
Sedangkan kita tidak tahu apakah yang sedang menyusahkan hatinya, urusan yang menghantui kepalanya..
Atau..
Jika seseorang yang kita lihat itu..
terkesima pendengar dengan perkataan terus terangnya..
buruk pergaulannya,
hodoh bacaan Qurannya..
Sewenang-wenangnya kah kita mahu mengatakan dia layak memikul dosa dan dibenci orang kerana itu semua?
Sedangkan dosa pahala kita sendiri pun tidak diketahui nasibnya..
Astaghfirullah..
Bukankah kita yang tahu ini, yang sedar akan kekurangan itu..
Kitalah yang bertanggungjawab menyedarkannya..
Bukankah kita yang berilmu ini [padahal bukan banyak mana sangat pun]
SANGAT BERTANGGUNGJAWAB untuk mengajaknya kepada kebaikan..
bukankah??
dan jika mereka enggan pun..
Layakkah kita menghukum???
Pastilah tidak layak juga.
Kerana apakah?
Kerana memang tugas kita bukan menghukum.
Senang cerita, jika kita menghukum, kita sudah melepasi batas garisan kerja kita..
Menghukum itu kerja Allah.
Jika kita menghukum, maka kita..
sebenarnya telah mengambil peranan yang tidak mampu kita lakukan.
Kita sedang menzalimi diri sendiri dengan menghukum orang lain.
Wahai diri, bersangka baiklah pada kekurangan seorang saudaramu kerana kita tidak tahu apakah keuzuran yang ada padanya..
p/s: kalau orang yang bising tiba-tiba diam je dan takmahu bercakap, macam mana nak buat??
2 ulasan:
Jadilah seperti matahari.
Berbanding membakar dengan kepanasan, matahari memilih memberi petunjuk dengan cahayanya. Sungguh manusia perlu memahami manusia dan menyentuh jiwa-jiwa, bukan menghilangkan pengharapan kepada Rabbnya.
Matahari menjadi petunjuk buat pengembara. Manusia memerlukan contoh menuju Tuhannya. Siapakah yang benar-benar memahami, apakah tanggungjawabnya sebagai hamba?
Setuju sangat.. ^___________^
Catat Ulasan