Ahad, 14 Ogos 2011

Menunggang ombak budaya

Assalamualaikum,

Sihat atau tidak, kerja dan urusan kehidupan perlu diteruskan. Jika sihat, maka caranya adalah dengan cara sihat, jika sakit maka dengan cara sakit.

Kita hanya boleh berusaha untuk menjadi orang sihat, hasilnya menjadi sihat atau sakit, maka itu adalah hadiah dari Allah.

Sesungguhnya Allah Maha Pencipta. Bagaimana mahu memahami dan beriman Allah sebagai Maha Pencipta..

Subhanallah kagumnya dengan ciptaan Allah.. kehebatan dan keunikan segala ciptaanNya. Ya, kita cenderung untuk mengingati Allah Maha Pencipta setelah kita melihat sesuatu peristiwa pelik, benda pelik atau apa-apa sahaja yang luar dari kebiasaan pada pandangan kita.

Kita selalu "take for granted" perkara biasa.. Sebenarnya luarbiasa. Kerana yang luarbiasa itu biasa, maka kita tidak begitu memberi perhatian kepadanya dan tidak begitu menghargai bahawa ia adalah 'alat' untuk mengembalikan kita kepada si Dia Yang Maha Pencipta.

Apakah perkara luarbiasa yang kita pandang biasa itu?.. 


Itulah: Manusia dari pelbagai latar belakang, personaliti dan cara boleh duduk bersama untuk mencapai matlamat yang sama.

Sesungguhnya ia adalah sesuatu yang luarbiasa.

Mampukah kita menerima nasihat dari seseorang yang tidak dikenali latar belakangnya?
atau
mampukah kita berlapang dada dengan orang yang kita tahu, dia adalah orang yang sangat berbeza cara fikir dan tindakannya?..
atau
mampukah kita bersangka baik pada saudara kita ketika perbuatannya seolah-olah 'fitnah' pada pandangan kita?

Siapakah yang mencipta manusia itu berbeza latar belakangnya, hingga tidak terfikir dek aqal kita?..
Siapakah yang mencipta manusia itu bersikap dengan sikap yang sangat menguji iman kita?
Siapakah yang mencipta manusia itu berpewatakkan pelik pada padangan kita?

Mudah kita menjawab Allahlah Yang Maha Pencipta.

Apakah kesan kita beriman Allah Maha Pencipta dalam pergaulan kita dengan manusia?

Kita akan berlapang dada dengan sifat dan sikap manusia yang sangat BERBEZA dan mungkin sentiasa menuntut kesabaran kita. Kerana kita tahu, Allah Yang Maha Pencipta lah yang mencipta dia dan kita.

Tidak susah untuk kita bersangka baik dengan segala tindak tanduk manusia lain.. kerana Allah Maha Pencipta. Allah boleh mencipta apa jenis peribadi dan perwatakan untuk menguji benarkah kita beriman padaNya.

Allah bukan sahaja Maha Pencipta, tetapi Dia juga Maha tahu.

Cukup dengan keimanan ini [mempercayai Allah Maha Tahu] untuk menjadi manusia IKHLAS. Apa itu ikhlas? Dalam bahasa mudahnya, tiada apa yang berlaku diatas dunia ini akan mempengaruhi perbuatannya kecuali Allah.

Maka persoalannya senangkah untuk menjadi sedemikian?? Menjadi ikhlas dalam beriman bahawa Allah Maha Pencipta dan Maha Tahu.

Ikhlas agar tidak terpengaruh dengan pujian orang. Ikhlas agar beramal soleh bukan untuk menjaga reputasi. Ikhlas agar tidak kisah dengan kecaman dan kutukan orang pada kelemahan kita. Ikhlas agar kita sentiasa senang dengan 'kesusahan dunia'...

Maka kawan-kawan sekalian,


لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّـهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّـهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ

Ar-rad: 11 


Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. 

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. 

Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. 

Jika Allah Mahu, boleh sahaja Allah jadikan kita semua beriman dan tidak berbeza.. Agar kerja-kerja kita menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah menjadi mudah dan tidak perlu bersusah payah.

Tapi, Allah Maha Tahu dan Maha Pencipta.

Dialah Yang Menciptakan kita berbeza agar kita sama-sama berkenalan, memahami dan saling melengkapi. [sedarkah? ini adalah rukun usrah].


Ayuh kita hayati ayat Allah ini:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Surah Hujurat: 13

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, 

supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). 

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).  

Kita memang sengaja diciptakan Allah berbeza, agar kita berkenalan, memahami dan saling melengkapi [siaran ulangan] dan yang lebih penting adalah, SUPAYA KITA BERIMAN!.. 

Huhu~ subhanallah.. dan masya Allah.

Betapa ayat Quran ini menjadi petunjuk, tapi kita yang selalu mengabaikannya.

Sebagai penutup, terima kasih Allah kerana mempertemukan kita untuk beriman padaNya. 
Dan terima kasih pada manusia yang memberi peringatan, kerana Allah memerintahkan manusia supaya bersyukur dengan nikmatNya yang diberi melalui manusia. 

Tiada ulasan:

Entri terkenal