Selasa, 1 September 2009

Komunikasi satu kemahiran 3

Nak tak nak, kita semua memang ada persepsi. Yang kita boleh pilih adalah nak memiliki persepsi yang membahagiakan hati atau sebaliknya. Ye lah kalau persepsi itu sentiasa negatif dan tak mengembirakan, maka kitalah yang bermasalah sorang-sorang.


Opss, sebenaarnya bukan sorang-sorang kan? Pastilah kita akan ada masalah komunikasi. Ia adalah hasil dari herotan minda yang ada pada kita. Terherot sudut pandangan atau salah cara berfikir. Untuk mengatasi masalah salah faham, atau komunikasi ni, Islam dah pun bagi garis panduan untuk kita. Perasan tak?

Tak payah susah-susah nak belajar communication skill in organizing people. How to motivate people work atau yang seumpama dengan nya lah. Tahu tak apa dia? Itulah dia dari surah Al-Hujurat ayat 11 dan 12. Macam mana kita nak perasan kann??.. Kita ni bila orang bagi tazkirah lepas subuh; kita tidur. kalau orang bagi tazkirah dalam kelas; dengar tak dengar tu sama banyak. Tak pun orang buat ceramah lansung tak de hati nak menyertai. Kalau baca Quran malas nian nak tengok makna. Sudahnya macam manalah kita nak tahu rupanya selama ni ade je ayat Quran seketul (terang-terang) ajar kita communication skill?

Ini lah kepentingan kita memahami Al-Quran. Setuju tak? Kalau kawan-kawan tak caya lah, cuba kita sama-sama muhasabah balik tengok diri kita. Semua masalah yang kita ada tu puncanya kerana kita jauh dari Al-Quran. Jauh dari Quran maksudnya jauh dari Allah. Kalau jauh dari Allah, kita dekat dengan sapa? jeng-jeng... Penulis tak nak beritahu. Cubalah kawan-kawan teka. Siapa dapat teka, penulis kasi dia hadiah. Nak hadiah apa cakap je. Kalau boleh bagilah. Jangan lah mintak yang pelik-pelik pulak. Biar lojiklah.

oh ya, mesti kawan-kawan nak tahu apa yang ada dalam ayat 11 dan 12 dalam surah Hujurat tu kan? Nanti penulis tulis dalam tajuk yang berasingan lah ye. orait dah habis dah.

Tiada ulasan:

Entri terkenal