Sebenarnya ada macam-macam isu yang ingin dikongsi bersama masyarakat Malaysia dan sesiapa sahaja yang mampu memahami Bahasa Melayu.
Tulis-tulis, peram-peram. Pelbagai lah alasannya. Antara alasan lapuk adalah sibuk dan tiada ‘sense’ untuk melayari internet. Walaupun sudah berada pada zaman “dunia tanpa sempadan”, hingga sekarang penulis rasa tiada minat langsung dengan internet. Baik dari segi programming, blogging, berkawan siber dan apa-apa sahajalah yang berkaitan dengan komputer. (Pelik betul kan? Sudahlah mengendalikan 2-3 blog, tetapi masih berkata tidak minat. Yang dahsyatnya jika sudah ‘berlayar’ 2-3 jam pun tidaklah disedari, masih mengaku tidak berminat).
Kebiasaannya tulisan akan diperam sehingga masak barulah ia diterbitkan. Akan tetapi, entri kali ini tidak akan diperam. Ia masih fresh segar bugar.
Pagi tadi penulis berlayar lagi. Asalnya mahu menghantar surat yang telah dijanjikan pada seorang sahabat. Sambil mengarang surat, melawatlah laman-laman lain juga. Setelah berpuluh kali ‘log in’ ke wordpress, inilah kali pertama penulis cuba membuka senarai-senarai blog yang terpapar di skrin dashboard.
Membaca sepintas lalu tulisan-tulisan tokoh-tokoh dakwah dan pemimpin negara memang menjadi sumber inspirasi. Hanya dengan susunan kata-kata mereka sahaja boleh menjadikan pembaca blog mereka terpaku dan meneruskan pembacaan. Walaupun kadang-kadang tulisan mereka tidak ‘sealiran’ dengan pendapat dan fikiran penulis.
Tiba-tiba, kekhusyukkan dan kebahagiaan penulis terganggu apabila menekan pada salah satu dari ‘tab’ yang banyak itu. Ya ALLAH! Blog menulis perkara lucah! Sakitnya hati. Terasa kepala pening tiba-tiba. Apa ini? Kenapa pagi-pagi lagi ‘ter’ klik blog macam ni? Astaghfirullah al-azim. MARAH betul tau. TAK SUKA sangat-sangat. Habis kotor hati dan kepala.
Kawan-kawan, dengan peristiwa ini, penulis merasa betul-betul terpanggil untuk membincangkan isu ini di blog penulis. Walaupun sebelum ini, penulis lebih cenderung untuk berkongsi mengenai aqidah dan tauhid tapi kali ini penulis ‘terpaksa’ dan memaksa diri sendiri untuk menulis isu ini. Apakah isunya?
Haaaa, jeng-jeng.. nanti dalam entri kemudian ye
Rabu, 16 September 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Allah Maha Besar.. Allah Maha Teliti.. Allah Maha Bijaksana.. Allah lebih dekat dengan kita dari urat leher kita.. Allah lebih sayangkan...
-
“Ni sapa punya ni?, kalau tak de sapa tuntut nak masukkan dalam tabung. Banyak duit nih”. Biasa dengar tak frasa sebegini? ni frasa biasa ka...
-
Serabut dengan kata-kata manusia yang tidak sunyi dari mengumpat mengata dan mencela.. Tiba-tiba terjumpa mutiara kata dari Tuhan Yang Maha ...
-
Bukan tidak pernah dengar.. Al-Quran itu mukjizat dan panduan hidup.. Nabi dan rasul itu contoh tauladan.. Juga bukan tidak tahu apa ma...
-
Tulisan kali ini berpandukan sebuah tulisan Muhammad Quthb. -bukan sayyid Quthb tau- Ini adik Sayyid Quthb. Kupasan dari sebuah hadith: ...
-
Assalamualaykum warahmatullah, Siapa boleh tahan dari buang air selama berjam-jam?? tidak kesah lah kecil atau besar. eh, apala mutiar...
-
Oleh Hassan Al-Banna. Berikut adalah ringkasan nota dari tulisan As-syahid Imam Hassan Al-Banna. >> Maksud jihad >> Keuta...
-
“Dan orang-orang Ansar yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman sebelum kedatangan orang muhajirin, mereka menyintai orang yang b...
-
kata org dakwah hmm.. kita bukan nak hafal quran sahaja.. kena faham juga isi kandungannya.. baca quran celah gigi (lancar), Tapi tid...
-
Pernahkah kita meluangkan masa untuk berfikir, mengapa kita begitu liat untuk melakukan perbuatan yang mendatangkan pahala? Bukan kita tid...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan