Ulama berbeza pendapat bilakah tarikhnya.
Sirah:
Rasulullah hampir memberitahu pada kita bilakah malam tersebut tetapi terlupa apabila terserempak dengan dua orang lelaki yang sedang bertelingkah.
Apa keistimewaan malam ini?
Kerana ia adalah Malam Al-Quran diturunkan
“Sesungguhnya Kami (Allah) telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan (malam Al-Qadr)” Surah Al-Qadr: 1
Persoalan, kenapa suruh cari malam ini pada 10 malam terakhir sedangkan Nuzul Al-Quran 17 Ramadhan.
Ini jawapannya wahai kaum muslimin sekalian:
Itulah yang dikatakan perbezaan pendapat ulama;
Ia boleh jadi 17 Ramadhan
Boleh jadi 10 malam terakhir
Juga mungkin 27 Ramadhan,
Mungkin juga di malam-malam ganjil dalam 10 malam terakhir Ramadhan
Boleh jadi juga pada bila-bila malam sepanjang Ramadhan
Sebagai penjelasan, untuk ayat 1 surah Al-Qadr, penurunan Al-Quran pada malam al-Qadr adalah penurunan Al-Quran secara sekaligus dari langit tinggi ke langit dunia. Ia bukanlah penurunan beransur-ansur dari langit dunia kepada Rasulullah.
Sebagai penutup, antara yang pernah YUSUF QARDHAWI sebut berkenaan pemburuan malam Al-Qadr ini:
“Janganlah kamu menjadi hamba Ramadhan, tapi jadilah hamba ALLAH”
Sudah sememangnya hakikat dan kebenaran yang kita ini hamba Allah. Bukan hamba Ramadhan. Malam Al-Qadr adalah motivasi untuk kita beribadah dengan lebih gigih dan bersungguh, hingga kita menjadi hamba Allah yang lebih baik setelah berlalunya Ramadhan. Itulah maksud menjadikan Ramadhan sebagai bulan tarbiyyah, bulan latihan..
Selain itu, boleh juga kita fahami bahawasanya, Allah sedang memberitahu kita betapa mulianya segala yang berkaitan dengan Al-Quran, hinggakan malam yang padanya diturunkan Al-Quran ke langit dunia pun menjadi sangat mulia.
Ramadhan dan malam Al-Qadr hanyalah wasilah untuk menjadikan kita hamba Allah yang lebih diredhai-Nya. Ia bukanlah tujuan dan matlamat kita..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan