Memaparkan catatan dengan label Asam Garam Hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Asam Garam Hidup. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Mac 2018

Hidup terlalu pendek untuk "keterlaluan"

Dengan nama Tuhan yang menciptakan kehidupan..
Dengan nama Tuhan yang menciptakan kematian..

Seperti mana tajuk,
hidup ini terlalu pendek untuk menjadi "keterlaluan"

Samada terlalu
  1. Gembira
  2. sedih
  3. mengingati kisah silam
  4. berharap pada masa akan datang
  5. marah
  6. sayang
  7. benci
dan apa-apa lagi seumpama dengan di atas.

Keterlaluan itu 'membazir' masa yang sedikit untuk kita melalui hidup yang pendek ini.

Hasil carian imej untuk smiley patience

Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 87;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُحَرِّمُوا طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللَّـهُ لَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ ﴿٨٧ 

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.


Gembira, sedih, mengingati kisah silam, berharap pada masa akan datang, marah, sayang, benci.. Semua itu benda baik dan halal selagi tidak melampaui batas..

Untuk mengetahui 'batas'nya..
Kena belajarlah.
Tak cukup baca kat sini saja

Sekian,
Mari kita pulangkan semua urusan hanya pada Allah.

Khamis, 10 Ogos 2017

Anda putus asa dan kecewa?


Hasil carian imej untuk ikan paus


Masih terngiang-ngiang nasyid di zaman kanak-kanak

"Wahai kawan-kawan mari dengar cerita.."
"Kisah Nabi Yunus dalam perut ikan nun.."
"40 hari 40 malam.. barulah taubatnya di terima Tuhan.."

Mari kita imbau surah Al-Anbiya: 87 dan 88.

وَذَا النُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَىٰ فِي الظُّلُمَاتِ أَن لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ ﴿٨٧﴾ فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَنَجَّيْنَاهُ مِنَ الْغَمِّ ۚ وَكَذَٰلِكَ نُنجِي الْمُؤْمِنِينَ ﴿٨٨

Dan Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri". 

Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).

....

Setelah melakukan suatu kebaikan dalam tempoh semangat dan berterusan, entah akan tiba suatu hari yang begitu mencabar kesungguhan dan iman..

Rasa begitu kecewa dan kecil hati..
Dengan apa sahaja, dengan siapa sahaja..

Hingga muncul rasa:
CINTA pada kerehatan,
SELESA berdiam diri dari kewajipan yg telah Allah berikan.
begitu RINDU untuk mengasingkan diri dari kelompok orang soleh.
BAHAGIA menikmati keseorangan melayan perasaan kekecewaan dan kehampaan..
TIDAK RASA BERSALAH melayan perasan marah kepada manusia jahil.

Ketuk dan sedarkanlah diri dengan Al-quran..
Ayat Allah dalam surah Al-anbiya 87 dan 88 ini.

Banyakkanlah menyebut dan membaca apa yang disebut oleh Nabi Yunus a.s sepanjang beliau berada dalam perut Ikan Nun..

Kerana HANYA ALLAH lah yang akan mengabulkan permintaan maaf dan menyelamatkan kita dari kesusahan.

dari kesusahan apa? Susah kerana TIADA RASA BERSALAH meninggalkan AMAL KEBAIKAN.

Sekian.
Harap terasa dan berusaha.


Khamis, 22 Jun 2017

Cakap salah, diam pun salah.

Bila bercakap,

Kamu bercakap itu seperti mengadu.
Kamu punya cara cakap itu sangat mengejutkan saya.

Bila diam,

Kenapa kamu tidak bercakap dengan si A.
Bukankah biasanya kamu bercakap?
Kamu sepatutnya menjaga silaturahim apatah lagi kamu sebagai senior.
Tidak boleh jadi pendiam sebegini.

Bila kita buat sesuatu kerana manusia..
Ia tidak akan pernah betul..
Kerana awalnya lagi sudah silap.
Niat kerana keredhaan manusia..
Ia sebenarnya mensyirikkan Allah dalam amalan..

Jadi buatlah kerana Allah.

Bercakap dan diamlah kerana perintah Allah..
Kerana Allahlah yang akan mengganjari kita.

Komen itu mudah.
Semudah budak 3 tahun menyebutkan: baju makcik cantik.

Memberi nasihat itu yang memerlukan ilmu dan akal.
Bukan mengikut citarasa dan kehendak selera peribadi.
Kerana itulah AGAMA ITU NASIHAT.

Bercakaplah kerana Allah,
Diam juga kerana Allah.
Bukan kerana manusia lain atau diri sendiri.

Semoga berjaya.
Selamat memburu lailatul Qadr.

Selasa, 20 Jun 2017

Merungut

*Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka online; merungut adalah menyatakan sesuatu secara panjang dan meleret tanpa tujuan yang jelas. 

"Kenapa asyik saya?"
"Bosannya buat kerja ini.. sejam. lama tu.."
"Mereka kenapa tidak buat begini? kan sudah jadi begitu.."

Apakah faedah dan keuntungan kita meluahkan perkataan sebegini?

Meluahkan itu penting, agar tidak terkena penyakit kemurungan.
Meluahkan itu penting, agar tidak dendam.

Tetapi bagaimanakah cara meluahkan itu? (Itupun jika tujuannya 'meluahkan')

Adakah dengan luahan di hadapan semua pekerja sekeliling akan menyelamatkan kita dari kemurungan dan dendam? 

Dan adakah dengan menyebut-nyebut dengan suara kuat, berulang kali, dan tanpa di ketahui secara jelas berbual dengan siapa itu suatu luahan?

atau ia adalah SEBUAH RUNGUTAN yang lahir dari hati yang serabut dan gundah gulana?

.....

Merungut tidak menyelesaikan masalah.
Merungut juga tidak menjadikan hati lebih bahagia.
Merungut juga tidak menggembirakan pendengar.
Merungut tidak melahirkan orang yang tabah dan sabar.

Merungut itu membazir masa dan tenaga.
Merungut merosakkan suasana semangat bekerja.
Merungut menjadikan hati lebih sesak dan sempit.
Merungut tidak membawa faedah apa-apa.

Bilanglah nikmat Allah,
pasti kita akan malu untuk merungut.

Masalah dan cabaran untuk di urus, bukan untuk di runguti.
Jadikan ramadhan kita tahun ini kurang rungutan dengan menambah kesyukuran!

Sekian, selamat mengejar lailatul qadar.



Sabtu, 22 April 2017

Lepas solat istighfar?

Bukankah solat itu pahala?
Mengapa kita beristighfar pula selepas solat?..

Tidak pernah terfikir dek akal.
Ikut sahaja imam buat lepas solat kan..
Imam tasbih, kita tasbih..
Imam istighfar, kita pun istighfar..

Rupanya
dalam solat, tak selalu kita khusyu.
dalam solat juga, tidak terjamin kesempurnaannya.
dalam solat, kita lagha..
dalam solat, mungkin niat kita tersasar..

Maka istighfar itu amat perlu.

Jika dalam solat yang terkawal perkataan dan gerakkan..
Kita masih berpotensi terdedah dengan dosa..
Apatah lagi dalam berdakwah.

Dakwah itu perkara mulia dan pahala.
tapi dengan berdakwah juga kita berpotensi 'menghias' dosa ke dalamnya,
Maka selepas berdakwah lebih-lebih lagi kita perlu beristighfar..

Dalam berdakwah..
Kita diuji dengan bertemu dengan orang-orang yang mencabar kesabaran kita.
Agaknya bagaimanakah akhlaq kita ketika itu?
Sedarkah kita..
Istighfar sekurang-kurangnya mengingatkan kita agar tidak 'perasan' dengan perbuatan mulia kita tu tanpa dosa.

Semoga Allah jaga hati kita semua dari amal soleh bercampur dosa.

Khamis, 13 April 2017

Tarbiah dengan peristiwa

Kisah 1

Syed Muhammad Nuh..
Penulis lebih 20 buku ilmu agama..
Ditakdirkan Allah meninggal kerana penyakit kanser.
Antara petikan kata-kata beliau ketika dalam rawatan dan penderitaan penyakit;
"Aku amat takut kembali kepada Allah dalam keadaan tidak mampu menjaga amanah badanku ini, sedangkan banyaknya nikmat-Nya kepadaku"

Kisah 2

Seorang wanita beranak 2.
Telah pun membuang kanser di payu dara beberapa tahun lalu.
Tidak berapa lama doktor mendapati kansernya telah merebak ke tulang..
Hampir semua tulang beliau..
Ubat tahan sakit paling kuat pun masih tidak mampu menahan kesakitan beliau.

Kisah 3

Seorang lelaki sanggup berkahwin dengan seorang wanita kerana keberanian wanita tersebut menghadapi penyakit kanser..
Dan memenuhi janji menjaga isterinya
hinggalah isteri tersebut di panggil bertemu dengan Tuhan-Nya.

Kisah 4

Seorang isteri di satu hujung dunia.
Setiap hari menyediakan makan pakai suami.
Suaminya sudah tidak mampu bergerak seperti manusia normal.
Mereka sama tua sama rabun dan sama lanjut usia.
Tidak pernah di dengar keluhan menjaga suami setiap kali berjumpa..

Hinggalah pada suatu hari suami di panggil mengadap Ilahi.
Bergenang air di birai mata sambil bercerita saat-saat terakhir menjaga suami.
Kelihatan tenang selepas bersolat berdoa dan membaca kalimah Tuhan.

...........

Inilah latihan realiti.
Bagi yang melihat, inilah tarbiah dengan peristiwa
Bagi yang memikulnya ia bukan lagi tarbiah..
Tapi praktikal menghadapi ujian untuk menjadi yang terpilih disisi-Nya.

Semoga mereka menjadi inspirasi buat para manusia seluruh dunia.
Meskipun mereka bukan Nabi atau sesiapa yang hebat di mata dunia, tapi mungkin merekalah yang telah di pilih Allah untuk berada dalam lembayung rahmat-Nya.


Jumaat, 12 Ogos 2016

Kualiti sebuah baju batik..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Matahari telah melabuhkan tirai tetapi bintang masih belum bergemerlapan.
Hujan lebat membasahi sebahagian kawasan hidupan.
Udara sejuk mencengkam hingga ke tulang..

Menikmati keindahan suasana dan cuaca sambil membersihkan diri menggunakan air sejuk menyucuk..
Terasa segar tubuh amanah Tuhan..
Syukur Alhamdulillah...

Hasil carian imej untuk batik
gambar hiasan

Baju batik hadiah seorang sahabat lebih 9 tahun lalu menjadi pilihan untuk menutup aurat menyempurnakan syariat..
Baju masih terang warnanya dan yang paling penting masih longgar dan selesa di gayakan di dalam rumah. Bayangkan harga untuk sepasang baju batik yang begitu berkualiti, pastinya perlu mengorbankan sejumlah wang..

Masih segar saat pemberian tersebut, satu untuk penulis sendiri dan satu lagi untuk seorang lagi sahabat terdekat. Ya, kami sahabat bertiga. Teman makan dan bercerita, meluahkan perasaan berkongsi suka duka dari kisah peribadi hinggalah ke masalah ummah dan dakwah.

Saat manis yang diberi Allah itu hampir 3 tahun.

Akhirnya bermula kisah perpisahan, yang entah tidak tahu kenapa.
Walaupun cuba di hubungi tidak berjawab dan pernah sekali jawapan dengan penuh kemarahan, kekecewaan dan dendam. Telah di cuba mencari punca demi menyelesaikan sebuah kekusutan tetapi kisah tidak berlaku seperti yang diharapkan..

Akhirnya sahabat tersebut memilih untuk memutuskan hubungan.
Sedih terguris, bukan tidak berusaha..
Mungkin masih belum menemui cara dan belum terubat kecewanya..

...

Matahari masih menurut perintah Allah,
Hujan masih mengikut kitarannya,
Bulan dan bintang muncul apabila tiba masanya,
Malam dan siang silih berganti seperti yang telah di tentukan Dia.

Penerima baju batik masih setia meyarungkannya.
Tanpa mengetahui alasan sebalik perbuatan memutuskan hubungan tersebut.

...

Menunggu dengan penuh setia tidak akan mengubah apa-apa.
Bermuhasabah, bertaubat dan memperbaiki diri itulah cara sebaiknya.

Masa lalu tidak akan kembali,
Mungkin kesalahan yang tidak disedari sudah pun menggores hati,
Hanya keluasan hati besar yang akan mampu menanggung jiwa-jiwa yang selalu "mengecilkan hati"
Ibarat baju batik berkualiti tidak lusuh dek panjangnya masa yang berlalu.

Allahu akbar.


Jumaat, 27 Mac 2015

Pelajarilah sesuatu melalui orang kena banjir

Selamat pagi dan selamat menyaksikan kehebatan Allah di muka bumi.

Saya masih belum dapat melupakan bagaimana hebatnya "hantaran" Allah dalam bentuk air keseluruh negeri Kelantan beberapa bulan lepas.

Ia seperti gergasi hidup.
"Menjalar" dan "merayap" tanpa suara..
Tapi gerakannya sangat pantas meliputi daratan yang mustahil dilitupi air kecuali hujan.

Mengalir deras.
Berarus tetapi tidak mengenal arah.
Hampir kesemua ceruk dan tempat "air" memunculkan diri.
Pastilah dengan arahan Allah Yang Maha Kuasa.
Air adalah makhluq Allah yang diciptakan tiada pilihan -taat atau derhaka-

Ya..
Kita manusia yang Allah berikan kuasa memilih -taat atau derhaka-

Hasil carian imej untuk Allahu akbar

saat itu, 
terasa BENARnya KIAMAT,
terasa DEKATnya hari kehancuran bumi,
terasa tiada tempat lagi untuk seorang manusia lemah ini lari.

saat itu,
terasa seolah-olah hanya ada dua jalan,
untuk terus bersyukur dan memohon ampun dari-Nya,
atau
untuk berputus asa dan tenggelam dalam BAH yang sedang ganas melanda.

Ya.
Kita manusia adalah makhluq Allah yang diberi kuasa untuk memilih -taat atau derhaka-

Saat itu terasa amat YAKIN akan KEBESARAN ALLAH..
Saat itu terasa amat dekat nikmat kehidupan syurga..
Saat itu terasa amat dekat seksaan neraka.

Dengan BAH KUNING yang berlalu beberapa bulan..
Ia memberi momentum baru menyubur iman!

Bersukurlah dengan BAH KUNING.
Jika tidak kerana "hantaran" Allah ini..
Kita mungkin masih memilih leka dan derhaka.

Hasil carian imej untuk alhamdulillah

Selasa, 16 Julai 2013

Kisah kehidupan

menghayati cerita memang menarik.
mungkin kerana itulah manusia suka sangat masuk panggung wayang..
menikmati cerita kehidupan impian..
menikmati cerita yang berlaku pada orang lain.
(Yang sebenarnya hanyalah rekaan manusia lain yang tahu impian manusia-manusia dahaga ini)

......

Kisahnya bermula begini.

Aku seorang manusia yang baru sedar dari tidur panjang.
Aku mahu jadi hamba Allah yang sebenar.
Berusahalah aku bersungguh-sungguh.. Mencari jalan terbaik demi menjadi hamba Allah yang sebenar.

Pelbagai ujian dan dugaan aku harung.
Hati ku dikuatkan, langkahku dipanjangkan.
Tiada perkara dan unsur yang boleh melemahkan aku.

Masa berlalu.

Ujian Allah terhadapku semakin hebat..
Tapi aku tidak sedar.
Yang aku sedar hanyalah rasa tiada hati lagi untuk bersama hati-hati yang sangat cintakan Islam.
Yang aku tahu dan yang aku sangka, aku sudah tidak menjadi orang harapan dalam perjuangan..

Yang aku sedar sekarang, ada hati-hati yang berusaha 'memaksa' aku.
Aku juga nampak; ada hati yang sangat 'jauh' pada perkiraanku..
entah kenapa mengejar aku yang 'jauh' ini..

Yang aku tidak sedar..
Allah sedang menyedarkan aku..
menyedarkan aku yang hampir tertidur kembali kerana merasa sudah 'menang' dalam pertarungan dulu.

Aku juga tidak sedar..
Allah sedang mengejutkan aku dengan cara baru, yang belum pernah aku terfikir.. tika aku merasa aku sudah 'berjaya' meninggalkan jahiliyyah lalu..

kerana aku sekarang sedang di uji dengan jenis ujian baru kerana aku sekarang, bukanlah aku yang dahulu!

masa berlalu..

Aku tidak sedar sudah banyak 'hati' yang berusaha menyedarkan aku.
Aku leka dengan kehidupan kini.
Aku merasa tenang dengan cara hidup baru ku..
Yang aku rasakan sudah cukup 'mendekatkan diri pada Allah'..
Aku juga merasa puas dengan 'kefahaman' islam yang aku dapat selepas satu perjalanan panjang dan susah suatu masa dahulu..

Sekian.
Apa kesudahan kisah ini?

....

Sebagai pemerhati, tidak mungkin sekadar memerhati tanpa tindakan.
Apatah lagi jika 'aku' itu seorang saudara seislam.
Bahkan, lebih lagi diberi perhatian jika 'aku' itu adalah aku sendiri!..

Ahad, 14 Julai 2013

Hari ke 5 bulan Ramadhan

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Membuat pengiraan amalan diri sendiri adalah sangat menarik.
Tapi, manusia lebih tertarik untuk mengira amalan orang lain?

Mengapa?
Allah dan empunya diri lebih mengetahui.

..........

Mengetahui kewajipan dakwah tanpa tahu apa itu akhlaq mulia.
Hanya membuatkan orang lebih jauh dari Islam.
Maha Suci Allah.
Pejam mata rapat-rapat, takut air mata keluar.

Mengetahui kewajipan tarbiyyah tanpa tahu kepentingan pergaulan dengan manusia..
Hanya melahirkan manusia sangat 'rigid' dan menyebabkan ramai mad'u lari sejauhnya.
Allahu akbar!.
Air mata sangat banyak. Mustahil untuk tidak tertumpah.

..........

Memahami kewajipan nasihat menasihati tanpa benar-benar mendalami apa itu tujuan nasihat.
Mungkin sesuatu yang dianggap diri sebagai nasihat tapi ia dianggap 'tembakan' dan 'hinaan' oleh orang lain.
Masya Allah!

Membuat keputusan dalam suatu urusan bukanlah sesuatu yang remeh.
Keberkatan pasti bersama sebuah perbincangan.
Hawa nafsu yang belum jinak mungkin terasa; 
"ah perbincangan itu lambat.. aku perlukan keputusan segera"

........

Alangkah hebatnya seorang mukmin.
Bukan kerana solat dan ibadah hariannya.
Tapi kedahsyatan dia 'menyerap' kejahatan manusia lain.

Mukmin yang tidak ikut sakit hati bila manusia mula mengeluarkan perkataan dan perbuatan yang 'menyakitkan'

Mukmin yang tidak terpengaruh sehabuk pun dengan sifat dan sikap orang-orang yang tidak mahu membuka diri mereka kepada Islam.

Mukmin yang sangat teguh melaksanakan suruhan Allah tatkala manusia sekeliling begitu 'hebat' meraikan hawa nafsu mereka.

Mukmin yang sangat tenang dikala badai ujian memukul jiwa dan perasaannya.

Hebatnya orang yang hidupnya hanya bergantung pada Allah.

Kerana dia menyerap kejahatan orang lain, tanpa menyebar luas kejahatan tersebut bahkan lansung tidak 'merosakkan' jiwa dan perasaannya!

Allahu akbar!
Marilah kita jadi seperti mereka.

Mukmin-mukmin ini telah pun hidup beratus tahun dahulu.

>> Nabi Muhammad s.a.w yang memberi makan pada Yahudi buta yang mencaci baginda setiap hari di hujung pasar.

>> Nabi Muhammad s.a.w yang bersedia memaafkan Abu Sufyan yang memeluk Islam ketika Islam kuat sedangkan dialah antara barisan pengkhianat baginda selama Islam lemah.. 

>> Hassan Al-Banna yang berani dan meneruskan perjuangan membawa Islam sebenar tanpa melakukan perancangan membunuh sesiapa.. akhirnya mati syahid terbunuh.

>> Sumayyah.. mati disula. tidak goyah imannya walau sedikit sepanjang penyiksaan.

selaklah sejarah.
Bacalah sirah.

Tidak ada seorang pun para orang soleh yang berdendam dengan sesiapa.

Tiada seorang pun orang-orang yang memperjuangkan Islam membunuh orang-orang yang datang menyerah diri dan menyesal.. walaupun orang tersebut sangat 'hebat' penentangannya sebelum penyerahan diri..

......

Kenapa seolah-olah tidak bertajuk tulisan kali ini?
Marilah saya ceritakan sebab terbit tulisan kali ini..

......

Sebabnya:
Memerhati dan menjaga diri dan manusia lain membuatkan kita banyak berfikir dan merancang.. Selain membuatkan kita lebih banyak memohon pada Allah.



Entri terkenal