Dua perkataan keramat.
Sangat keramat untuk orang yang memahami nilainya.
Ikhlas.
Melakukan hanya untuk Allah.
Membenci hanya kerana Allah.
Menyintai juga hanya kerana Allah.
Benarkah?
Melakukan sesuatu, kerana Allah..
Meninggalkan sesuatu, juga kerana Allah.
Benarkah?
Jika datang caci maki.. kenapa bermuram durja?
Jika datang pujian kenapa kembang semangkuk?
Jika tiada sambutan kenapa kecewa?
Jika melakukan sesuatu kenapa menunjuk?
Jika berjaya kenapa sombong?
Jika kalah dan gagal kenapa malu dan menyepi?
Ya Allah..
Benarkah hati ini ikhlas kerana-Mu..
Manusia tidak mampu menentukan kedudukan hatinya sendiri. tetapi mereka punya pilihan untuk menjaganya atau membiarkannya.
Taqwa.
Kecintaan yang penuh harap dan sangat hati-hati.
Benarkah?
Bilakah masa yang diberi untuk memuhasabah keikhlasan dan ketaqwaan dalam diri...
Selasa, 25 Oktober 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Allah Maha Besar.. Allah Maha Teliti.. Allah Maha Bijaksana.. Allah lebih dekat dengan kita dari urat leher kita.. Allah lebih sayangkan...
-
Dengan nama Tuhan yang menciptakan kehidupan.. Dengan nama Tuhan yang menciptakan kematian.. Seperti mana tajuk, hidup ini terlalu ...
-
Dari hadith pendek.. "Jangan marah" "Bersabarlah keluarga Yasir, sesungguh bagimu syurga" Hinggalah ke hadith panjang se...
-
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani. Berjalan melihat ciptaan Allah memang menarik. Banyak pengajaran dan pelajaran....
-
Katakanlah: Dialah Allah Yang Maya Esa. Dialah tertumpu segala makhluq. Tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan tiada suatu pun yang setar...
-
Assalamualaikum pada pembaca yang budiman. Sebenarnya mahu bercakap tentang "miscommunication". Mari ikuti perbualan di baw...
-
Wahai pembaca mutiarajannah sekalian. Dahulu penulis sangat takut untuk menyatakan pentingnya dakwah dan tarbiyyah. Takut atas pelbagai seba...
-
Walaupun aku tidak mampu menjadi seperti Syed Quthb.. Prof Dr HAMKA, Hassan Al-Banna.. Umar Al-Khattab, Usman bin Affan, Salahuddin Al-Ayyub...
-
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tiada yang boleh mempertikai kasih sayang Tuhan kecuali manusia yang benar-benar...
-
Assalamualaikum.. Ini sebenarnya sebuah surat. Buat para pecinta kebenaran yang masih berkenalan dengan jalan dakwah, satu-satunya jalan un...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan