Ahad, 5 Jun 2011

Kini..

Walaupun aku tidak mampu menjadi seperti Syed Quthb.. Prof Dr HAMKA, Hassan Al-Banna.. Umar Al-Khattab, Usman bin Affan, Salahuddin Al-Ayyubi, Muhammad Al-Fateh..

Tetapi merekalah inspirasiku. Merekalah contoh teladanku. Mereka antara hasil dakwah dan tarbiyyah yang telah Rasulullah s.a.w sebarkan.

Aku gembira. Allah memberi petunjuk padaku. Aku bahagia dengan jalan yang telah Allah berikan padaku. Allah Maha Pengasih. Allah juga Maha Penerima Taubat.

Kenapa aku WAJIB menunaikan solat? Kerana aku hambaNYA. Dan itu memang tugas yang perlu aku laksanakan. Solat itu waktu untuk aku bercakap dan bertemuNya sementara aku hidup dan bernafas dimuka bumi. Sementara sahaja. Sebelum aku boleh bertemunya di akhirat kelak. Oh, andainya aku tidak menderhaka dan mengulang dosa.

Kenapa aku perlu pada agama? dan kenapa agama itu adalah Islam? Ia adalah sistem hidup dan panduan yang telah Allah beri pada manusia. Allah yang menciptakan aku. Allah tahu apa lebih dan kurangku serta manusia lain. Maka Islam itu sangat sesuai dengan fitrah.

Siapa cakap Islam itu susah? Islam itu susah sekarang sebab kita senang dengan kemungkaran. Islam akan jadi senang bila kita senang dengan kebaikan dan ketaatan pada Allah.

Siapa cakap Islam tak boleh itu ini? Banyak je yang boleh. Boleh solat, boleh makan, boleh bekerja, boleh berbuat baik, boleh berubah, boleh jadi lebih baik, boleh bahagia, boleh tenang, boleh puasa, boleh berkahwin.. dan bermacam boleh lagi.. Dan ia perlu di laksanakan mengikut panduan yang Allah sudah tetapkan.

Adakah kita mahu guna kalkulator untuk simpan lagu? Atau kalkulator buat menaip kerja sekolah. pastilah tidak boleh. Kemudian kita merungut, apalah kalkulator ini. Semua tak boleh! Cubalah baca dan fahami buku panduan yang sudah dikeluarkan kilang pengeluar.

Dah, begitu jugalah dengan kita manusia.. Allah cakap dalam Quran, fungsi kita beribadah pada Allah. Tapi kita tidak baca pun Al-Quran. Sibuk betul nak buat benda lain. Lepas itu mengeluh cakap "apalah Islam ni, semua tak boleh"

"Huu.. ade ke perangai cam gitu?"

Sebab ada le cakap ni.

Teruskan usaha mengenali agama INI. Agama Islam. Jangan berhenti setakat ini.. Kita yang memerlukan ISLAM, andai kita tiada.. Allah akan gantikan ummat yang lebih baik dari kita untuk menganut dan mengamalkan Islam.

Sudah terbukti dalam sejarah.. Kisah kaum ad, kaum tsamud, kaum bani Israel dsbnya.. itu sebab kena belajae sejarah ok.

Jumpa lagi! Assamualaikum.

p/s: hidayah Allah ade je.. tapi kita ni SOMBONG!

Tiada ulasan:

Entri terkenal