Isnin, 13 Jun 2011

Puan Komunikasi

Assalamualaikum pada pembaca yang budiman.

Sebenarnya mahu bercakap tentang "miscommunication".



Mari ikuti perbualan di bawah.

Si A: Awak tinggal di mana?
Si B: oh, saya pelajar uia.

Jika dilihat dalam soalan diatas, Si A bertanya di mana tempat tinggal si B, tetapi jawapan itu seolah-olah tiada kaitan lansung.

Perbezaan cara fikir akan menyebabkan kita menjawab dengan cara lain-lain untuk memberitahu sesuatu perkara yang sama.

Jika yang bertanya itu mengetahui uia berpusat di Gombak dan Kuantan, pasti dia akan bertanya kembali; Gombak ke Kuantan?

Tetapi apa akan jadi sekiranya yang bertanya itu tiada idea lansung mengenai uia..?? Apakah yang dia akan mendapat jawapan kepada persoalannya?.. hehe.



Contoh perbualan "miscommunication" lain..

Si A: Apa yang saya sudah buat hingga awak melancarkan perang dengan saya?
Si B: Entah, orang lain tidak pernah beritahu awak ke..

Soalannya, apa yang saya buat, tapi jawapannya???..

Kuang-kuang..

Memanglah tidak menjawab soalan.

Lagi tentang "miscommunication" ..



Maksud kasih sayang bagi setiap orang berbeza.

Ada orang menterjemah sayang dengan:
  • keperihatinan & ambil berat. bagi yang tidak biasa, akan dianggap merimaskan.
  • MARAH. bagi yang tidak biasa, akan dianggap.. haih tak tenang sungguh.
  • berikan kebebasan.. Hingga rosak orang yang disayangi itu.
  • mengamalkan amar makruf & nahi mungkar.. bagi yang tidak biasa, akan merasa terkongkong dan menyampah
  • lemah lembut; supaya orang di sayangi tidak kecewa dan kecil hati.

Dan pelbagai lagi terjemahan kasih sayang yang di zahirkan manusia kepada manusia atau makhluq Allah yang lain.

Apabila dua manusia yang lain terjemahan kasih sayangnya, maka disitulah ujian bagi kita untuk berlapang dada dengan CARA FIKIRnya yang membuatkan kita berbeza menafsirkan kasih sayang..

Bagi penulis, apalah sangat harga luka dan torehan di hati jika dibanding dengan KEBENARAN yang telah disampaikan..

ok itu cara fikir penulis ye dan sesungguhnya kita semua punya pelbagai warna warni perbezaan agar gandingan kita menjadi seindah pelangi..




Tiada ulasan:

Entri terkenal