Singkatan drama seterusnya.
Semalam ada urusan penting. Penting sangat. Hingga perlu ditangguhkan segala urusan dirumah. Hingga mengurangkan jumlah solat sunat. Hingga terlupa amal ibadah harian yang selalu dipelihara..
Yang penting urusan penting itu di selesaikan.
Pada hari ini, saya mahu memelihara amal harian, saya mahu selesaikan urusan rumah. Semua itu juga tanggungjawab saya. Malah bukankah itu yang lebih penting?
Akhirnya,
Ke mana perginya urusan penting itu?.. Apakah kepentingan urusan penting itu telah berubah?? Tidak.
tapi persepsi kita terhadap urusan penting dan ibadah harian itu lah yang membuatkan kita berubah.. bila kita cuba menggantikan urusan penting itu dengan ibadah dan amalan harian.. Bila kita rasa urusan penting itu boleh menggantikan ibadah harian.. atau dengan kata lain
"takpe la solat tak berapa khusyu', susah hati mengingatkan tanggungjawab belajar pun ibadah juga"..
Pengajaran:
Kenapa kita menilai urusan penting itu penting?
Untuk apakah pula kita melakukan ibadah.
Bukankah ibadah harian itu dilakukan untuk menjalankan tugas sebagai hamba ALLAH.. Dan urusan penting itu, dinilai penting kerana ia melengkapkan tugas sebagai hamba ALLAH..
pendek kata: urusan penting itu untuk melengkapkan tugas sebagai hamba ALLAH.
Apa jadi pada bangunan bila kita letakkan bumbung tanpa dinding atau tiang?.. Masakan bumbung itu boleh berfungsi sebagai penaung dan pelindung penghuni rumah dari panas dan hujan.
Begitulah perbandingan urusan penting dengan ibadah harian kita.
Jika urusan penting itu, kita pelihara.. tapi masa yang sama kita meremehkan ibadah harian
maka analoginya samalah seperti menjaga bumbung begitu cermat dari sebarang ketirisan, tapi dinding dan tiang pula tidak di bina dengan sistematik sebagai mana pengiraan yang telah di lakukan sebelum pembinaan.. Apakah rumah itu akan benar-benar berfungsi dengan baik?
Memelihara urusan penting dengan mengabaikan ibadah harian, menyebabkan kita tidak mampu berfungsi sebagai hamba ALLAH yang baik..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan