“Hayyabil arabiah, hayyabil arabiah, hayyabil araaabiyah”..
Pernah kawan-kawan dengar frasa ni?? Haa.. Kalau kawan-kawan pernah dengar baguslah. Jika sebaliknya, sila teruskan pembacaan. Sekejap sahaja lagi kawan-kawan akan tahu..
Untuk pengetahuan kawan-kawan, frasa ini akan kedengaran setiap hari dari Isnin hingga Jumaat di radio IKIM pada jam 8:30 pagi. Inilah rancangan mempelajari bahasa Arab.
Rupanya radio IKIM telah menyediakan banyak rancangan belajar Bahasa Arab..
Tahukah kawan-kawan apakah keutamaan Bahasa Arab dalam kehidupan kita sebagai umat Islam? Hmm, banyak kelebihannya. Yang paling jelas sekali adalah, ia menjadi Bahasa Al-Quran.. Jika kawan-kawan perhatikan, Bahasa Arab saaangat indah.. Cuba dengar betul-betul cara sebutan dan lafaz yang ada pada bahasa Arab.. Memang cantik dan sedap didengar.
Itu baru mengenai sebutan dan lafaz. Belum lagi membincangkan mengenai tatabahasanya, lebih-lebih lagi tatabahasa Bahasa Arab Al-Quran. Lagilah kagum, jika kawan-kawan betul-betul memahami dan menghayatinya.
Dahulu semasa bersekolah, terdapat ramai kawan-kawan yang keluar dari sekolah dengan alasan “kena ambik bahasa Arab” atau “semua subjek kena belajar dalam bahasa Arab”.. Aiseh rugi betul siapa yang berkata demikian..
Penulis kadang-kadang hairan juga, 5 tahun belajar Bahasa Arab, tapi masih tidak mampu menguasai dengan baik. Cemburu betul mendengar orang Melayu yang fasih bertutur Bahasa Arab. Sudah tentu dia mampu memahami ayat Quran tanpa bergantung pada tafsir.
Inti pati pos kali ini adalah MEMANDU MINAT KAWAN-KAWAN PEMBACA KEPADA BAHASA AL-QURAN, BAHASA ARAB. Penulis bukanlah seorang yang pandai sangat dalam Bahasa Arab, tapi untuk memahami Al-Quran, kita perlu menguasai Bahasa Arab..
Oleh itu, mari kita semaikan minat dan cinta pada Bahasa Arab. Jika Bahasa Inggeris kita sanggup pelajari dan kuasai kerana ingin menguasai isu sejagat dan ilmu dalam profesional masing-masing, apa lah salahnya, jika kita berusaha menguasai Bahasa Arab untuk memahami KALIMAH-KALIMAH ALLAH, demi meraih keredaan-Nya..
Apabila Allah menyintai hamba-Nya; Dia akan menjadikan seseorang itu sangat bijak dalam urusan agamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan