Ahad, 17 Jun 2012

Tadabur surah Al-Falaq

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Ketahuilah segala ayat Quran yang diturunkan itu adalah untuk KITA; seluruh manusia >> sayalah tu.

Jika kita fikir al-Quran itu untuk Rasulullah s.a.w.. maka sampai bila-bila kita tidak akan menghiraukan isinya.

Pada petang yang mulia dan indah ini, penulis mahu memilih satu ayat yang sangat "terkena" pada penulis ketika membacanya:


Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. (1) 


Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. (2) 


Dari bahaya gelap apabila ia masuk. (3) 


Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). (4) 


Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.  (5)

Penulis mahu mentadabur ya, bukan mentafsir...
Tadabur itu mengaitkan ayat Quran dengan kejadian kehidupan.. berpandukan ilmu dan kefahaman agama yang telah dipelajari.. Bukan berdasarkan HAWANAFSU.

Siapa makhluk yang menghembus pada simpulan ni?..
iaitu manusia yang melakukan sihir.. [ini boleh rujuk mana-mana TAFSIR; contohnya zilalil Quran atau ibnu kastir atau Al-Munir atau apa tafsir yang terdapar di negeri anda]

Biasanya kalau kita tengok tukang sihir ni; lelaki ke perempuan??
Kebanyakannya perempuanlah.

Allah menyuruh kita berlindung dari wanita yang jahat dan punya kuasa sihir. Apakah wanita yang punya kuasa sihir itu wanita yang pakai jin sahaja?
TIDAK.

Kadang-kadang perkataan dan perlakuan wanita itu sudah cukup untuk "menyihir" wanita lain dan para lelaki...

Samada mengeluarkan kata yang manis dan begitu menggoda hingga lelaki dan perempuan terjatuh ke dalam lautan syahwat,

atau..

kata yang "busuk" dan kejam untuk didengari...
Kata-kata yang jahat yang menyumpah seranah manusia lain, hingga manusia lain menjadi sedih, tertekan

dan jika berterusan dan tiada usaha memohon perlindungan dari Allah maka lahirlah dendam..

Semoga Allah menjauhkan kita kejahatan seperti ini..

Wanita itu manusia asingkah?
TIDAK.
dia boleh jadi sesiapa sahaja yang berada disekeliling kita.

"Ya Allah, aku memohon perlindungan padaMu dari sedih dan kecewa, lemah dan malas, penakut dan bakhil, dan juga dari HUTANG dan penindasan orang"

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih.. saya dah lama cari tadabur 'hembus pada simpulan' ni. sekarang baru faham. Salam.

Entri terkenal