Isnin, 25 Jun 2012

Perjuangan perlu diteruskan

Ayuh halakan pandangan pada langit.. Makhluq ciptaan Allah yang sangat luas.
Maha Suci Allah Yang menciptakan makhluq hebat seperti itu.

Jika itulah kehebatan makhluq-Nya.. maka apakah kehebatan Si Penciptanya?? Tidak tergambar dek akal fikiran kita.

Wahai teman dan rakan yang sentiasa di rahmati Allah.
Kita tahu kita ummat Islam..
Kita sedar kita beragama Islam..

Tapi apakah kita benar-benar faham apakah itu ISLAM??
Kita tidak mahu orang katakan kita kafir dan munafiq..
Tapi apakah kita benar-benar mengenali ciri muslimin? dan menjadi seperti yang di mahukan Allah??

Kita marah bila orang kata kita 'tak baik"
kita marah bila orang tanya 'eh, awak muslim ke'
kita MALU untuk mengakui keislaman kita..
kita MALU untuk dilihat baik dan beramal dengan agama

Itukah harga Islam kita??
Islam agama HEBAT.
kerana ia datang dari Yang Maha HEBAT.
Tapi apakah hanya kerana ia datang dari Yang Maha Hebat,
Maka otomatik kita akan jadi HEBAT?!

......

Hati kita masih cintakan keselesaan.
Hati kita masih rindu kemewahan dan keindahan dunia.
Hati kita masih suka kerehatan dan budaya bermalas-malas..
Hati kita sangat sayang harta dan kekayaan yang ada..
Hati kita sangat CINTA dan harap pada pujian dan sanjungan manusia..

Hati kita sangat benci dan takut pada kesusahan hidup dan kemiskinan.
Hati kita sangat tidak ingin mengingati kematian.

Mulut dan perut kita sangat cinta pada makanan.
Tangan dan kaki kita begitu suka pada pakaian yang mendedahkan aurat.

Hati kita masih melihat 'cantik' itu yang mendedahkan aurat..

Hati kita masih berat dan malas melakukan solat.
Hati kita tidak pernah merasa rindu pada Allah..
Mulut kita sangat berat untuk berzikir dan menyebut nama Allah..

......

Dan apakah kita akan jadi manusia HEBAT disisi ALLAH?
(dengan kecintaan dan kebencian seperti diatas)
Apakah Islam yang HEBAT itu akan menjadikan kita muslim HEBAT..
dengan diri masih lagi melekat segala penyakit WAHN ini...
tidak mungkin Islam boleh menang dengan ummat Islam begini.

wahn: cinta dunia dan takutkan mati.

Tiada ulasan:

Entri terkenal