Sabtu, 22 September 2012

Allah tidak akan membiarkan kita 4

Selamat hari sabtu dan selamat hari ahad.

Pagi adalah waktu yang sentiasa indah dan bahagia.. berbanding petang. tidak bersetuju eh??

Pagi petang siang dan malam adalah waktu ciptaan Allah. Hebat. Siang yang terang benderang boleh diliputi malam yang gelap pekat.. Kemudian, malam pekat itu akan kembali diliputi siang yang cerah dan terang..

Subhanallah.

Hebat.
Apakah kita mahu sama tarafkan kemampuan Tuhan dengan manusia? Iaitu dengan cara menyatakan Tuhan itu perlukan ramai Tuhan lain untuk menjalankan kepelbagaian peranan?.. 1 Tuhan khusus untuk 1 peranan. Seolah-olah kita telah menghadkan kekuasaan Tuhan kepada tahap penguasaan manusia yang tidak mampu melakukan 100 tugas sekaligus..

Maha Suci Allah!

Tiada Tuhan Yang Layak disembah melainkan Allah.

Tuhan sehebat Allah.. dan sememangnya tiada lagi Tuhan selain Allah..

Akan tetapi mengapa manusia masih memilih sesuatu yang keras, kaku, bisu, pekak dan TERBUKTI tiada apa-apa kuasa mahu pun kehebatan menjadi bahan sembahan mereka..??

Sesungguhnya..
Solat itu sebagai tanda pengabdian kita kepada Allah.
Solat itu sebagai tanda kehambaan kita pada Allah..

Sebagai tanda syukur kita kerana Allah telah memberikan segala nikmat yang kita perlukan... Yang kita perlu tidak semestinya yang kita minta dari-Nya. Mungkin kita tidak pernah terfikir untuk meminta suatu nikmat itu kerana Dia telah memberikan..

Ya, solat sebagai tanda syukur kita pada Allah!

Ia membuatkan kita lebih dekat dengan-Nya dan lebih tenang dalam urusan seharian sementara masih dalam perjalanan untuk bertemu-Nya.

habis.

Tiada ulasan:

Entri terkenal