“Tahniah kerana lulus semua subjek tahun 4 semester satu di Kulliyyah Farmasi”
“Tahniah kerana mendapat markah penuh”
Biasa kita dengar.
“Tahniah kerana hari ini anda berjaya bangun menghidupkan sepertiga malam anda”
“Tahniah kerana berjaya bermujahadah melawan nafsu ammarah anda”
Bisakah kita mendengarnya?
“Sungguh beruntung orang yang menyucikan dirinya” Al-Alaq: 14
“Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwanya)” As-syams: 9
Usah kecewa melihat keputusan peperiksaan tidak secemerlang sahabat seperjuangan.
Anda masih dikategorikan berjaya, jika:
Sepanjang proses belajar, anda berdoa.. Anda berusaha dan bersangka baik dengan pemberian Allah.
Keputusan peperiksaan adalah REZEKI yang telah Allah tetapkan. Benar ia boleh diubah. Tapi janganlah terlalu bersedih kerana ke tidak kecemerlangan anda.
Begitu juga jika kita mendapat keputusan yang cemerlang. Ia bukan untuk dibanggakan. Ia hanyalah dikatakan berjaya apabila kita tidak riya dan takabur dengannya.
Ia dikatakan cemerlang dan berjaya apabila keputusan peperiksaan itu diperolehi melalui ‘jalan yang betul’ dan dimanfaatkan untuk agama Allah. Untuk mengumpul pahala.. Itulah kejayaan sebenar. Kejayaan abadi.
Mungkin banyak lagi.. [tidak tertulis di sini]
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersiap sedia untuk menghadapinya. Mereka itulah orang yang bijaksana. Mereka telah pergi dengan membawa penghormatan dunia dan kemuliaan akhirat"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan