Ahad, 3 Februari 2013

i'm not yet a mother

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ayuh kita lihat surah Al-Ahqaf ayat 15:

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا ۖ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا ۚ حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.

Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.

Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata:

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku,

dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".

.............

Betapa hebat jawatan seorang ibu, hingga Allah menceritakan jasa mereka dalam Al-Quran yang dibaca seluruh manusia di segenap zaman hingga kiamat.

Jasa mengandung dan melahirkan.

Tidak pula Allah sebut tentang jasa membesarkan dan memberi makan.
Kerana itu adalah jasa dan rahmat Allah.
Membesarkan kita, memberikan umur pada kita.. dan memberikan kita rezeki..
itu semua dari Allah melalui ibubapa atau lain-lain pihak yang seangkatan.

oh ya, bukanlah tajuk saya untuk bercakap tentang jasa seorang ibu..

tajuknya adalah..
bila kita belum seorang ibu..
kita sangat berharap untuk mendapat seorang ibu yang IDEAL! cukup lengkap dan sempurna di mata kita sebagaimana layaknya seorang ibu.
tetapi setelah menjadi ibu..
kita mahu anak kita menerima kita seada-nya.

itu semua [yang bold italic] hanyalah tajuk ok.
mungkin tidak semua orang melalui seperti ini..

Sebagai anak..
kita merasakan ibu itu sepatutnya begini dan begitu.

tapi Ibu yang Allah beri pada kita tidaklah sebagaimana yang kita bayang/harap.

Maka berderetlah komen, ceramah dan keluhan tentangnya..

hinggalah pada suatu hari kita juga mempunyai anak.
pada hari itu, telah lupalah kita pada ciri ibu yang ideal yang telah kita senaraikan dahulu.

Apa yang penting sekarang adalah, aku sudah menjadi ibu dan aku perlu berusaha sebaik mungkin dan anak aku perlulah menerima aku sebagai ibunya.. se-ada-nya.

ok cukup huraian tajuk.

Mari kita duduk dan bertenang..
Beristighfar dan bertasbih pada Allah.

Tarik nafas dalam..
hebus perlahan-lahan.
Pejam mata dan sebutlah Allah dalam hati dan fikiran anda.

punya harapan tidak salah.
tapi jangan ada kecewa bila harapan tidak terpenuh.

Kerana apa yang ada itu pasti terbaik buat kita.
Allah sangat tahu.

Walaupun ibu itu tidak pernah mengajarkan kita siapa itu Allah.
walaupun ibu itu akhlaqnya sangat menyakitkan hati kita..
walaupun ibu itu begitu 'memaksa' kita menerima se-ada-nya..
walaupun ibu itu mensyirikkan Allah...

Allah tidak pernah menafikan jasanya mengandung dan melahirkan kita..

Hargailah seorang ibu mengikut penghargaan yang telah Allah beri.
Berlebihan memuliakan ibu pun takboleh, apatah lagi membuang dan membiarkan mereka hanya kerana beberapa kelemahan yang kita [sebagai anak] merasakan itu tidak patut.

Hargai ibu sebagaimana Allah menghargai mereka.
itulah yang terbaik!

Catatan ini buat kita yang selalu lupa bahawa ibu itu salah satu dari jutaan ketetapan Allah buat hamba-Nya..

Samada kita bersyukur, sabar dan kembali pada-Nya atau sebaliknya. Sekian.

Semoga hati kita semua tenang dengan apa sahaja ketetapan Allah!





Tiada ulasan:

Entri terkenal