Jumaat, 8 November 2013

Kemahiran mengawal manusia

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.
......

Bila 'sesuatu perbuatan' menurut hawa nafsu, mudah sahaja kita setuju dan mengikut. Tapi bila ia menurut perintah Allah dan Rasul-Nya, banyak pula yang kita fikir samada mahu menurut atau setelah berfikir panjang akhirnya kita pilih untuk 'nanti dulu lah'...

Alasannya?..

Aku tidak mahu menjadi manusia munafik.
Takutnya kita menjadi manusia munafik hingga sanggup menjadi manusia ingkar.

Apa itu ingkar?
Ingkar itu bila kita enggan.
Atau dengan kata panjangnya tidak mahu menurut perintah dan larangan Allah.

Kita hanya tahu keburukan dan balasan Allah pd orang munafik..
Tapi tidakkah kita tahu balasan Allah terhadap orang-orang ingkar tidak kurang dahsyatnya?

Atau

Kita hanya mengetahui keburukan munafik kerana tomahan-tomahan masyarakat terhadap talam dua muka?
Apakah pemahaman dan penilaian kita tentang munafik itu hanya mengikut apa masyarakat kata?

.......

Rakan pembaca tertanya-tanya apa itu kemahiran mengawal manusia?...
Kemahiran mengawal manusia sebenarnya adalah kemahiran mengawal diri sendiri.

Bagaimana bertindak ketika perbuatan manusia lain benar-benar mencabar keteguhan hati?

Mahu mengawal diri sendiri tatkala di 'bakar' oleh orang-orang terbakar (orang yang sudah kalah dalam mengawal diri mereka) -_-'

Petuanya mudah sahaja.

Selagi kita mengingati Allah.
Maka selagi itulah kita tidak akan ter'bakar' bersama-sama orang yang sedia 'terbakar'.

Semakin banyak pengetahuan kita pada Allah.
Semakin kita merasai kehadiran Allah,
Maka semakin kuat dan mampu untuk kita mengawal manusia!

walaupun zahirnya orang melihat kita terpenjara.
tapi...
hati dan agama kita tidak pernah terpenjara!
Allahu akbar.

.......

Masalah kita sekarang, belum kena penjara sudah terpenjara.

Kita takut menyatakan kebenaran.
Sedangkan kita tahu kewajipannya.

Kita takut mempertahankan kebenaran
walaupun kita tahu syurga balasannya.

Kita takut mencegah kemungkaran
walaupun kita tahu betapa 'teruknya' kesan kemungkaran tersebut.

Kita takut meninggalkan dosa turun temurun.
kita takut menghentikan segala kebiasaan yang berdosa.

selepas satu masa, kita rasa mampu meninggalkan dosa turun temurun dan kebiasaan yang berdosa..

tapi..

kita jadi rindu pada kehidupan lalu.
rindu pada kehidupan yang 'selesa' dengan dosa.

rindu pada kehidupan yang kita rasa lebih 'tenang' kerana tiada rasa bersalah melakukan dosa.

Allahu akbar!

.......

Kita masih belum mampu mengawal walaupun diri sendiri.
Hanya Allah sandaran harapan.

Tiada ulasan:

Entri terkenal