Selasa, 2 September 2014

Menulis buku dan manusia




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Tiada coretan panjang.
Perjalanan jauh balik dari tempat kerja ke rumah tiba-tiba membawa fikiran kepada blog sendiri

"eh aku ada tugas di blog!.. hampir terlupa yang sudah begitu lama tidak menulis sesuatu yang membantu diri dan orang lain untuk meningkatkan keyakinan ada Allah"

....

Menulis memerlukan asas pembacaan yang luas.
Jika tidak penulisan kita sangat "kosong".

Kosong dari ilmu, semangat dan nilai-nilai berkualiti sebagai seorang manusia.

Itu baru kisah menulis, belum dikisahkan "menulis manusia" atau  "menulis tiap perkataan dengan perbuatan harian"

Bagaimana agaknya kita beramal tanpa bacaan?
Atau teruk sikit bila beramal tanpa kefahaman?

Bukankah amal kita itu lebih teruk dari penulisan yang "kosong"??

Bagaimana pula "menulis manusia" tanpa panduan?
Iaitu menulis manusia dengan kehendak diri sendiri.
Menulis manusia dengan rasa merdeka dari segalanya.

Tidak pernah terfikir?
"menulis manusia" dengan prinsip merdeka dari "cengkaman" agama.
Betul kah agama itu mencengkam?

....

Beramal itu tidak salah.
tapi berfikirlah.
Fikiran pun tidak akan ke mana kecuali dengan bacaan.

Dan sesungguhnya berfikir itu tidak cukup dengan fikir sendiri-sendiri. Carilah guru, carilah sumber rujukan.. barulah fikiran itu membuahkan "penulisan yang tidak kosong"!

....


 

Tiada ulasan:

Entri terkenal