Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Allah Pengasih pada semua hambaNya; muslim atau tidak.. muslim sebenar atau muslim sikit-sikit..
Semua hamba dapat menikmati Maha Pengasihnya Allah. Allah berikan rezeki pada semua hambaNya tidak kira muslim sikit-sikit, muslim sebenar, kafir terus atau kafir memusuhi Islam.
Tapi Maha Penyayang Allah itu diberi khas dan istimewa untuk yang beriman..
Hanya orang beriman masuk syurga.
Bukanlah beriman sikit-sikit, tapi benar-benar serius beriman sahaja yang layak masuk syurga.
.....
Beriman sikit-sikit pun ada ya?
Apakah yang di maksudkan beriman sikit-sikit itu?
Bagi menjawab soalan ini, ia banyak situasi dan keadaan, penulis kongsikan beberapa contoh:
No.1 - Solat tetapi mengumpat
Dia solat... awal waktu lagi.
Kalau waktu kerja, dialah paling awal ambil wudhu.
sebelum azan lagi sudah siap-siap untuk solat dan masuk tandas ambil wudhu
Alhamdulillah...
Sangat bagus..
Tapi..
antara dua waktu solat..
Aktivitinya mengumpat kisah bosnya yang "tidak bekerja"..
Bos culas katanya.
Pergi sana sini tiada di pejabat.
Jika ada di pejabat pun, berkurung dalam bilik lama berjam-jam.
No.2 - Puasa tapi berkata kesat, kasar dan menyindir
Puasa Isnin-Khamis, kita lah juara.
Tapi bila ada perkara kita tidak senang, terhambur keluar perkataan menyakitkan hati ahli keluarga, rakan sekerja dan jiran-jiran.
No.3 - Sopan santun, rajin membantu tapi malas solat
Jika kenduri kendara, kitalah paling dicari membantu jiran dan keluarga.
Tapi sibuknya kenduri kendara hingga solat entah ke mana sedar-sedar sudah malam..
No.4 - Kerja rajin tapi malas baca Quran
Apa bos suruh, semua OK. Kerja "last minute" pun masih beres, tiada masa goyang kaki.. Pasti ada sahaja kerja di siapkan.
Tapi sentiasa "tiada masa" untuk baca Quran.
Salahkah solat, puasa sunat, sopan santun atau kerja rajin?
TIDAK.
Yang salah adalah alasan-alasan kemudiannya itu
Mengumpat, berkata dengan perkataan kasar dan kesat, serta malas membaca Al-Quran.
Islam bukan menyuruh kita solat, puasa dan bekerja sahaja.
Bahkan Islam menyuruh kita menjaga lisan dari dosa dan sentiasa membaca Al-Quran.
Firman Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat 12:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
Kemudian, firman Allah lagi dalam Surah Muhammad ayat 24:
أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا
maka adakah mereka tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan