Jumaat, 15 Februari 2019

Biarlah cita-cita tinggi menembus awan dilangit..

Dengan nama Tuhan, kami berserah,
Dengan nama Tuhan, kami melangkah..
Dengan rahmat dan izin Tuhan kami tetap terus melakar sejarah.

Imaginasinya membina ummah,
Realitinya menjaga rumah sudah lelah.

Imaginasinya berjuang dan berjihad menongkah mungkar menegak kebenaran,
Realitinya perit berusaha membina, menyusun dan mendidik manusia menjadi beriman.

Imaginasinya lazat bercinta mendekat Tuhan
Realitinya memang boleh tahan..

Imaginasinya indah hidup dengan berkorban,
Realitinya baru seringgit dua menghulur meringankan beban.

Imaginasinya menang mengalahkan syaitan,
Realitinya usah cerita bagaimana berkorban berusaha untuk mengalahkan.

Sejarah bukanlah kerja membina bangunan dan reputasi,
Kerana sejarah membina kisah contoh agar menjadi sumber inspirasi.

Seluruh Nabi dan Rasul, telah selesai membina sejarah, melakar contoh inspirasi..
Kini giliran kita menyambung mata rantai ini..

Biarlah cita-cita menembus awan dilangit, asal hati tetap merendah kepada Tuhan!

Tiada ulasan:

Entri terkenal