Ahad, 15 Februari 2009

Tak kenal maka tak benci 2

Sepatutnya entri yang bertajuk “kisah sahabat nabi yang saya kagumi” perlu ditukar menjadi “Tak kenal maka tak benci 1

Biasa kita dengar orang sebut tak kenal maka tak cinta.. Tapi penulis mahu menukar sedikit frasa itu menjadi “tidak kenal maka tidak benci”.

Agak-agaklah, apakah perkara atau siapakah dia yang semakin kita kenal, semakin kita benci? Biasanya, makin kita kenal makin kita sayang, makin suka.

Hmm.. dapat teka tak?

Lain kali penulis beri jawapan.. Babai.. semoga bahagia menjalani hidup.

Sabtu, 14 Februari 2009

Jawapan teka-teki..

  1. Pencuri hati
  2. Mengumpat (habis pahala kita musnah)
  3. Syaitan
  4. Allah
  5. Jual beli dengan Allah (At-Taubah ayat 111)
  6. Perkara yang jatuh hukum makruh
  7. Allah
  8. Allah
  9. Allah
  10. Hari Qiamat, Hari Penyesalan, Hari Kehancuran, Hari Pembalasan.


Semoga soalan ini boleh membantu kita mengira amalan dan keimanan kita kepada Allah.

Jumaat, 13 Februari 2009

Sahabat Nabi s.a.w yang saya kagumi

(Entri kali ini panjang sikit..)


Kalau nak cerita kisah Nabi s.a.w, semua orang sudah tahu. Tapi jika cerita sahabt mungkin ramai lagi yang belum tahu berbanding yang sudah tahu. Mari kita berkenalan dengan salah satu bintang-bintang yang menyinari langit (kebangkitan islam). Sebelum itu, kawan-kawan tahu tak ada sepuluh sahabat Rasulullah yang dijamin menjadi ahli syurga? Tahu kah kawan-kawan siapakah mereka? Penulis sungguh kagum dengan mereka (admire habis lah..) Bestnya jika ada lagi manusia seperti mereka. dan yang lagi bestnya, kalaulah kita menjadi mereka.. Itu memang mustahil. Tapi sekurang-kurangnya marilah kita tiru mereka.

Jom baca apa yang penulis mahu tulis seterusnya. Sahabat Nabi s.a.w yang dijamin ahli syurga adalah:

  1. Abu Bakr,
  2. Umar,
  3. Uthman,
  4. Ali,
  5. Saad bin Abi Waqas,
  6. Said bin Zaid,
  7. Abdul Rahman bin Auf,
  8. Talhah bin Ubaidillah,
  9. Zaid bin Tsabit,
  10. (sudah terlupa siapa seorang lagi).

Hmm, kawan-kawan kenal kah siapa mereka ini? Mahu tahu tak siapa mereka ini? Hmm, rajin-rajin cari buku dan baca ye. Penulis tidak mahu menceritakan di sini. Kita ini biasanya lebih tertarik untuk tahu siapakah Julia Robert, apakah yang dilakukan oleh Nasha Aziz, mengapakah Aby Abadi bercerai? atau kita lebih tertarik dengan kebagusan Mawi kerana boleh melaungkan azan dan membaca Quran, terhibur dengan sikap aznil nawawi dan Saleh si pengacara, kita lebih menyukai isu siapakah pelakon terbaik tahun ini, atau lagu apakah yang paling ‘top’ minggu ini.

Atau kita lebih suka mengambil tahu tentang bagaimana Liverpool boleh kalah kepada Chelsea dalam Liga Perdana Eropah pada minggu lepas, atau siapakah pemain bola sepak paling handal dalam abad ini, atau apa-apa lagi yang seumpama dengannya..

Sedarkah kawan-kawan inilah budaya hedonisme yang kita war-warkan sebagai tidak baik dan merosakkan belia itu?

Selain itu, budaya duduk bersahaja tanpa melakukan kerja juga termasuk dalam perkara-perkara yang diperkenalkan oleh barat secara tidak langsung kita juga termasuk dalam budaya berhibur secara melampau (hedonisme). Tahu kah kawan-kawan apa itu budaya duduk bersahaja itu? Itulah budaya menonton cerita dan menghayati lirik lagu sehingga kerja-kerja utama kita yang lain jadi agak terabai. Mungkin kita merasakan budaya menonton dan menghayati ini tidak menggangu kerja kita kerana kita melakukannya dimasa ‘lapang’, tapi sedarilah hakikatnya, ia mengganggu kerja kita. Sedarkah bagaimana ia mengganggu? Penulis tidak mahu memberitahu secara detail bagaimana ia mengganggu, kerana penulis merasakan kawan-kawan sekalian dapat berfikir dengan bijak mengenai perkara ini.

Kawan-kawan, musuh kita (syaitan) melakukan berbagai-bagai usaha untuk merosakkan kita. Tapi adakah kita benar-benar sedar dan menghayati hakikat ini? Jika ditanya “siapakah musuh kita?”. Penulis pasti ramai yang akan menjawab “syaitan’. Tapi, berapa ramaikah di antara kita yang sedar, apakah perkara yang telah dilakukan oleh syaitan sehingga ia dicop sebagai MUSUH UTAMA manusia? adakah semata-mata hanya kerana dia tidak mahu bersujud kepada Nabi Adam a.s.? Owh, sudah tentulah jawapannya “tidak”. Budaya hedonisme, budaya duduk berehat sehingga mengganggu dan mengabaikan tanggungjawab-tanggungjawab lain adalah termasuk dalam perkara yang menyebabkan syaitan itu menjadi musuh utama kita wahai manusia.

Kawan-kawan semestinya sudah tahu ikrar syaitan untuk merosakkan kita, menyelewengkan kita dari jalan yang lurus? Ya.. penulis amat pasti kawan-kawan mengetahui akan hal ini. Tapi berapa ramaikah di antara kita yang sedar kita telah diperdaya oleh syaitan? Kawan-kawan, bukalah mata hati anda semua. Lihatlah setiap perkara itu dengan ilmu dan iman. Bukan dengan hati dan perasaan atau dengan hawanafsu yang tidak pernah puas itu.

Nilailah setiap perbuatan kita dengan ilmu dan iman. Ingat dulu penulis menulis mengenai ‘PEMBARiSS’. Silalah rujuk arkib jika belum pernah membacanya. Jangan cuba melojikkan sesuatu amalan kita yang menurut hawanafsu itu sebagai betul dan bermanfaat. Contohnya: “Eh, takpe tengok cerita ini sekali skala, kita boleh mengenali sifat-sifat dan perangai manusia”. Jika benar ingin mengenali sifat manusia, bergaullah dengan manusia secara ‘live’, libatkan diri dengan kerja-kerja yang membuatkan kita berurusan dengan manusia. Bukannya dengan menonton cerita-cerita rekaan yang entah tidak diketahui bagaimanakah fikiran penulisnya mengenai Allah dan undang-undang Nya..

Ops.. setelah menulis hampir dua muka, barulah penulis sedar yang penulis sudah lari dari topik asal..

HiHi..nanti penulis sambung lain kali ye.

Ingat MUSUH UTAMA kita SYAITAN. dan mesti tahu apakah yang dilakukan oleh SI SYAITAN sehingga diiktiraf sebagai musuh utama kita.

Rabu, 11 Februari 2009

KALiMAH MUTiARA..

Apabila berjumpa orang lain mesti cepat-cepat beri salam. Nanti kita dapat pahala lebih dari orang yang menjawab salam kita. ASSALAMUALAiKUM. (berebut ni sebelum kawan-kawan pembaca beri salam, baik penulis berikan dahulu).

Tahu tak, zaman Rasulullah dahulu, apabila sahabat baginda mengetahui betapa banyak nya ganjaran untuk orang yang memberi salam, mereka sentiasa berebut untuk memberikan salam. Yang paling bestnya, sahabat Nabi s.a.w ini, mereka bersembunyi di sebalik tiang supaya sahabat lain tidak nampak akan dia, dan apabila sampai dekat, dia akan cepat-cepat memberikan salam..

Hmm.. Bila kita membaca kisah sahabat, mari kita lihat diri kita sendiri pula. Biasanya apa yang kita buat apabila kita melihat atau terserempak dengan sahabat kita dari jauh? Kalau yang nakal sikit, mesti nak sergah kawan kan? Mendapat satu hiburan, apabila melihat kawan terkejut melihat kita. Ini kisah orang nakal. Jika orang serius pula? Apa yang kita buat? Hmm, buat tak nampak sahaja. Seolah-olah khusyuk berzikir dan berfikir..

Atau kadang-kadang, kita bukanlah tidak berniat untuk buat tidak tahu, cuma terlalu serabut memikir urusan yang masih belum diselesaikan. pendek kata, alah, teserempak je pun. Bukannya tidak mahu bertegur sapa. sibuk sikit. tidak sempat lah nak beri salam..

Apa pun jua keadaan kita, kita semua sibuk berurusan, kadang-kadang ada orang nakal, kadang-kadang ada orang serius. Mari kita lihat situasi memberikan salam dalam satu sudut berfikir yang lain.

Memberi salam bukannya perkara yang susah. Cuma pandang kawan kita dan sebutkan kalimah nya yang ringkas itu dan berlalu pergi dengan nada suara yang cukup untuk didengari oleh nya. Kawan-kawan tahukan maksud kalimah itu? Selamat sejahtera ke atas kamu. Siapa yang tidak suka orang mendoakan kebahagiaan kepada nya? Jadi, jika kita suka didoakan begitu, apalah salahnya jika kita mendoakan orang sebegitu juga.. Ganjaran memberi salam itu sungguh besar dan banyak jika ingin dibandingkan dengan tenaga yang kita gunakan untuk melafazkannya.

Kesimpulannya rugi ke memberikan salam? Owh.. sudah tentulah tidak.. jadi marilah kita memberi salam sesama kita supaya kita semua mendapat rahmat Allah selain menyuburkan lagi suasana solih di sekeliling kita.

p/s: beri salam pada yang sepatutnya sahaja. Jangan menyalah gunakan kalimah yang mulia itu.

Selasa, 10 Februari 2009

TEKA-TEKi

Biasanya orang suka mengetag dengan macam-macam soalan. Apalah maksud mengetag itu pun, tak dapat-dapat penulis fahami.


Dibawah ini penulis ada soalan teka-teki, sesiapa yang terasa ingin menjawabnya.. silalah jawab.. mahu jawab disini, atau mahu jawab dimana-mana terpulanglah..


  1. Apakah jenis pencuri yang tidak ditakuti? Malah orang mahu mendekatinya.
  2. Siapakah perompak sebenar?
  3. Siapakah gerangan yang bermusuh dengan kita walhal kita tak pernah nampak dia?
  4. Siapakah gerangan yang kita tidak pernah melihat dia, tapi sentiasa memberikan hadiah kepada kita?
  5. Apakah jenis jual beli yang pasti tiada kerugiaan dicatatkan?
  6. Apakah perkara yang lebih baik jangan buat?
  7. Siapakah yang pasti dan sudi membalas kasih kita?
  8. Siapakah yang paling layak menghukum kita jika kita bersalah?
  9. Siapakah yang patut kita takuti?
  10. Peperiksaan apakah, soalannya sudah dibocorkan?

Selamat menjawab soalan..

Ahad, 8 Februari 2009

Soal - Jawab -Soal 4

Sudah fikir jawapannya?.. Apakah perkara yang paling kita takuti dalam hidup kita?

Takut Allah.. Takut akan balasan dan azabNya diakhirat kelak kerana kita telah melakukan dosa. Takut untuk berbuat maksiat, kerana takut akan janji Allah yang benar. Apakah janji Allah yang benar itu?

Barang siapa yang melakukan kejahatan, walau sebesar zarah pun akan dihitung oleh Allah.. Boleh rujuk surah Al-Zalzalah..itulah janji Allah.


Bukannya takut pada berbuat maksiat kerana takut orang lain tegur. Jika kita takut berbuat sesuatu kesalahan kerana selain dari Allah, itu petunjuk kita masih belum merasai kehadiranNya dalam hidup kita..

Bagaimana mahu merasai kehadiranNya dalam hidup kita? Mudah sahaja, selalulah menyebutNya, tidak kiralah dalam solat atau luar solat. Masa berbual, masa belajar..


Penulis mempunyai satu petua untuk menyemai rasa takut pada Allah. Sentiasalah menyebut ‘Allah melihat aku, Allah melihat aku’ ulangi lah ayat ini berkali-kali..dalam hati tauu. Jika ingin sebut dimulut pun janganlah sampai orang lain dengar. Nanti tidak menjadi. Lain pulak yang jadi nanti..


Selamat mencuba menyemai rasa takut dan cinta pada Allah..

p/s: cinta Allah tak rugi sesen pun. Sebab konfem Allah balas punya. Tapi kalau cinta manusia, belum tentu lagi. Silap-silap hari ini sayang esok benci. Lagi parah kalau kene reject terus.

Jumaat, 6 Februari 2009

Soal - Jawab - Soal 3

Baiklah dengan berbekalkan soalan yang sama, mari kita tanya orang yang telah dewasa

Apakah perkara yang paling makcik/pakcik (MP) takuti?

MP 1: queen control


MP 2: anak jadi jahat


MP 3: tak de duit


MP 4: MATi


MP 5: pecah rumah


MP 6: anak lari


MP 7: hilang kerja


MP 8: tiada kawan


MP 9: jadi tua


MP 10: muka berkedut


MP 11: suami kahwin dua


MP 12: sakit berat


MP 13: nyanyuk


MP 14: Anak sayang orang lain


MP 15: bercerai


MP 16: bencana alam


MP 17: kena jajah


dan banyak lagi jawapan lain..

Kawan-kawan perasan tak, apakah jawapan yang sepatutnya kita jawab apabila orang bertanya kita, apakah perkara yang paling kita takuti dalam hidup?

Cuba teka.. penulis tidak mahu memberi tahu kawan-kawan dalam entri ini..

bersambungg..


Rabu, 4 Februari 2009

Soal - Jawab - Soal 2

Itu adik-adik yang jawab.. sekarang kita nak tanya kakak dan abang yang besar sikit

Apakah perkara yang paling awak takuti?


Awak 1: gagal periksa


Awak 2: gofren lari


Awak 3: PEREMPUAN GARANG


Awak 4: boifren lari


Awak 5: mati


Awak 5: polis


Awak 6: pensyarah


Awak 7: cikgu!


Awak 8: pengawas


Awak 9: mak dan ayah meninggal


Awak 10: tak dapat keje


Awak 11: tanya soalan dalam kelas


Awak 12: kalah dalam perlawanan


Awak 13: orang tahu saya buat salah


Awak 14: penjenayah


Awak 15: mat rempit


Awak 16: bola


Awak 17: GEMUK


bersambunggg..

Selasa, 3 Februari 2009

Soal - Jawab - Soal 1

Mari kita tanya budak-budak kecil soalan ini:

Apakah perkara yang paling adik takuti dalam hidup?

Adik 1: mak marah


Adik 2: kena buli


Adik 3: barang hilang


Adik 4: kawan garang


Adik 5: HANTUuu


Adik 6: Syaitan


Adik 7: Gelap


Adik 8: Naik tingkat atas rumah bila tiada siapa di situ


Adik 9: Filem seram


Adik 10: kucing!


Adik 11: Cicak, lipas, kumbang etc..



bersambunggg...

Isnin, 2 Februari 2009

Jual ikan, jual Obat 4

Adakah bercakap bohong itu dibenarkan? Owh, sudah tentu tidak.

Dari Imam Malik meriwayatkan: Rasulullah telah ditanya:

Adakah mukmin itu boleh bersifat pengecut? Jawab Nabi: Ya
Kemudian ditanya lagi kepadanya: Adakah mukmin itu boleh bersifat bakhil? Jawab nabi: Ya, Kemudian dikatakan lagi kepada baginda: Adakah seorang mukmin itu pembohong? Nabi s.a.w menjawab: TIDAK.

Hadis ini memberitahu kita, orang mukmin itu boleh jadi pengecut, kerana ‘kecut dengan seksaan Allah’. Orang mukmin juga boleh jadi bakhil kerana ‘bakhil utk melakukan dosa’ maksudnya, menjauhkan diri dari dosa. Hanya menyediakan diri untuk melakukan amal solih. Manakala berbohong, lansung tidak dibenarkan.

Walauapapun yang terjadi berbohong itu tidak dibenarkan, kerana orang mukmin itu benar. Andai bergurau pun, bergurau perkara yang benar sahaja. Tiada istilah, ‘bohong je’, dalam bergurau. Contoh gurauan yang benar:

Seorang wanita tua datang berjumpa Rasulullah dan meminta baginda berdoa supaya dia ditempatkan disyurga di akhirat kelak. Tetapi Rasulullah mengkhabarkan, tiada orang tua memasuki syurga. Menangislah perempuan tersebut. Kemudian, Rasulullah pun menerangkan, semua orang mukmin yang memasuki syurga di akhirat kelak akan dalam keadaan muda..


Satu lagi:

Seorang manusia bertemu rakannya dan berkata: Eh? Muka awak berlubang lah..

Rakan itu menjawab: Apa? muka saya berlubang? Di mana?

“Owh, lubang hidung”.. hihi


Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi... (sambung sendiri)

Mari kita sama-sama berlatih menjadi orang yang memikirkan kebaikan bersama dan bercakap benar.

Kesusahan melaksanakan perkara baik itu perkara biasa. Akan tetapi, melakukan perkara jahat itu lebih susah dan menyusahkan..

Kholas..

Entri terkenal