Isnin, 6 Ogos 2012

Maafkanlah mereka


"Katakanlah kepada orang yang beriman, hendaklah mereka memaafkan orang yang tidak takut akan hari-hari Allah (hari pada waktu Allah menimpakan seksaan) kerana Dia akan membalas suatu kaum sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan"

Al-Jasiyyah: 14.

Menghayati Al-Quran tidak pernah membuatkan manusia jemu. itulah kelazatan membaca Al-Quran..

Baru beberapa jam rasa sudah mahu 'meletup' dengan kerenah manusia.. Allah temukan dengan ayat ini.. Bukan tidak pernah baca ayat ini sebelum hari ini...

tapi mengapa seolah-olah tidak pernah membaca ayat ini ketika hati sudah jadi terlalu panas dengan kerenah sesetengah orang..

........

Maafkanlah kejian mereka.
Maafkanlah keburukan akhlaq dan layanan mereka..
Maafkanlah segala tuduhan dan kehodohan perkataan mereka..
Maafkanlah apa jua yang bakal mereka lakukan keatas kita..

Kerana,
ALLAH akan membalas suatu kaum sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan!

Hoyeah.
Sekali dengar ayat ni, sudah cukup buat hati yang panas tukar jadi sejuk..

Hendak mengharap peluang diri kita yang lemah ini membalas, banyak mana sangat kemampuan dan kekuatan membalas yang ada. Jika pun ada kekuatan membalas, memaafkan itu lebih baik.. Jadi, maafkan ajelah..

Sebab, mereka dan kita akan mendapat balasan sesuai dengan apa yang telah di kerjakan..

Iman bertambah, hati pun jadi tenang..

Sesungguhnya sangatlah benar firman Allah dalam surah Ar-ra'd: 13


"Dengan mengingati Allah, hatikan menjadi tenang"


Tiada ulasan:

Entri terkenal