Jumaat, 23 Mac 2012

Seimbangkan semangat dan kemampuan

Perjalanan yang bakal di lalui bukanlah dekat.

Jauh.

Lebih jauh dari pandangan mata.


Setelah mendapat sentuhan..

Peringatan bertubi-tubi dari para pejuang yang ikhlas..

Rasa hati, ingin terus berkorban sekarang juga.

Biarlah apa pun yang akan berlaku nanti.

Yang nanti itu, fikirlah kemudian saja.

Rupanya.

Medan amal itu bukan di suburi semangat semata.

Semangat hanyalah salah satu hiasan dari banyak-banyak kekuatan dalam medan amal.


Faham.

Itulah kunci untuk menempuh jalan jauh ini.

Dari fahamlah semangat itu akan tetap menyala.

Semangat itu hanyalah bara api yang panas sifatnya.

Akan hilang dan sejuk...

Selepas satu tempoh masa..

Fahamilah.

Hakikat jalan ini.

Bagaimana mungkin mahu terus berada di jalan ini, jika hati masih cintakan dunia................................. dan keselesaan.

Khamis, 22 Mac 2012

persepsi perkahwinan

Selamat pagi, tengahari, petang dan malam.

Apa jadi apabila setiap hari orang bercakap tentang perkahwinan di hadapan orang yang belum berkahwin?
Rasa nak kahwin ye?? rasa bengkek pun ada juga.. rasa takde perasaan pun ada juga.

Perkahwinan adalah salah satu proses fasa hidup yang mungkin dilalui dan mungkin tidak akan dilalui oleh manusia untuk bertemu ALLAH..

Fasa hidup yang akan dilalui oleh sesetengah orang tapi tidak oleh sesetengah orang. ini siaran ulangan.

Ia adalah fasa hidup. Sekali lagi siaran ulangan..
Sedarkah apa yang penulis mahu ketengahkan?

perkahwinan adalah fasa hidup yang akan dilalui sesetengah orang, tapi mungkin tidak buat sesetengah orang.

dan

Perkahwinan adalah salah satu bentuk ibadah.

Maka, sedarlah wahai masyarakat...
Perkahwinan bukan kayu ukur kemuliaan dan kebaikan seseorang..

Ok malas cakap banyak. Nanti lain pulak yang difahami, sebab penulis pun belum kahwin.. Nanti dah kahwin baru boleh cakap banyak sikit. Sekian. [ini kali ketiga cakap tentang kawin dalam blog ini]

Rabu, 21 Mac 2012

Solat dulu atau kenal Allah dulu?

Apabila anak itu sudah dapat membezakan tangan kiri atau kanan, maka ajarkan solat..

Itulah pesanan Rasulullah. Lebih kurang begitulah maksudnya.

Solat itu hubungan dengan ALLAH.
Solat itu mahu menunjukkan adanya hubungan yang dicipta dengan Yang Mencipta.

Solat diajar semenjak kecil..
Agar manusia tahu mereka bukanlah tuan dunia yang sempit ini.

Solat di kenalkan semenjak kenal tangan kiri dan kanan..
Supaya manusia kenal dan merindui siapa Tuhan mereka di dunia dan akhirat..

Solat juga di ajar semenjak kecil..
kerana manusia punya misi besar untuk dikerjakan sepanjang hidup.
ia sebagai persediaan menghadapi hari mendatang.

bagaimana mungkin mahu mengajarkan solat tanpa mengajarkan siapa yang memerintahkan untuk solat.
Solat itu untuk menghambakan diri pada siapakah?

Bukankah pelik berjalan dan melangkah..
tetapi entah kemana tujuan dan matlamat?...

Bolehkah mencapai tujuan jika tidak melangkah?...MUSTAHIL.
Maka solat dan kenal Allah adalah dua perkara yang perlu dilakukan serentak.

Apatah lagi jika selama ini bersolat, tapi tidak mengetahui apakah tujuan dan faedahnya..
Apalah erti solat jika Allah tidak dikenali...

Seolah-olah bercinta dengan orang asli dalam hutan! buruk dan tidak bernilai..

Tapi jika solat itu disertakan dengan kenalnya diri pada ALLAH..

ia akan jadi cinta indah melebihi cinta suami isteri yang sangat memahami kekurangan dan kelebihan masing-masing!
lebih kuat dan agung dari cinta seorang ibu pada anaknya!
lebih murni dan suci dari cinta seorang sahabat kepada sahabatnya!

kesimpulan: Solatlah. tapi jangan lupa kenalilah Pencipta anda.

Selasa, 20 Mac 2012

rindu pada Allah..

Melalui hidup yang sebentar di dunia...
Menghadapi ujian yang tidaklah sehebat mana..

Buatkan aku terasa begitu rindu..
Pada sahabat-sahabat Rasulullah seribu tahun dahulu..

Begitu kuat iman mereka..
begitu kental hati mereka..
begitu cekal kehendak mereka..
Setelah cinta Allah disambut oleh mereka..

Subhanallah,
rindunya pada Sang Pencipta..
sanggup mereka korbankan apa saja..
kerana jelas dan terang kefahaman mereka..

................

Ya ALLAH,
sesungguhnya hidup ini sementara..
tapi ujian yang sementara ini benar-benar menguji emosi dan fikiranku..

Tanggungjawab syahadatul haq tidak akan ku lupakan.
Sampai bila-bila.
Demi cinta dan rindu pada Allah..
Biarlah tiada siapa pun yang akan membantu.
kerana bantuan ALLAH itu dekat!



Rabu, 14 Mac 2012

Entah

Bila kita merasai kebesaran ALLAH?
Bila kita merasai cinta ALLAH?

Bila kita merasai kemurkaan ALLAH?
Bila kita sentiasa merindui dan mengingati ALLAH?

Bila kita rasa begitu mengharap pada-Nya?
Bila kita rasa sangat berserah pada-Nya?

Bila kita MAHUdan SUKARELA..
Merasai ketuhanan-Nya..

................................................................................................................

Sesungguhnya..
hidup ini tidaklah terlalu lama.

Ku lihat orang beriman seolah-olah  bodoh..
Berlaku baik pada si jahil yang kasar mendengus.

Tapi rupanya orang beriman itulah sungguh mulia disisi ALLAH.
Betapa hina dan buruknya si jahil dihadapan ALLAH.
Walaupun manusia melihat si jahil itu begitu "macho" menonjolkan kekuatan dan ke'egoaan'..
buruk sekali.

Sedang si beriman itu..
Hanya senyum dan terus menerus berbuat baik..
tidak membalas walau 1 pun perbuatan hodoh si jahil..

Kerana hatinya sentiasa merindui Tuhannya.
Kerana dia sentiasa merasai kebesaran Tuhannya..
Kerana dia sentiasa berharap dan begitu berserah pada-Nya.

Bahawasanya, betapa besar ganjaran Allah jika kita bersabar dan terus melakukan dakwah serta berhadapan dengan kerenah orang-orang jahil..

Sesunggunhnya aku pun tergolong di kalangan orang jahil suatu masa dahulu. Betapa MENYESALnya berada dalam kejahilan. Menyesallah sekarang wahai orang jahil yang sombong. Menyesal di padang Mahsyar, sudah tiada gunanya.

Sekian.

Selasa, 13 Mac 2012

Kisah tudung

Seorang jiran yang baru berpindah ke satu kawasan perumahan.

Perkara penting adalah: dia tidak memakai tudung dan akan berjiran dengan seorang wanita bertudung labuh.

Isi penting lain adalah kedua-dua mereka adalah muslim dan masing-masing sudah punya keluarga.

Pada suatu hari, jiran yang tidak memakai tudung ini telah menghadiahkan tudung kepada wanita bertudung labuh itu.. cantik tudung tersebut.

"Buat apa awak bagi tudung ni pada saya? Kalau saya nak pakai, saya boleh jahit sendiri. Awak tu kan tak pakai tudung, awak lebih memerlukan tudung ini dari saya".

Astaghfirullah.
Terkejut sebentar mendengar kata-kata yang terpacul keluar dari mulut wanita bertudung labuh itu.

Apakah artikel ini utk memburukkan wanita bertudung labuh? pastinya tidak.

isu dalam cerita ini adalah: BIJAKSANA dalam bergaul dgn masyarakat yang jahil agama..& penghargaan seseorang terhadap perbuatan baik orang lain.

Rabu, 7 Mac 2012

Keperluan berdakwah kepada Islam

Jumlah ummat Islam semakin bertambah

Maksudnya, jika hotel banyak tiada siapa mahu menginap, itu kan membazir namanya?.. Begitulah juga dengan jumlah ummat Islam. Ramai, dan jika tidak berdakwah kepada Islam maksudnya anda telah membazirkan Islam anda. Jangan marah ye. Terima kasih kerana waras. hehe

Bangsa monggol memeluk Islam setelah menawan baghdad sepanjang 2 tahun.

Orang kafir dulu [monggol/tartar] masuk Islam selepas menjajah negara Islam, kerana dakwah murobi yang sangat gigih dan tekad. Walaupun negara mereka [ummat Islam] telah di jajah. Bandingkan dengan suasana kita di malaysia. Entah sudah berapa generasi berlaku pertembungan antara orang Islam dengan orang asli, cina India, TAPI takde pun berlaku macam tu.

Kata dakwah itu fardhu ain,

Setakat hari ini, tiada hukum dakwah itu fardhu kifayah. Tapi pernahkah kita masing-masing setiap indivdu yang mengaku Islam telah berdakwah kpd muslim lain? apatah lagi non muslim..

Kenapa penulis mengatakan dakwah itu fadhu ain??

Kerana....

Tujuan dakwah itu masih belum dapat dicapai. Walaupun sudah ada sebahagian ummat Islam yang melakukannya.

Dan andainya sebuah negara itu telah mengamalkan undang-undang Islam sepenuhnya, tiada alasan untuk menghentikan dakwah.

Setiap orang berdakwah mengikut kapasitinya.

Apakah tujuan dakwah??
  • Menubuhkan masyarakat Islam sebagaimana dakwah para Rasul.
  • Membaiki penyelewengan yang menimpa ummat Islam.
  • Memastikan masyarakat sentiasa dalam kebenaran dan kesejahteraan. [Melalui nasihat berterusan, peringatan, penyucian dan pembelajaran]

Selasa, 28 Februari 2012

Bertukar pe _ _ rintah

Assalamualaykum warahmatullah,

Lihatlah gejala sosial yang berlaku.
Pandanglah kepada remaja dan belia yang ada sekarang.

Perhatikanlah suasana kerja yang wujud di mana-mana termasuk di negara kita.
Lihatlah institusi kekeluargaan yang di bina.

Kenapa?

Dari manakah datangnya gejala sosial?
Apakah remaja dan belia kita sekarang begitu bersungguh-sungguh mencari ALLAH dan dekat dengan masjid?
Atau mereka lebih sukakan hiburan dan berehat-rehat dan bermalas-malas.. Komen sana, komen sini.

Begitu juga suasana kerja yang ada.
Apakah para pekerja begitu seronok bekerja kerana suasana yang begitu Islam?
Atau para pekerja hanya begitu asyik menikmati keseronokan bekerja untuk mendapatkan duit agar hidup senang di dunia ini??

Institusi kekeluargaan..
Berapa ramai individu dan keluarga yang benar-benar membina keluarga untuk JIHAD di jalan ALLAH?
Keluarga manakah yang sedar mereka sebagai satu komponen penting dalam melahirkan mujahid dan mujahidah di jalan ALLAH?

Saudara sedari sekalian.
Jihad bukan hanya bermaksud mengangkat senjata.
JIhad itu apabila kita bersedia untuk melakukan apa sahaja demi mendaulatkan Islam.

Mengorbankan kehendak hawa nafsu yang suka bermalas-malas.
Hawa nafsu yang suka kepada kesenangan dan berehat-rehat.

Bacalah berita, lihatlah laporan-laporan televisyen, radio, internet..

Pernahkah kita dengar berita/iklan;
  • sekumpulan manusia telah berjaya mati syahid & para ibu mereka sangat tabah dan gembira.
  • yang menggambarkan ummat Islam dalam keadaan tenat dan memerlukan pembaharuan untuk kembali menjadi manusia hebat
  • betapa gigih dan berani ummat Islam berjuang mempertahankan agama, tanah air & minda mereka dari dijajah..
  • kerajaan yang menangkap rakyatnya kerana di dapati bersalah melakukan maksiat kepada ALLAH.. meninggalkan solat, tidak menutup aurat, minum arak
Dalam mimpi pun alangkah indahnya.

Realitinya;
  • para ibubapa sangat SEDIH dan RISAU bila anak-anak mula berjinak-jinak dengan gerakan Islam.
  • Media massa hanya menggambarkan betapa HIBURAN MELAMPAU itu sangat penting dalam kehidupan setiap peringkat usia manusia, lebih-lebih lagi pemuda dan remaja.
  • Ummat Islam yang berusaha mengamalkan ajaran Islam yang sebenar di cop sebagai extremis dan melampau.
  • Yang ditangkap adalah mereka yang benar-benar mahukan Islam sebagai cara hidup sebaliknya para pelaku maksiat dan jenayah di biarkan berleluasa.
Subhanallah! Maha Suci ALLAH.

Saudara sedari sekalian.

Ummat Islam hari ini sudah hilang kemuliaannya.
Kita ditindas, kita dipijak.. ditangkap, di bunuh..
Bukan kerana kita BODOH.
Bahkan begitu ramai sekali professional dan manusia bijak dalam kalangan ummat ISlam.

Ummat Islam juga bukan sedikit.
Berbilion-bilion...
Satu negara bukan Islam pun sudah berjuta ummat Islam.
Tapi kita masih dihina.
Kerana kita tidak benar-benar izzah dengan ajaran Islam.

kenapa kita tidak izzah dengan ajaran Islam?
Kenapa kita masih tidak mampu mengikut sepenuhnya ajaran Islam?
Kenapa kita tidak mampu mentaati ALLAH sepenuhnya sebagai mana yang di tuntut Islam..
Kenapa???
Kerana kita tidak memahami ajaran Islam itu secara menyeluruh.
Kerana kita tidak memahamai apakah ajaran Islam yang sebenar!
Kerana kita tidak pernah terfikir bahawa memahami ajaran Islam itu lebih WAJIB difahami berbanding ilmu-ilmu yang menyebabkan kita mendapat duit dengannya!

Saudara sedari sekalian.
Mengapa tidak digunakan aqal yang hebat itu untuk mendekatkan diri pada ALLAH?
Mengapa ia hanya di bazirkan dengan usaha-usaha mencari kekayaan dan penghormatan manusia??
Lebih teruk lagi, aqal yang sepatutnya di gunakan untuk mencari kebenaran Islam telah di salah gunakan untuk mencari kebahgiaan dunia yang sementara dan hina..

Andai dunia ini berharga, pasti ALLAH tidak beri walau sebesar sayap nyamuk pada manusia ingkar!

Sedara sedari sekalian.
Ummat Islam hari ini bukan ummat Islam yang disegani.
Ummat Islam hari ini begitu hina sekali.
Bukan sahaja hina di aspek dunianya, malah dari aspek akhirat mereka.

Mengapa begitu kenyataannya?
Hina dari aspek dunia kerana seluruh dunia tidak tunduk pada Islam.
Seluruh dunia tidak hairan dengan ajaran Islam.

Hina dari aspek akhiratnya
kerana ummat Islam sendiri tidak pernah ambil pusing tanggungjawab mereka.
Tanggungjawab menyampaikan bahawa hanyalah ISLAM satu-satunya cara untuk bahagia dunia dan akhirat..

Bagaimana ummat Islam mahu menyampaikan Islam itu satu-satunya cara untuk bahagia dunia dan akhirat...

jika,

Negara yang mendakwa negara mereka sebagai negara Islam.. tetapi mengambil undang-undang selain Islam sebagai undang-undang rasmi negara mereka?

Perbuatan ini [mengambil undang-undang lain selain dari Islam sebagai undang-undang rasmi negara] menunjukkan Ummat Islam sendiri SANGAT TIDAK YAKIN pada AGAMA MEREKA!
dan mereka lebih meyakini sistem selain dari sistem Islam sebagai sistem yang dapat menjamin kesejahteraan hidup.

Bahkan lebih teruk lagi,
ummat Islam sendiri TIDAK KESAH, NEGARANYA MAHU MENGAMBIL SISTEM SELAIN DARI SISTEM ISLAM SEBAGAI DASAR NEGARA MEREKA dengan alasan politik kotor! lebih baik jangan masuk campur. PELIK!

Alasan lebih PELIK lagi: Menentukan sistem itu bukan kerja kita.
Huhu. Habis kerja siapakah wahai sedara sedari sekalian?

Bukankah kita yang mendiami negara ini? Bukan kitakah yang bekerja dan belajar di negara ini? Bukankah kita yang mengharapkan hak-hak kita dibela sepenuhnya dan seadilnya? Bukankah kita mahu hidup kita bahagia? Bukankah kita juga yang mahu seluruh ahli keluarga kita terbela seadil-adilnya?

Jika bukan kita yang menentukan HALATUJU dan DASAR negara ini, SIAPA lagi?!

Sesungguhnya wahai anak muda sekalian..
Sampai bilakah kalian hanya mahu sibuk dengan urusan sendiri, belajar, bekerja dan mencari nafkah untuk diri sendiri dan keluarga.. sambil mendakwa telah menjalankan tugas sebaiknya.....................

sedangkan ummat Islam di luar sana, bahkan dalam rumah sendiri, masih mempunyai mentaliti.. "ASALKAN HIDUP BAHAGIA, ABAIKANLAH SIAPA PUN PEMERINTAH KITA"...

Sedangkan,

PEMERINTAH KITA AKAN MENENTUKAN DASAR NEGARA YANG KITA DIAMI.
PEMERINTAH JUGALAH YANG AKAN MENENTUKAN HAK DAN KESELAMATAN KITA
PEMERINTAH JUGALAH YANG BERTANGGUNGJAWAB MENDIDIK DAN MEMBENTUK JENIS MASYARAKAT YANG AKAN KITA GAULI.

Pemerintah memainkan peranan yang sangat penting dalam membela hak-hak setiap penduduk yang menduduki..

Apakah kita mahu biarkan orang-orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah meneruskan kerja-kerja mereka selama ini??

Fikirlah.
Mana ada pencuri bodoh mengakui perbuatan curinya.
Apalagi perompak. Mustahil merompak tanpa menyembunyikan identiti dirinya.

Maka,
sedara sedari sekalian.
begitu jugalah para pemimpin dan pemerintah..
Apakah mereka akan "mendedahkan diri mereka sedang merompak dan mencuri"???

Jumaat, 24 Februari 2012

Penerimaan.

Ketika bahagia dan luas.
Begitu mudah mengambil berat dan membantu.

Tetapi.
Apa jadi bila sempit dan merasa begitu teruji.
Apakah mahu berhenti melakukan?
Segala kerja dan amal yang dilakukan...
Terutamanya mengambil berat dan membantu manusia lain dalam kesusahan.

Merawat bila seseorang yang telah menerima "aku sakit"..
Jauh lebih mudah dari
merawat seseorang yang masih belum dapat menerima hakikat dia sudah jatuh sakit.

BENAR dan tiada penafian.

Mengapa begitu susah sekali menerima diri itu sedang sakit?
Sedang kita semua hamba ALLAH yang tidak mungkin lengkap dan sempurna segalanya.

Kesakitan itu boleh diterjemah dalam pelbagai maksud.
Sekian.

Isnin, 20 Februari 2012

Bila kita melupakan ALLAH

Memang manusia pelupa.
Tapi bukan alasan untuk melupakan ALLAH.

Pelupa.
Ia alasan terbaik untuk melupakan dosa orang pada kita.
Tapi bukan melupakan dosa sendiri..

Sebab itu taubat disyariatkan.
Supaya kita sentiasa ingat ALLAH & melupakan dosa manusia lain pada kita.

Entri terkenal