Rabu, 17 April 2013

Kesenangan dan kesusahan; keduanya ujian

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.

فَإِذَا مَسَّ الْإِنسَانَ ضُرٌّ دَعَانَا ثُمَّ إِذَا خَوَّلْنَاهُ نِعْمَةً مِّنَّا قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ ۚ بَلْ هِيَ فِتْنَةٌ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

"Maka apabila manusia ditimpa bencana, mereka menyeru kepada kami, kemudian kami beri nikmat kepadanya, dia berkata:
sesungguhnya aku diberikan nikmat ini hanyalah kerana keilmuan/kepintaranku.
Sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui"

A-zumar: 49.

Di jalan dakwah ini banyak 'kesusahan' dari 'kesenangan'...

Kadang-kadang, kesusahan itu lebih baik untuk membuatkan kita kembali kepada Allah dari 'kesenangan'...

Bila dakwah kita tidak diterima..
Bila kita dipulau kerana dakwah kita..
Lebih mudah kita kembali kepada Allah

Bila dakwah kita mendapat sambutan.
bila kita mula diterima masyarakat sekeliling..
Kita lupa..
Bahawa kita sedang melalui salah satu lagi proses ujian.

dakwah kita diterima itu bukanlah kerana mulianya akhlaq kita atau berkat kesabaran kita..
tapi kerana ketentuan Allah telah menetapkan, suatu hari nanti Islam pasti akan menang dengan sebab-sebab yang telah Dia susunkan.



Sabtu, 13 April 2013

bila sandarannya bukan Allah [edited]

bila suatu perbuatan itu tidak di sandarkan pada Allah..

maka bila berjaya, kita rasa itu adalah titik peluh kita dan hanya kerana usaha dan pengorbanan kita.

sebaliknya bila gagal, kita rasa sangat malu kecewa seolah-olah jatuh airmuka dan wibawa kita.

bila suatu perbuatan itu tidak disandarkan pada Allah..

habis orang sekeliling disalahkan..
kerana dia, tarbiyyah kita lambat.
kerana dia, dakwah kita tersekat.
kerana dia, amal kita tidak terbuat..

Maha suci Allah.
Ampunilah kami.

mungkin kita tidak menyatakan tundingan jari itu secara terangan
kerana kita bukanlah orang yang berterus terang.
tapi ingatlah..
Yang menilai amal kita dan dia yang kita tunding itu; adalah Allah..

Allah sangat tahu isi hati kita dan dia.

Selamat beramal dan bersandar hanya pada Allah.

Khamis, 11 April 2013

rs mcm ok, tp sbnrnya..

di dunia dulu..
rs mcm byk bersabar.

di dunia dulu..
rs mcm byk bekerja..

di dunia dulu..
rs mcm byk kumpul pahala..

di dunia dulu..
rs mcm byk bertaubat dari dosa.

di dunia dulu..
rs mcm sgt berharap dpt bahagia..

di dunia dulu..
rs mcm ok sj.

tapi sekarang di akhirat..
seolah-olah sia-sia belaka!

ampun kan dosa kami ya Allah..
jgn lah biarkn kami menjadi salah seorang dari manusia begini..

Allah Maha Besar.

Selasa, 9 April 2013

terima kasih Allah kerana memberi Islam dan iman

Assalamualaykum warahmatullah...

bila mengira jumlah umur dan nikmat Allah. tidak cukup jari dan formula matematik untuk menggambarkan betapa banyaknya pemberian Allah kepada hamba-Nya. 

huhu...

takutnya melihat realiti dunia.
takutnya mengingatkan balasan Allah di hari yang pasti.
Risaunya terlupa pada peringatan2 yang Allah sampaikan melalui Rasul-Nya.

Jika bukan kekuatan dari Allah, kekuatan mana lagi yang boleh memberi sokongan dan dorongan untuk bertahan?

Tiada kuasa dan daya yang lebih kuat kecuali dengan izin Allah..

Bertahanlah di jalan Allah kerana tiada jalan yang lebih benar kecuali jalan Allah. Hanya seruan Allah yang membawa ke syurga..

Bertahanlah.

Pohonlah kekuatan dari Allah agar sentiasa ingat akan suruhan dan larangan-Nya. Pohonlah agar sentiasa dalam peliharaan-Nya. Berusahalah mempertahankan ajaran-Nya. Bersangka baiklah pada-Nya..

Tiada kesusahan yang paling menyusahkan apabila hati mula lupa dan bersangka buruk pada Allah Yang Maha Pemurah!

Jauhkan kami dari kemurkaaan-Mu.

Ameen

ya Allah yang membolak balikkan hati

Allah lah satu2nya Tuhan yang layak disembah.

Tuhan itu bukanlah layak dipanggil Tuhan jika hanya mengikut segala kehendak hamba-Nya yang serba tidak tahu.

Dunia ini begitu indah bila lihat tanpa akhirat..

Bila dunia dipandang hanya dengan mata. Ia nampak bahagia dan cantik. walhal

Ya Allah yang membolak balikkn hati, tetapkanlah hati kami diatas agama-Mu.. Janganlah Engkau biarkan kami sesaat pun tanpa perhatian-Mu.

Betapa ruginya hidup ini jika selain Allah menjadi Tuhan dalam diri.

Jauhkanlah kami dari kehendak diri yang tidak pernah puas, bisikan syaitan yang tidak pernah padam, godaan dunia yang tidak pernah berhenti.

tidakkan mampu seorang hamba lemah menghadapi ujian tanpa rahmat-Mu. dan kegagalan kami mengurus urusan hidup ini bukanlah kerana rendahnya kekuasaan-Mu, tapi kerana kamilah yang menzalimi diri sendiri..

jika Engkau tidak mengampuni kami, maka rugilah hidup kami.

Allahu akbar!


Rabu, 3 April 2013

getting to know each other..

Selamat pagi selamat sejahtera selamat menambah amal dan iman.

Apa erti memahami yang kita semua maksudkan dan yang tidak kita maksudkan?

Biasanya kita sifatkan seseorang itu memahami; bila dia tidak melawan kehendak kita dan tidak menunjukkan tanda protes pada pendapat kita.

Luarbiasanya, orang yang memahami kita, adalah orang yang selalu memberi nasihat dan peringatan pada kita. Seolah-olah tidak pernah bersetuju dengan semua gerak geri dan perkataan kita.

Selain di atas memahami itu boleh membawa maksud;

>> mengalah dan berlalu pergi.
>> membantu dan terus berusaha memberi.

Apa pula maksud Allah memahami manusia??
hmm.. renung-renungkan.

Selasa, 2 April 2013

Apakah aku benar-benar ikhlas?

Jika ikhlas,
kenapa bersemangat hanya ketika di'bakar'?

jika ikhlas,
mengapa tersedak bila di hadiah komen 'zass'?

jika ikhlas,
mengapa sedih bila tidak disahut?

Jika ikhlas,
mengapa gembira bila dipuji?

Jika ikhlas,
mengapa putus asa bila diuji bertubi-tubi?

Jika ikhlas,
mengapa berhenti bila letih?

Jika ikhlas,
Mengapa meledak selepas siri sabar yang panjang?

Jika ikhlas,
mengapa mengeluh serba tidak kena?


Jika ikhlas,
Andai ikhlas..
Ayuh berusaha menjadi ikhlas..

Ikhlas itu bukan lafaz kata di mulut dan pengakuan terbuka.
Ia adalah nilai sebuah amal dan kata yang hanya diketahui Allah Yang Esa.

Isnin, 1 April 2013

orang masyi vs orang dakwah

kata org dakwah

hmm.. 
kita bukan nak hafal quran sahaja.. kena faham juga isi kandungannya.. 
baca quran celah gigi (lancar), Tapi tidak ambil tahu hal ummat.. 
dakwah ni kerja para Nabi oo..

kata org masyi

eleh.. patutlah bising mengata orang. 
Pemalas menghafal quran.. 
Apalagi untuk mengulangkaji hafazan! 
hmm.. 
Tidak perlu cakap tentang dakwah la jika hafal quran pun entah ke mana.

.....

ok, sebelum menyambung lebih panjang.. mari kita fahami dahulu maksud org dakwah dan org masyi dari segi masyarakat. Ditegaskan disini, dari segi kefahaman biasa masyarakat Malaysia.

org dakwah >> org yg hebat bercakap ttg islam, berpenampilan seperti org 'baik'
org masyi >> individu yg menghafal 30juzu al-quran dan mengingati seluruh hafazan dgn baik
......

menembakkan peluru kepada sesama ummat islam tidak mendatangkan apa2 faedah..
yalah.. org dakwah menembak org masyi atau sebaliknya.. tidak menguntungkan kedua2 pihak, malah membuka peluang pihak lain menjadikan butir peluru itu untuk terus mematikan islam.

oleh itu para pembaca sekalian, apa yg kita faham tentang ajaran islam? ini sangat penting dan akan memberi kesan kepada amal kita setiap hari, minggu, bulan dan tahun hinggalah kita kembali kepada-Nya.

apakah islam yang kita faham sekarang hanyalah menjadi orang dakwah atau orang masyi sahaja?

apakah tuntutan islam dan ajaran yang Allah turunkan pada kita?

cukupkah sekadar menjadi

  • orang dakwah atau 
  • orang masyi atau 
  • orang dakwah dan masyi?...


Islam itu cara hidup dan ketundukan pada Allah. Apakah tembak menembak berdas-das 'peluru' itu termasuk dalam cara hidup dan ketundukan pada Allah?

.......

Tegur menegur sememangnya amalan baik. tapi usah cemari dengan akhlaq dan niat yang tidak baik. Tidak dinafikan, penulis juga mungkin pernah tertipu dengan bisikan syaitan dan berkelakuan 'tembak menembak' ini.. tapi ia bukanlah tiket utk kita terus melakukan kesalahan yang sama. Tinggalkanlah akhlaq yang tidak islam ini..

kita menjadi orang dakwah kerana itulah tanggungjawab asasi kita diutuskan ke dunia,

kita menjadi orang masyi kerana menghafal alquran itu antara langkah untuk lebih memahami isi kandungan kalam Tuhan.

Tapi tidak cukup dengan menjadi orang masyi dan orang dakwah kerana Rasulullah juga di utuskan untuk menyempurnakan akhlaq mulia..

Dengan memahami islam itu menyelaputi seluruh aspek kehidupan, tidak akan keluar istilah
"org dkwh tidak masyi" atau
"org masyi tidak faham tanggungjawab dakwah" atau
"orang masyi dan orang dakwah tak tahu cara untuk berakhlaq dan beradab".

kerana..

orang islam itu apabila dia benar2 mengerti dan menghayati islam; maka dia akan bersungguh2 berdakwah dengan akhlaq mulia kerana fahamnya dia akan isi kandungan al-quran yang dia hafaz dan ulang2 setiap hari..!

insyaAllah.

Islam itu sempurna, tapi usah keliru dengan penganutnya..
kerana manusia penuh dengan kekurangan dan cacat cela.

Jika mahu; carilah Islam dengan sesungguhnya...
Jika tidak mahu sejutalah alasannya.

Sekian.

Jumaat, 29 Mac 2013

teruskan usaha mencari

dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang..

hari ini terpandang sebuah kereta tertera pelekat kereta dgn 1 ayat menarik perhatian penulis. ia berbunyi;

Muhammad itu pesuruh Allah dan Allah Maha Esa.

Sebaik sahaja terpandang akan ayat tersebut, perkara yg terlintas dlm fikiran penulis adalah; perlu kah saya menyatakan ayat tersebut hingga perlu dikempen melalui pelekat kereta?..

bagaimanakah sebenarnya bukti saya mengakui Rasulullah s.a.w itu sebagai pesuruh-Nya dan beriman bahawa Dia adalah Tuhan yang esa?..

para pembaca sekalian..
tahu kah kita apa beza esa dan satu?

1 atau satu..
ia ada kosong atau 0 sebelumnya dan ada byk lagi nombor lain sesudahnya. walaupun nombor itu satu, ia tetap sama dengan nombor lain kerana ia adalah nombor juga..
(jika ayat di atas berbelit sila baca dgn kelajuan perlahan dan anda akan faham, insyaAllah).

Manakala Esa pula.. ia menunjukkan hanya itu sahajalah.. tiada yang sebelum malah tiada yang selepas.. dan tiada juga yang seerti atau yang serupa, kerana hanya Dialah Tuhan..

Tuhan ini siapa?
Tuhan adalah kerana-Nya kita hidup 
Apa yang kita lakukan utk mendapat perhatian-Nya.
Segala perbuatan kita adalah untuk-Nya.

Dia tidak rugi sedikit pun jika kita tidak mahu kembali kepada-Nya.
Dia juga tidak untung sehabuk pun jika kita beribadah dan menghambakan diri pada-Nya.

kerana Dia lah yang memiliki alam ini. Dia yang memberikan kita pinjaman kuasa dan kekuatan untuk mentadbir dunia ini.. Dia memberikan pinjaman itu dengan panduan dan petunjuk..

pengakuan Allah itu esa bukan hanya dengan mewar-warkan betapa Esanya Allah hingga terpaksa menjerit di kereta melalui tulisan..

ia adalah penghayatan hidup dan cara kita melalui seluruh urusan hidup hingga dipanggil utk kembali menghadap-Nya. insyaAllah.

sekian dahulu..


Rabu, 20 Mac 2013

hari ini dlm sejarah

Allahu akbar!
Allah Maha Besar..

mak kita kawin dengan ayah kita. insyaAllah..

such a very weird statement and event.
but it is real and reality to be. MasyaAllah..

......

ha..
bila ada prasangka, dan tidak berusaha mendapatkan penjelasan, maka tertipulah kita dgn prasangka tersebut.

.....

Allah sgt tahu apa yg Dia tentukan!
this is really A BIG thing for me! subhanallah...

Entri terkenal