Assalamualaikum warahmatullah.
Alangkah bahagianya hidup apabila Alah sentiasa dihati. Alangkah huru hara hidup bila kawan-kawan, ibubapa, adik beradik, harta, pendek kata, manusia dan selain Allah yang merajai hati..
Hanya Allahlah sebaik raja yang layak dirajai hati kita. Kan? itu adalah MUGI hari ini. [bagi yang tidak membaca entri lepas, MUGI itu adalah Muhasabah Pagi]
Setiap kali mahu menulis, penulis akan letakkan tajuk dahulu. Sesudah menulis, semak kembali. Tidak kena pula topik dan isi yang ditulis. Jadi cara terbaik adalah tulis dahulu dan letak topik kemudian. Setuju? itu hanyalah pandangan sepele dari penulis.. Boleh dibangkang.
Masih tidak jemu bercakap tentang Al-Quran.
Al-quran diturunkan untuk siapakah?
Manusia seluruh dunia semenjak zaman Nabi Muhammad s.a.w hinggalah kiamat.
Siapakah manusia tersebut?
KITA lah..
Adakah alasan yang kukuh untuk menyatakan kita bukan tergolong dalam manusia seluruh dunia semenjak zaman Nabi Muhammad s.a.w hingga hari kiamat?
Setakat ini penulis tidak dapat menemui sebab kukuh.
Tapi cuba kita rehatkan minda sejenak dengan persoalan dibawah dibawah..
Selama ini ayat Quran manakah yang kita rasa ia adalah untuk kita?
Amboi, jika mengenai duit, kerja, gred pencapaian.. rajin betul mahu fikir. Tapi bilakah masa kita guna untuk berfikir mengenai iman kita.??
Cukupkah dengan hanya mengeluh "aku bukan kuat iman macam kamu". Sedih sekali jika ia hanya keluhan tetapi tidak diiringi dengan usaha-usaha untuk menguat dan membina iman. Oh, bibit-bibit terpesong dari tajuk sudah mula kelihatan. Ayuh kembali pada tajuk asal.
Sudah diketahui Al-Quran itu untuk kita,
tapi tidak pernah 'TERASA' dengan isi kandungannya..
Maka adakah benar Al-Quran telah menjadi penyuluh dan panduan hidup kita?
Selasa, 28 Jun 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Oleh Hassan Al-Banna. Berikut adalah ringkasan nota dari tulisan As-syahid Imam Hassan Al-Banna. >> Maksud jihad >> Keuta...
-
Sejahtera tubuh badan dapat dirasai dengan kesihatan fizikal dan usaha untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah.. Contohnya solat, pua...
-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْج...
-
Kawan-kawan pernah dengar tak orang cakap macam ni? “Sabar ada hadnya”. Tahukah kita pahala sabar sangat banyak? Dan berapa kiraannya ber...
-
Benarkah? Bahagianya melihat orang mempunyai ibu memahami. Indahnya melihat orang punya rumah besar selesa di diami. Seronoknya melihat...
-
Mulai hari ini, saya tidak akan buka facebook lagi. Insya Allah. Jadi, tidak perlulah cari saya di facebook ye.
-
Assalamualaikum warahmatullah, MUGI hari ini adalah: Mari kita memohon keampunan sebanyaknya dari Allah. Kerana banyaknya dosa kita yang...
-
Assalamualaikum wahai ummat Islam dan pembaca mutiarajannah! Sesungguhnya hati ini terasa lapang, biarpun cuaca sentiasa mendung. Bila ki...
-
Pesanan Nabi s.a.w.. walaupun tidak pernah didengari secara 'life' ke telinga sendiri.. Tapi setiap kali selepas belajar ia pasti te...
-
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Saya tahu saya ada kelemahan itu. Dan saya telah berusaha untuk berhati-hati sem...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan