Wahai pembaca mutiarajannah sekalian. Dahulu penulis sangat takut untuk menyatakan pentingnya dakwah dan tarbiyyah. Takut atas pelbagai sebab. Tapi hari ini, penulis mahu terangkan dengan jelas tanpa selindung lagi.
DAKWAH & TARBIYYAH itu penting! Lebih penting dari nyawa kita. Lebih penting dari jari penulis yang pernah putus sebelum ini. Ia penting kerana itulah jalan kita kembali pada Allah.
Buat apa sibuk cerita kembali pada Allah? Sedang kita sibuk dengan urusan dunia.. Ya. Itulah tujuan kita hidup. Hidup untuk kembali pada Allah. Bukan hidup untuk membahagiakan hati sesiapa. Bukan untuk memuaskan hati sesiapa. Tapi untuk mendapatkan keredhaan Allah. Agar kita kembali padaNya dengan bahagia dan Dia pun bahagia dengan kita.
Kawan-kawan yang dirahmati Allah,
Jika bukan kerana jelasnya tujuan dan matlamat hidup, mampukah kita mengubah sifat dan sikap kita?
Sifat dan sikap semulajadi yang kita rasa telah diberi Allah. Yang kita rasa kita memang macam tu. Kita memang dijadikan Allah begitu. Mana mungkin kita berubah?
Ya, itulah yang akan kita fikir. Berubahkan susah? Hidup sekarang sudah bahagia. Untuk apa bersusah payah berubah? Lebih mudah hidup dalam keadaan sekarang.
*sifat dan sikap disini bermaksud, sifat dan sikap yang tidak selari dengan ajaran Islam.
Pendek ceritanya. Kita tidak akan berubah jika kita masih tidak dapat menerima hakikat hidup ini adalah untuk kembali pada Allah!
"Ala.. nanti orang kata..bla-bla-bla"
Sampai bila nak dengar orang lain kata???? kamu ni macam lalang!..
bersambung...
Jumaat, 3 Jun 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Oleh Hassan Al-Banna. Berikut adalah ringkasan nota dari tulisan As-syahid Imam Hassan Al-Banna. >> Maksud jihad >> Keuta...
-
Sejahtera tubuh badan dapat dirasai dengan kesihatan fizikal dan usaha untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah.. Contohnya solat, pua...
-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْج...
-
Kawan-kawan pernah dengar tak orang cakap macam ni? “Sabar ada hadnya”. Tahukah kita pahala sabar sangat banyak? Dan berapa kiraannya ber...
-
Benarkah? Bahagianya melihat orang mempunyai ibu memahami. Indahnya melihat orang punya rumah besar selesa di diami. Seronoknya melihat...
-
Mulai hari ini, saya tidak akan buka facebook lagi. Insya Allah. Jadi, tidak perlulah cari saya di facebook ye.
-
Assalamualaikum warahmatullah, MUGI hari ini adalah: Mari kita memohon keampunan sebanyaknya dari Allah. Kerana banyaknya dosa kita yang...
-
Assalamualaikum wahai ummat Islam dan pembaca mutiarajannah! Sesungguhnya hati ini terasa lapang, biarpun cuaca sentiasa mendung. Bila ki...
-
Pesanan Nabi s.a.w.. walaupun tidak pernah didengari secara 'life' ke telinga sendiri.. Tapi setiap kali selepas belajar ia pasti te...
-
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Saya tahu saya ada kelemahan itu. Dan saya telah berusaha untuk berhati-hati sem...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan