“Hai.. dia ini. Asyik cakap pasal mati je..”
Apakah persepsi kita tentang kematian?
Orang kalau menyebut tentang mati mestilah cerita orang putus cinta, musnah harapan, kecewa, masalah berat dan pelbagai alasan tidak munasabah lain.
Mati pengakhir segala masalahkah wahai orang yang beriman pada hari Akhirat? Kenapa tanya orang yang beriman pada hari akhirat sahaja.. Sebab orang yang tidak beriman pada hari akhirat percaya mati adalah penyelesaian bagi segala masalah EXTRA BERAT.
Wahai orang yang beriman pada hari akhirat,
Apakah yang akan berlaku pada kita selepas menghembus nafas?
Kita akan ditanam.
Disoal jawab dalam kubur.
Kemudian dibangkitkan di padang Mahsyar.
Menunggu dan berbaris lebih teruk dari mahu bayar saman di pejabat pos atau untuk buat lesen di pejabat JPJ.
Mengapa lebih teruk?
Kerana di pejabat pos dan JPJ, kita hanya berebut dengan orang yang hidup dizaman kita sahaja. Yang hidup dan bernyawa serentak dengan kita.
Kalau di padang Mahsyar nanti..
Berebut dengan semua orang. Semua yang hidup atas dunia lah. Bukan yang hidup sama dengan kita sahaja. Tapi semenjak zaman Nabi Adam sampai orang terakhir yang meninggalkan dunia.
Beratur di pejabat pos ada penghawa dingin jugak. Jika padang Mahsyar?
Anggap sahaja ada penghawa dingin?.. hehe.. Allah sudah cakap.. Di padang Mahsyar itu matahari sejengkal dengan kepala. Penghawa dingin canggih manakah yang boleh membuat bahang matahari sedekat itu menjadi sejuk? Setakat pemanasan global ini pun kita sudah kepanasan.kan.
Penghawa dingin canggih yang boleh menyelamatkan kita pada masa itu hanyalah amal baik kita sepanjang hidup di dunia. Jika tiada amal baik di dunia, usah berangan. Itu pun jika dan hanya jika kita ikhlas.
Selepas terseksa di padang Mahsyar.. Kemana kita? Syurga atau neraka?..
Orang yang maju adalah orang yang melihat masa depan. Masa depan itulah hari akhirat. Bukan masa depan di hari tua.
Selamat menjadi orang maju !
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Oleh Hassan Al-Banna. Berikut adalah ringkasan nota dari tulisan As-syahid Imam Hassan Al-Banna. >> Maksud jihad >> Keuta...
-
Sejahtera tubuh badan dapat dirasai dengan kesihatan fizikal dan usaha untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah.. Contohnya solat, pua...
-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْج...
-
Kawan-kawan pernah dengar tak orang cakap macam ni? “Sabar ada hadnya”. Tahukah kita pahala sabar sangat banyak? Dan berapa kiraannya ber...
-
Benarkah? Bahagianya melihat orang mempunyai ibu memahami. Indahnya melihat orang punya rumah besar selesa di diami. Seronoknya melihat...
-
Mulai hari ini, saya tidak akan buka facebook lagi. Insya Allah. Jadi, tidak perlulah cari saya di facebook ye.
-
Assalamualaikum warahmatullah, MUGI hari ini adalah: Mari kita memohon keampunan sebanyaknya dari Allah. Kerana banyaknya dosa kita yang...
-
Assalamualaikum wahai ummat Islam dan pembaca mutiarajannah! Sesungguhnya hati ini terasa lapang, biarpun cuaca sentiasa mendung. Bila ki...
-
Pesanan Nabi s.a.w.. walaupun tidak pernah didengari secara 'life' ke telinga sendiri.. Tapi setiap kali selepas belajar ia pasti te...
-
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Saya tahu saya ada kelemahan itu. Dan saya telah berusaha untuk berhati-hati sem...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan