Saya ada dua baju.
Dua-dua baju muat dengan saya. Bezanya, satu baju saya selalu pakai dan saya sangat menghargai keselesaan baju itu. Itu adalah baju A.
Manakala satu lagi baju.. Baju B.
Saya tidaklah nampak teruja apabila memakainya. Tetapi itulah baju yang akan saya pakai bila baju yang disukai itu masih dibasuh dan belum kering.
Apabila orang lain bertanya tentang baju saya, saya akan bercerita dan mempromosi baju A, walaupun sebenarnya saya sedang memakai baju B dengan selesanya.
Alhamdulillah Allah memberikan saya baju A dan B. Kedua-dua baju itu penting untuk saya. Jika baju A tiada, saya kehilangan baju yang saya suka. Manakala kehilangan baju B pula akan membuatkan hidup saya kurang sempurna kerana tiada baju untuk digilirkan dalam menutup aurat saya.
Cerita ini hanyalah sebuah analogi kehidupan. Buat yang memahami.. Saya sedang cuba menyedarkan baju B saya,
"walaupun saya tidak pernah menyebut-nyebut awak sebagai mana saya selalu menyebut-nyebut dan mempromosi baju A.. Baju B tetap penting dalam memberi saya kekuatan untuk menghadapi hidup ini kerana fungsi anda adalah pelengkap dalam kehidupan saya".
Sekarang saya sudah tiada lagi baju B. Kerana baju B sudah tidak merelakan dirinya untuk dipakai oleh saya. Tetapi Allah yang Maha Pemurah telah memberikan saya banyak baju seumpama dengan baju B sehingga saya merasa.. kenapa aku masih terfikirkan baju B yang hilang itu??
Kerana saya kurang bersyukur. Astaghfirullah. Ampunilah saya Tuhanku.
Kesimpulannya, bersyukurlah walaupun anda punya dua baju. Apatah lagi jika kita punya beralmari-almari baju!
dan yang paling penting jangan mendiskriminasi 'baju-baju' anda!
Sekain terima kasih. Jumpa lagi dilain siaran.
p/s: Ini bukan kisah peribadi. Ini kisah biasa dan realiti terjadi dalam dunia ini.
Rabu, 29 Jun 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Oleh Hassan Al-Banna. Berikut adalah ringkasan nota dari tulisan As-syahid Imam Hassan Al-Banna. >> Maksud jihad >> Keuta...
-
Sejahtera tubuh badan dapat dirasai dengan kesihatan fizikal dan usaha untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah.. Contohnya solat, pua...
-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْج...
-
Kawan-kawan pernah dengar tak orang cakap macam ni? “Sabar ada hadnya”. Tahukah kita pahala sabar sangat banyak? Dan berapa kiraannya ber...
-
Benarkah? Bahagianya melihat orang mempunyai ibu memahami. Indahnya melihat orang punya rumah besar selesa di diami. Seronoknya melihat...
-
Mulai hari ini, saya tidak akan buka facebook lagi. Insya Allah. Jadi, tidak perlulah cari saya di facebook ye.
-
Assalamualaikum warahmatullah, MUGI hari ini adalah: Mari kita memohon keampunan sebanyaknya dari Allah. Kerana banyaknya dosa kita yang...
-
Assalamualaikum wahai ummat Islam dan pembaca mutiarajannah! Sesungguhnya hati ini terasa lapang, biarpun cuaca sentiasa mendung. Bila ki...
-
Pesanan Nabi s.a.w.. walaupun tidak pernah didengari secara 'life' ke telinga sendiri.. Tapi setiap kali selepas belajar ia pasti te...
-
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Saya tahu saya ada kelemahan itu. Dan saya telah berusaha untuk berhati-hati sem...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan