Apabila semua orang boleh bercakap isu ummah,
Apabila orang-orang jahil dan tidak layak bercakap isu ummah,
Apabila amanah diserahkan pada yang khianat,
Apabila kerja diberi pada yang tidak mampu..
Apabila nilai pendapat terletak pada kehebatan berkata dan perkataan,
Apabila nilai Islam bukan lagi menjadi panduan..
Apabila duit dan kepentingan dunia menjadi keutamaan,
Apabila pangkat dan penghormatan menjadi pujaan..
Sedikit petikan dari hadith no.2 dalam kitab Imam Nawawi.
Dan lelaki itu bertanya tentang Ihsan.
Rasulullah s.a.w menjawab: Ihsan itu apabila kamu beribadah seolah-olah kamu melihat Allah atau jika tidak mampu, ketahuilah Allah sedang melihat kamu.
Dalam hadith lain; riwayat ibnu hibban:
"Dunia ini tidak akan kiamat sampai ia dikuasai orang yang bodoh".
SAtu lagi hadith; dari Imam Ahmad & Thobrani. Dari Anas bin Malik, Nabi s.a.w bersabda:
"Apabila hampir berlaku kiamat, terdapat beberapa tahun dipenuhi dengan banyaknya tipu daya dimana; orang amanah dituduh khianat, orang khianat diberi amanah, dan golongan RUWAIBIDHAH bercakap"
Sahabat bertanya, "Apakah maksud RUWAIBIDHAH?"
Jawab baginda: Si bodoh berbicara tentang urusan orang ramai.
Berapa minit sehari yang kita merasai Allah melihat kita?
Tidak perlu bertanya tentang tingkatan ihsan yang lebih tinggi, iaitu berapa minit sehari kita merasakan kita melihat Allah.. Mahu merasai kita sentiasa diperhati Allah pun payah.
Apabila diberi amanah, kita khianat. Tidak perlu bicara orang lain. Lihat sahaja pada diri. Kemanakah penggunaan anggota badan yang Allah beri itu? Matanya, telinganya, mulutnya, kakinya, tangannya, otaknya..
Mengingatkan diri sendiri penting, tetapi bukan sebab untuk tidak menjalankan tanggungjawab mengingatkan orang lain.
Firman Allah s.w.t
"Demi masa. Manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Berpesan-pesan pada kebaikan dan berpesan-pesan dengan kesabaran"
[sebenarnya nak tulis pendek sahaja, jadi panjang juga akhirnya].
Sekian. Jumpa lagi.
Khamis, 30 Jun 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Oleh Hassan Al-Banna. Berikut adalah ringkasan nota dari tulisan As-syahid Imam Hassan Al-Banna. >> Maksud jihad >> Keuta...
-
Sejahtera tubuh badan dapat dirasai dengan kesihatan fizikal dan usaha untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah.. Contohnya solat, pua...
-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْج...
-
Kawan-kawan pernah dengar tak orang cakap macam ni? “Sabar ada hadnya”. Tahukah kita pahala sabar sangat banyak? Dan berapa kiraannya ber...
-
Benarkah? Bahagianya melihat orang mempunyai ibu memahami. Indahnya melihat orang punya rumah besar selesa di diami. Seronoknya melihat...
-
Mulai hari ini, saya tidak akan buka facebook lagi. Insya Allah. Jadi, tidak perlulah cari saya di facebook ye.
-
Assalamualaikum warahmatullah, MUGI hari ini adalah: Mari kita memohon keampunan sebanyaknya dari Allah. Kerana banyaknya dosa kita yang...
-
Assalamualaikum wahai ummat Islam dan pembaca mutiarajannah! Sesungguhnya hati ini terasa lapang, biarpun cuaca sentiasa mendung. Bila ki...
-
Pesanan Nabi s.a.w.. walaupun tidak pernah didengari secara 'life' ke telinga sendiri.. Tapi setiap kali selepas belajar ia pasti te...
-
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Saya tahu saya ada kelemahan itu. Dan saya telah berusaha untuk berhati-hati sem...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan