Assalamualaikum para pembaca yang dirahmati Allah.
Sebelum ke topik utama, sukacita penulis mahu tegaskan disini, ada perkara kita perlu suarakan dengan mulut, ada perkara tidak perlu. Dan apabila sesuatu perkara dilontarkan, dengarlah dengan adil.. Jika hanya mendengar separuh jalan kemudian menghukum.. Maka sedarlah kita adalah manusia yang tergopoh gapah. Sekalipun telah mendengar keseluruhannya, bukan tugas kita untuk menghakimi orang.
Sedikit pembuka kata setelah melihat gelagat kawan-kawan dan manusia di alam siber.
Kita bergaul dengan manusia, kita berdakwah juga pada manusia dan kita juga adalah dari kalangan manusia.
Manusia bukan spesis malaikat. Ertinya manusia punya hawanafsu yang tiada pada malaikat. Tapi manusia dimuliakan dengan Nabi dan Rasul. Ertinya tiada Nabi dan Rasul dikalangan malaikat..
Atau dengan makna yang lebih mendalamnya, manusia ada kesalahan. Kesalahan itu untuk dibaiki dan digunakan sebagai jalan mendapatkan pahala.
Tapi apa yang biasa kita buat dengan kesalahan dan kelemahan?
Jika kelemahan itu pada orang lain
Kita korek, cari, dan bongkar. Biar dia malu dengan salahnya. Siapa suruh tidak tahu menjaga maruah orang? Kononnya dia adalah terbaik dengan memberi nasihat pada orang lain.
Atau mungkin kita tidak membongkar dengan mulut. Tetapi kita jatuhkan maruahnya dengan perbuatan-perbuatan yang menyakitkan hatinya.
Jika kelemahan itu pada diri kita
Kita tutup simpan, senyap dan tidak pernah fikir untuk mengubahnya. Jika pun berusaha, sudah penat mencuba. Biarlah aku dengan sikapku. Aku sudah letih melawan diri sendiri.
Kafilah dakwah ini adalah kafilah manusia.. Manusia tidak sunyi dari salah dan silap. Itulah sebab kita berjamaah, agar kita saling lengkap melengkapi.. Bukan saling jatuh menjatuhi.
Kita memberi saling memberi ingatan bukan kerana kita lebih baik dari yang lain. Tetapi itulah ibadah kita.. kerja kita.. sebagai hamba Allah. Kerja yang paling mulia adalah kerja-kerja menyeru manusia kepada Yang Maha Mulia.
Bukanlah sesuatu yang janggal untuk orang berseluar jeans mengingatkan orang berkopiah untuk membaki bacaan Qurannya. Atau orang sekolah biasa mengingatkan orang sekolah agama agar membetulkan bacaan dalam solatnya. Kerana tugas saling mengingat itu tanggungjawab bersama, bukan kerana aku lebih baik dari kamu.
Walau apa pun profesion kita, pelajar dan pekerja, profesion itu haruslah membuatkan orang yang berada di sekeliling kita kembali pada Allah.
Jika kita sibuk memikirkan profesion kita sehingga tiada adab sebagai seorang muslim [iaitu orang yang tunduk dan menyerah pada Allah], lupa bahawa rezeki dan harta itu pemberian dan ketetapan Allah.., atau menyebabkan orang menjadi jauh dari Allah.. maka apakah kita sedang menghambakan diri pada Allah [beribadah]...? Atau adakah kita sebenarnya sedang melakukan tugas kita sewajarnya?..
Betapa buruknya diri apabila melakukan sebuah dosa kemudian membela perbuatan dosa itu dengan pelbagai alasan tidak rasional dan berbangga-bangga dengan dosa yang telah dilakukan.
Akhir kata, jika redha manusia yang kamu cari, itulah yang akan kamu peroleh. Jika redha Allah yang kamu cari, maka itulah sebaik-baik perkara yang kamu patut cari.
Ya Allah jauhkanlah kami dari perkara yang tidak diredhaiMu..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Oleh Hassan Al-Banna. Berikut adalah ringkasan nota dari tulisan As-syahid Imam Hassan Al-Banna. >> Maksud jihad >> Keuta...
-
Sejahtera tubuh badan dapat dirasai dengan kesihatan fizikal dan usaha untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah.. Contohnya solat, pua...
-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْج...
-
Kawan-kawan pernah dengar tak orang cakap macam ni? “Sabar ada hadnya”. Tahukah kita pahala sabar sangat banyak? Dan berapa kiraannya ber...
-
Benarkah? Bahagianya melihat orang mempunyai ibu memahami. Indahnya melihat orang punya rumah besar selesa di diami. Seronoknya melihat...
-
Mulai hari ini, saya tidak akan buka facebook lagi. Insya Allah. Jadi, tidak perlulah cari saya di facebook ye.
-
Assalamualaikum warahmatullah, MUGI hari ini adalah: Mari kita memohon keampunan sebanyaknya dari Allah. Kerana banyaknya dosa kita yang...
-
Assalamualaikum wahai ummat Islam dan pembaca mutiarajannah! Sesungguhnya hati ini terasa lapang, biarpun cuaca sentiasa mendung. Bila ki...
-
Pesanan Nabi s.a.w.. walaupun tidak pernah didengari secara 'life' ke telinga sendiri.. Tapi setiap kali selepas belajar ia pasti te...
-
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Saya tahu saya ada kelemahan itu. Dan saya telah berusaha untuk berhati-hati sem...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan