Di Darul Quran, aku ketemu banyak jenis manusia. Jenis yang paling banyak adalah manusia CINTAKAN AL-Quran.
Aku tidak pernah melihat begitu sayangnya manusia pada kalamullah sebagaimana mereka yang menghafal Quran di darul Quran.
Mereka sanggup bangun tengah malam untuk mengingati kalamullah. Ada yang sanggup duduk berjam-jam semata-mata untuk mengulang hafalan. Ada yang sanggup membiarkan kawan menunggu sebentar demi menghabiskan hafalan hariannya.
Alangkah peliknya suasana yang aku lihat. Aku tidak pernah lihat sebelum ni. Aku pun baca Quran masa sekolah dulu.
Tapi aku bukan baca Quran kerana aku cinta Al-Quran. Aku baca Al-Quran kerana dipaksa mak. Aku serabut dengar mak berleter. Sakit telinga kena tuduh macam-macam. Lebih baik aku baca Quran. Jadi aku baca Quran untuk hiburkan hati. Untuk mengelak dari mendengar segala leteran dan tuduhan mak.
Indahnya Allah perkenalkan aku dengan orang yang cinta Al-Quran. Sehingga aku yang tidak cinta Al-Quran ini pun terasa kehangatan cinta mereka pada Al-Quran. Seronok melihat mereka menghafal. Tidak jemu pun. Ulang-ulang dan terus ulang. Aku?
Kan sudah diceritakan sebelum ini, masuk Darul Quran bukan kerana cinta Al-Quran sangat. Tapi kerana mahu memenuhi janji pada mak untuk menghafal Quran.
Disanalah aku belajar, memperbaharui niat. Menghafal dan memelihara Al-Quran itu kerja semua orang. Semua manusia yang bergelar hamba Allah. Hanya dan hanya jika dia sedar akan tugas dan tanggungjawab dia. Menghafal sahaja tidak cukup. Isi Al-Quran itu panduan hidup. Ia perlu difahami..
Maka barulah aku sedar. Kerana itulah usrah itu penting. Dakwah dan tarbiyyah itu penting. Kerana melalui usrah, dakwah, dan tarbiyyahlah aku akan menjiwai dan melaksanakan tugas hamlatul Quran yang sebenar.
Untuk apa ingat seketul-seketul ayat Quran, tetapi tidak mengamalkan..
Bahkan lebih dahsyat tidak faham pun apa yang telah diulang-ulang dan dibaca setiap hari..
Hidup ini perjalanan menuju Tuhan pencipta sekalian alam. Jika kita sentiasa disibukkan dengan urusan-urusan yang melalaikan kita pada Allah, maka apakah tanggungjawab kita sebagai hamba akan terlaksana?
bersambung
Khamis, 2 Jun 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Entri terkenal
-
Oleh Hassan Al-Banna. Berikut adalah ringkasan nota dari tulisan As-syahid Imam Hassan Al-Banna. >> Maksud jihad >> Keuta...
-
Sejahtera tubuh badan dapat dirasai dengan kesihatan fizikal dan usaha untuk sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah.. Contohnya solat, pua...
-
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْج...
-
Kawan-kawan pernah dengar tak orang cakap macam ni? “Sabar ada hadnya”. Tahukah kita pahala sabar sangat banyak? Dan berapa kiraannya ber...
-
Benarkah? Bahagianya melihat orang mempunyai ibu memahami. Indahnya melihat orang punya rumah besar selesa di diami. Seronoknya melihat...
-
Mulai hari ini, saya tidak akan buka facebook lagi. Insya Allah. Jadi, tidak perlulah cari saya di facebook ye.
-
Assalamualaikum warahmatullah, MUGI hari ini adalah: Mari kita memohon keampunan sebanyaknya dari Allah. Kerana banyaknya dosa kita yang...
-
Assalamualaikum wahai ummat Islam dan pembaca mutiarajannah! Sesungguhnya hati ini terasa lapang, biarpun cuaca sentiasa mendung. Bila ki...
-
Pesanan Nabi s.a.w.. walaupun tidak pernah didengari secara 'life' ke telinga sendiri.. Tapi setiap kali selepas belajar ia pasti te...
-
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Saya tahu saya ada kelemahan itu. Dan saya telah berusaha untuk berhati-hati sem...


Tiada ulasan:
Catat Ulasan